5 January 2021

UMNO SABAH TENTUKAN HALATUJU SENDIRI

SEJAK semalam, UMNO Semenjanug kecoh, apabila sebahagian besar Bahagian parti itu dalam mesyuarat masing-masing mengambil ketetapan, TIDAK akan bekerjsama dengan Parti Bersatu pimpinan Perdana Menteri pada PRU-15.

Malah ada bahagian memberi kata dua kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membubarkan parlimen sebelum hujung bulan Januari.

Bukan sahaja ketua-ketua bahagian parti itu menyuarakan untuk tidak berkerjasama, malah Presiden parti itu juga turut berpendirian sama.

Pada masa yang sama juga mantan Presiden parti itu, Dato Seri Najib Razak yang juga Ketua Bahagian Pekan, berkata, semakin lama parti itu bekerjasama dengan Bersatu, maka semakin terkuburlah parti tersebut.

Untuk menyemarakan keadaan, supaya akar umbi parti itu menolak Bersatu, Najib membangkitkan penubuhan parti itu adalah "To Lead" bukan "Led by others".

Walaupun berlakunya luahan rasa parti itu di Semenanjung no to PPBM, tetapi Umno Sabah yang mempunyai autonomi sendiri memilih haluan berbeza, apabila membuat keputusan untuk memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mana Bersatu sebahagian anggotanya.

Umno Sabah telah berganding bahu dengan Bersatu Sabah, STAR, PBS. PAS, dan SAPP semasa PRN-16 Sabah. Menerusi kerjasama tersebut, maka telah membentuk Kerajaan selepas PRN tersebut.

Demi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara parti-parti dalam GRS, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, membayangkan hanya akan bertanding di kawasan-kawasan di mana Umno boleh menyumbang kerusi kemenangan. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berpandangan, kualiti diutamakan berbanding kuantiti, yang membawa pengertian "Apa gunanya" bertanding banyak kerusi, tetapi tidak memberikan kerusi.

Umno Sabah, akan menggunakan keputusan PRN-16 Sabah sebagai penanda aras bagi agihan kerusi, khususnya dengan Bersatu Sabah. Atas pendekatan tersebut, TIADA isu, bertanding pada kerusi-kerusi tradisi, seperti mana pendekatan Umno Semenanjung.

Di Semenanjung, penolakan terhadap Bersatu, kerana isu kawasan yang ditandingi, kerana semua kawasan yang disandang Bersatu, dahulunya adalah kawasan tradisi Umno. Bukan itu sahaja, kawasan yang diwakili Bersatu yang dimenangi atas tikit Umno akan diambil semula. Dengan demikian, 10 kawasan parlimen di Semenanjung yang melompat ke bersatu, terpaksa mencari kawasan lain untuk bertanding, jika ingin bertanding semula, jika tidak terpaksa berhadapan dengan calon Umno.

Jika sekiranya Majlis Kerja Tertinggi parti itu menerima keputusan bahagian-bahagian, maka pada PRU-15, di Semenanjung akan berlaku pertembungan dengan Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional.

Umno Semenanjung, tidak menjadikan sempadan apa yang berlaku pada PRU-14, apabila bertembung tiga penjuru dengan Bersatu/PKR dan PAS, bukan sahaja Umno kehilangan banyak kerusi juga PAS.

Dalam suasana politik tanah air yang telah berubah, apabila berlaku pertembungan antara parti yang mempunyai penyokong daripada kolam yang sama, maka kemenangan akan berpihak kepada pihak lawan.

Jika melihat kepada keputusan PRU-14, seharusnya Umno perlu memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dan PAS, bagi menjamin kemenangan, bukannya, menerusi pendekatan menang sorak akan tetapi kampung tergadai.

Umno Semenanjung perlu mencontohi pendekatan Umno Sabah, yang cepat mengadaptasi dengan aspirasi rakyat.

Keputusan rakyat Sabah memberi mandat kepada GRS, merupakan cerminan, bahawa secara umumnya rakyat mahukan antara Umno, Bersatu dan Pas sebagai sebuah entiti, yang saling memerlukan, untuk menjadi kerajaan bagi membela rakyat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels