AKHIRNYA mantan Bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Anwar.
Spekulasi penyertaan Mantan Pengerusi Suria Capital GLC kepunyaan Kerajaan Sabah itu bertiup kencang sejak 12 Ogos lalu.
Ibrahim Menudin diuar-uarkan akan menyertai pembangkang bersama-sama Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welferd Bumburing.
Namun pada Hari ini bertempat di Kampung Tanjong Aru, Labuan, akhirnya Ibrahim menyertai Anwar.
Beliau dijangka akan bertanding di Parlimen Labuan pada PRU-13 akan datang.
Mengapa ramai pemimpin BN yang bersifat gunting dalam lipatan ini sukar dipantau? Mereka bertahun-tahun mempergunakan semua kemudahan dan rangkaian BN untuk menumpuk sokongan dan bertindak merosakan BN dari dalam.
Mereka mendapat semua yang mereka inginkan dalam BN untuk peribadi mereka, namun akhirnya meninggalkannya. Sebagai contoh- Ibrahim Menudin, telah diberi peluang untuk menjawat berbagai jawatan rangkap dalam GLC dengan pendapatan yang lumayan,sehingga mengenepikan peluang orang lain yang lebih setia kepada perjuangan. Di mana silapnya BN?
9 comments:
silapnya pimpinan tertinggi x pantau betul. jgn disangka pegawai khas tu betul2 ikhlas buat kerja. mungkin separuh ada agenda peribadi. bila tersedar, dah terlalu lewat nak ambil tindakan. jangan angguk je apa pegawai khas/org kanan bgtau..siasat dulu..
biarlah dia sertai Anwar,itu lebih baik dari jadi perosak dalam parti.
dia keluar pasti kerana ad agenda dia sendri.
Agenda tersembunyi dan pasti bukan seperti alasan yang diberikan kepada semua.
Mungkin juga ada tawaran hebat yang dibuat oleh Anwar kepada Mantan Bendahari UMNO ini. tidak mustahil bukan. Kerana kita dapat lihat yang mana berlaku kepada Lajim sebelum ini.
Kenapa sudah jadi bekas atau mantan baru mahu keluar Bn kemudian cakap itu ini? Bagus keluar dari awal.
Apa2 pun, pengunduran Ibrahim daripada BN tidak menggugat kedudukan BN. Apa saja yang boleh diperjuangakan oleh beliau di dalam PKR?
rakyat Sabah perlu tolak pemimpin2 yang tidak mempunyai pendirian yang mana keihlasan perjuangan mereka sangat meragukan..
pemimpin2 yang melompat disaat2 akhir sudah tentu mempunyai niat sendiri untuk kepentingan sendiri, bukannya rakyat..
Post a Comment