ADA orang kata, pengundi akan memberi undi pada parti yang boleh bentuk kerajaan. Demikian juga, ada yang kata, pengundi akan mengundi kerana melihat siapa yang memimpin sesebuah parti. Tidak ketinggalan juga, pengundi mengundi kerana melihat calon.
Pengundi yang mengundi parti kerana boleh membentuk kerajaan, kerana mengharapkan pembelaan kerajaan. Pengundi yang mengundi kerana pemimpin yang mengetuai sesebuah parti kerana perjuangan pemimpin tersebut. Manakala pengundi yang mengundi kerana calon, kerana pengundi di kawasan di mana calon itu bertanding, mempunyai rekod membantu dan membela pengundi.
Di Kota Belud, hanya ada beberapa nama, yang mempunyai rekod membela dan membantu pengundi, tidak kira lah semasa berkuasa mahupun tidak. Salah seorang pemimpin tersebut adalah Datuk Salleh Tun Said.
Salleh, apa kah beliau mempunyai kedudukan politik atau tidak, kekal membantu pengundi, sedaya mana beliau mampu.
Bukan sahaja penulis tahu kerana kebetulan penulis juga sedaerah dengan beliau, tetapi rata-rata penduduk Kota Belud tahu keadaan tersebut.
Kerana dalam politik, kadang kala, di kala pengundi kehilangan deria pertimbangan, sehinggakan tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.
Apabila tersedar kemudian, bahawa kaca yang dipilih, sudah terlambat, kerana nasi menjadi bubur.
Nasib baik, dalam sistem demokrasi, keadaan sedemikian tidak kekal, kerana paling lama pun 5 tahun, rakyat atau pengundi memilih semula.
Kini, pengundi Kota Belud diberi peluang memilih semula. Penulis berharap, pengundi tidak tersalah pilih lagi. Pilih lah permata.
Pada 12 September, 2020, jika PRN Sabah diteruskan, apa kah Salleh bertanding atau menyertai pilihan raya? kerana setakat ini, belum ada kepastian mengenainya. Sama-sama kita tunggu, penamaan calon. Jika Salleh menyertai pilihan raya, bermakna peluang pengundi Kota Belud memperbetulkan kesilapan.
No comments:
Post a Comment