16 March 2019

PPBM MASUK SABAH-IMPAKNYA TERHADAP UMNO SABAH

Pada 6 April,2019, secara rasmi PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) melebarkan sayapnya ke Sabah.

Pada mulanya, anggapan dengan kemasukkan parti itu ke Sabah maka akan menggugat Parti Warisan Sabah (PWS), namun menerusi kenyataan Tun Dr Mahathir semasa menerima kumpulan pertama ahli PPBM Sabah yang diketuai Datuk Hajiji Noor, PPBM dan Warisan akan bekerjasama. Menerusi kenyataan itu, maka tidak timbul lagi ancaman PPBM kepada PWS.

Menerusi kemasukkan PPBM, parti yang terancam adalah Umno Sabah, kerana parti itu bakal kehilangan ramai. Untuk rekod, pada 12 Disember,2018 seramai 21 Ketua-Ketua Bahagian Umno daripada 25 Bahagian di Sabah telah keluar daripada parti. Memang, selepas mereka keluar, tidak menyebabkan bahagian mereka terbubar, kerana jumlah keahlian di setiap bahagian itu masih mencukupi sesebuah bahagian tidak terbubar.

Umno Sabah menjelang PRU-14 di 25 Bahagian berjumlah lebih 550ribu ahli, ertinya setiap bahagian purata mempunyai keahlian lebih 200ribu.

Sebenarnya keahlian Umno Sabah walaupun direkodkan seramai itu, namun separuh sudah berpaling tadah, kerana parti itu kalah di 15 DUN dan 7 Parlimen pada PRU-14. Adalah dipercayai daripada separuh ahli Umno itu telah memohon keahlian PPBM. Jika demikian, maka Umno Sabah kemungkin hanya berbaki 100ribu keahlian yang masih menyokong parti itu.

Jangan lupa, Sabah mempunyai 1.1juta pengundi berdaftar pada PRU-14 lalu, separuh daripada mereka itu telah mengundi Parti Warisan Sabah, DAP dan PKR.

PPBM telah meletakkan syarat, bahawa parti itu tidak menerima ahli PWS, PKR dan DAP, ertinya mereka yang memohon keahlian itu, sebahagian besar adalah ahli Umno.

Akan diketahui nanti, semasa pelancaran PPBM di Sabah, berapa ramai rakyat Sabah yang telah memohon keahlian.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels