16 March 2019

DISEBALIK PENDUDUK SABAH TIDAK BERDOKUMEN

SEPATUTNYA tidak timbul, masalah dokumen bagi anak-anak yang dilahirkan di Sabah daripada pasangan campuran, samada ibu atau ayah rakyat Sabah, kerana kalau kelahiran anak-anak itu didaftarkan akan diberikan surat kelahiran, kecuali lah kelahiran itu tidak didaftar termasuk kelahiran daripada perkahwinan yang tidak sah.

Hakikat di Sabah, anak-anak yang tidak berdokumen itu sebenarnya adalah anak-anak mereka yang terkategori bukan rakyat (Pendatang Tanpa Izin) baik ibu atau ayah.

Oleh kerana anak-anak itu anak kepada PTI, maka mereka ini tidak didaftarkan, bukan kerana tidak mendaftarkan, tetapi mereka takut mendaftarkan, kerana jika berbuat demikian, maka ayah dan ibu bakal ditangkap kerana tiada dokumen. 

Alasan yang diberikan Datuk Shafie, demi kemanusian, maka boleh diterima, kerana kelahiran mereka memangpun di Sabah, tetapi memberi alasan, kononnya memberi dokumen, kerana salah seorang ibubapa anak itu adalah rakyat Sabah sebenarnya alasan yang tidak tepat atau mengelirukan.

Penulis bersetuju diberikan dokumen pengenalan diri, tetapi statusnya adalah bukan rakyat akan tetapi penduduk Sabah. Namun, masalah yang timbul adalah daripada segi pelaksanaan, sejauh mana itegriti atau kebertanggungjawaban mereka yang memproses dokumen itu? apa kah ada ketelusan? atau pelaksanaan itu, bakal menjadi ladang bisnes baharu.

Mereka itu boleh diberi dokumen, tetapi mereka perlu terus dianggap sebagai rakyat asing, supaya mereka itu tidak merebut keistimewaan atau kemudahan rakyat sebenar. Isu ini lah yang dikhuatiri rakyat sebenar Sabah, kerana pengalaman Sabah, akibat kehadiran mereka ini telah mengubah demografi penduduk Sabah.

Hakikat di Sabah, di beberapa kawasan pilihan raya, khususnya di Pantai Timur dan Tawau, rakyat asal sudah dioutnumbers, sehinggakan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Tindakan kerajaan Warisan, akan menimbulkan masalah di kemudian hari, seperti mana berlaku semasa Malaya menerima prinsip JUS SOLI, dan kini, mereka yang diberi kerakyatan itu, bukan sahaja mengancam rakyat asal, malah berani mempersoalkan kedudukan mereka. Sabah perlu belajar daripada keadaan ini, sebelum terlambat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels