MENGAPA isu sabotaj calon BN timbul lagi? sehinggakan Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada ahli-ahli parti.
Seharusnya semua ahli/penyokong/pemimpin mengambil iktibar pada PRU-12 lalu. Pada PRU-12 lalu, akibat sabotaj, maka BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, kehilangan Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.
7 comments:
Isu sebegini sememangnya perlulah kita tangani sebaiknya. Kerana musuh dalam selimut ini sukar untuk kita jangkakan.
Jika ada masalah sebaiknya cuba bawa berbincang dan jangan simpan kerana ini yang akan timbul rasa jahat untuk menjatuhkan orang lain.
Mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang didapati bertindak mensabotaj calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan disingkir daripada parti.
amaran keras itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama terhadap mereka yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon.
bila hati sudah terdorong dengan pelbagai kemahuan yang lebih besar, maka berlaku la episod mensabotaj parti sendiri..
pembangkang lagi suka bila ramai pemimpin2 BN yang sabotaj.. sebab itu Anwar sentiasa menggunakan strategi itu setiap kali menjelang pilihanraya.. pelbagai cara digunakan oleh beliau untuk mengumpan katak..
Budaya mensabotaj perlu ditolak.
Post a Comment