16 March 2019

HAJIJI KETUAI KUMPULAN PERTAMA PPBM SABAH

PUTRAJAYA: Enam wakil rakyat dan 2 senator yang meninggalkan Umno Disember lalu diterima sebagai kumpulan pertama ahli PPBM Sabah, pada Jumaat.

Kumpulan pertama itu diketuai Datuk Hajiji Noor yang juga ADUN Bebas Sulaman.

Pada majlis penyerahan keahlian parti itu oleh Tun Dr Mahathir, selain Hajiji, adalah Datuk Masidi Manjun (ADUN Karanaan), Abdul Rahim Bakri (MP-Kudat), Azizah Mohd Dun (MP-Beaufort), Zakaria Edris (MP-Libaran) dan Ronald Kiandee (MP-Beluran, Abdul Ghani Mohamed Yassin (bekas ketua Umno Bahagian Pensiangan) dan John Ambrose (bekas ketua Umno Bahagian Penampang).

Lapan bekas pemimpin Umno itu antara 6 ahli Parlimen, 9 Adun, 2 senator dan 21 ketua Umno bahagian Sabah yang meninggalkan parti itu pada 12 Disember lalu sehingga menyebabkan parti itu hampir lumpuh di negeri berkenaan. Walau bagi manapun, salah seorang daripada mereka, iaitu ADUN Tempasuk, telah menyertai Parti Warisan Sabah pada 25 Januari lalu.

Dalam pengistiharan penerimaan kumpulan pertama ahli PPBM Sabah, Tun Dr Mahathir turut juga menyatakan akan mempertimbangkan status kemasukan Yamani Hafez Musa yang merupakan ahli Parlimen Sipitang dan anak bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.

PPBM Sabah akan dilancarkan pada 6 April, 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu oleh Tun Dr Mahathir.

Dalam perkembangan lain, para pemimpin kerajaan Sabah, memilih tutup mulut, dengan perkembangan terbaharu ini, walaupun Perdana Menteri menegaskan, bahawa kemasukan parti itu ke Sabah tidak menggugat Kerajaan yang diterjaui Parti Warisan Sabah, sebaliknya menyokongnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels