23 September 2009

Nizar Kritik Cara Malaysia Sambut Puasa dan Idulfitri; kena cari cara baru

Dalam perutusannya itu, Nizar merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Menurut Nizar hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

"Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

"Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya," katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

"Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

"Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!" katanya dalam perutusan tersebut.

22 September 2009

Nizar: Nyala Lilin Nawaitu saya BETUL

Mantan MB Perak dari Pakatan Mohd Nizar Jamaludin kata, mereka yang mengutuknya menyalahkan lilin, mereka tidak salah, kerana mereka mengutuk sesuatu yang salah. Laporan sebelum ini semuanya salah, kerana katanya beliau menyalahkan lilin bukan dalam upacara belangsungkawa terhadap mendiang Teoh Beng Hock, tetapi semasa menghadiri satu majlis di pejabat DAP.

Dalam upacara menyalahkan lilin bersama pengerusi DAP,walaupaun kata Harussani di larang kepada umat islam,kerana menyamai cara-cara agama kristian, bagi Nizar dan Nik Aziz perbuatan itu tidak salah, kerana semasa melakukan perbuatan itu yang penting NAWAITU Nizar.

Bagi kita yang melihat gambar ini, tergantung kepada penilaian kita, kerana mungkin satu ketika, para pemimpin pakatan yang beragama islam melakukan upacara yang bertentangan dengan praktis islam, tetapi bagi mereka itu semua dibolehkan, kerana yang penting NAWAITU semasa menjalankan upacara itu.

Bagi Nizar dan Nik Aziz apa pun perbuatan yang membolehkan mereka mendapat sokongan orang bukan islam,akan dilakukan demi sokongan dalam politik.

Nizar: Ada Rumah Terbuka juga

Walaupun Nizar bukan lagi MB tetapi mantan MB Perak ini akan mengadakan rumah terbuka sebagai ahli parlimen Bukit Gantang pada 27 September ini.

Nizar rindu rumah terbukanya sebagai MB tahun lepas. Tahun lepas Nizar mengadakan rumah terbuka di rumah kediaman rasmi MB, tapi kali bukan, akan tetapi di adakan perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Taman Matang Utama, Simpang.

Nizar dalam usahanya mendekatkan diri kepada masyarakat, walaupun agak terlambat, tetapi rumah terbuka tetap diadakan.

20 September 2009

Nizar: Kalau Bukan 5 Februari; Nizar beraya masih MB

Tahun lepas Nizar Beraya sebagai MB Perak. Kali ini Nizar beraya hanya sebagai mantan MB. Kalau bukan kerana 5 Februari Nizar masih beraya sebagai MB.

Tahun lepas Nizar tak sempat edar bubur lambuk sebab sibuk sebagi MB, kali ini dalam bulan ramadhan Nizar sempat edar bubur lambuk secara percuma kepada para penggundi Bukit Gantang.

Tahun lepas Nizar sempat mengadakan rumah terbuka sebagai MB Perak, namun kali ini Zambry Kadir yang mengadakan rumah terbuka sebagai MB Perak.

Ada ganti berganti jawatan di Perak sejak PRU-12. Akan berterusankah adat resam ini pada PRU-13??

19 September 2009

Nizar: Perutusan Harirayanya Membayangkan DUN Perak Bubar

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Nizar Tak Dapat Terima Zambry jadi MB Perak

Nizar hingga kini berusaha agar dapat menjawat MB Perak lagi. Dalam perutusan harinraya yang dimuatkan dalam beberapa laman blog pro Pakatan, Nizar menaruh harapan bahawa DUN Perak akan dibubarkan untuk membolehkan rakyat Perak menentukan kerajaan Negeri, bukan ditentukan oleh mahakamah atau ADUN Katak.

Nizar akan berusaha apakah melalui Saman Sivakumar terhadap SPR yang akan didengar pada 29 September ini, apa kah Sivakumar mempunyai kuasa mengistiharkan 3 kerusi DUN Katak adalah kosong.

Nizar dalam perutusan harirayanya melahirkan harapan tinggi bahawa rakyat Perak akan memilih kerajaan pimpinannya kerana menurut Nizar hanya pakatan sahaja boleh membangun rakyat negeri Perak.

Menurut Nizar Zambry bukan MB pilihan rakyat tetapi pilihan mahkamah dan BN. Oleh itu, Nizar dan wakil rakyat Pakatan hingga kin tidak menerimanya.

Berbagai bantahan telah dilakukan Nizar termasuk persidangan DUN bawah pokok dan DUN Hotel Heritage.

Di mata Nizar, Zambry bukan MB yang sah, akan tetapi merampas MB dari genggaman Nizar.

18 September 2009

Nizar: Perutusannya meramalkan DUN Perak Bubar

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

di petik dari idhamlim.blogspot.com

Pakatan Yakin Boleh Menang Di Dun Bagan Pinang

Pakatan yakin boleh menang di DUN Bagan Pinang. Keyakinan tersebut berlandaskan rekod parti itu dalam beberapa PRK setelah PRU-12.

Dalam PRK selepas PRU-12 di Semenanjung, semua kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh Pakatan.

Selain itu masalah dalaman BN terutama MCA dan MIC menguatkan lagi keyakinan Pakatan.

Bagi BN pemilihan calon belum lagi diputuskan. Kehendak bahagian Umno Telok Kemang yang menginginkan Tan Sri Isa Samad bertanding tidak mendapat sambut baik daripada puncuk pimpinan Umno.

Selain itu jika Tan Sri Isa Samad dicalonkan kemungkinan mendapat tentangan dari puak Mohammad Hassan MB Negeri sekarang. Sekiranya ini berlaku, maka sabotaj kemungkinan berlaku dan seterusnya BN akan kehilangan kerusi Bagan Pinang.

Akibat KATAK Nizar Hilang Kuasa: Nizar Sanggup DERHAKA

Pertujukan berebut kuasa yang ditunjukan oleh ADUN Pakatan dan BN semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei lepas telah jelas kepada rakyat bahawa kuasa adalah pilihan mutlak wakil rakyat yang dipilih rakyat negeri Perak.

Masing-masing pihak berusaha dengan sedaya upaya agar kuasa yang didapat melalui rakyat dipergunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa.

Dalam usaha mempertahan kuasa, semua cara dihalalkan, prinsip bukan lagi taruhan, undang-undang bukan lagi panduan, adat resam diketepikan, sistem demokrasi ditelanjangkan.

Kejadian di DUN Perak ini ada yang mengatakan adalah usaha pihak Pakatan untuk menarik perhatian rakyat, bahawa kerakusan kuasa bukan daripada Pakatan tetapi daripada pihak BN. Tindakan mengusung Sivakumar dari kerusi speaker oleh pihak keselamatan Dewan seolah-olah atas arahan BN. Kejadian ini dirakam dan disebar luaskan kepada rakyat dan Dunia bahawa BN dalam usaha mendapatkan kuasa sanggup berbuat apa saja termasuk secara paksaan.

Pemutarbelitan dan taktik mengeliru merupakan umpan mujarab parti Pakatan dalam usaha menghalalkan cara agar supaya rakyat dan Dunia menyaksikan bahawa yang benar dalam kekecohan ini adalah Pakatan dan yang salah adalah BN. Melalui skrip yang telah direka oleh Pakatan, maka aksi dalam drama perebutan di DUN Perak seolah-olah kekuasan mereka telah dirampas secara paksa dan tidak adil. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik simpati dan sokongan rakyat maupun dunia.

Peristiwa perebutan kuasa di DUN Perak ini, sepatutnya tidak berlaku, jika seandainya tidak terjadi pembelotan dan tidak amanah tiga ADUN Pakatan yang meninggalkan parti yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat. Walaupun kaedah pembelotan ini pada awal-awalnya adalah salah satu taktik dan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemimimpin defacto Pakatan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September, 2008.

Akibat ketidak puas hatian wakil-wakil rakyat Pakatan yang hanya sempat menikamti kekuasaan dan kenyamanan selama setahun, maka dalam usaha mempertahankan kenyamanan tersebut, mereka dengan segala cara berusaha untuk kembali dan merasakan semula kenikmatan kekuasaan itu.

Manusia salah satu mahkluk ciptaan Tuhan apabila pernah merasakan kenikmatan, pasti dan pasti ingin terus menikamti kenikmatan itu. Kerbaupun, babi hutanpun, gajahpun, monyetpun, ayam kampungpun, akan kembali mencari dimana kenikmatan itu diperolehi. Mahkluk ciptaan Tuhan ini akan kembali ke tempat dimana kenikmatan diperolehi walau apapun halangan yang melintang. JIka ada pagar, pagar dirubuhkan. Maskipun mahkluk ciptaan Tuhan ini tidak berakal fikiran, tetapi naluri dan kecenderungan mengejar kenikamtan tetap ada, apa tak lagi manusia yang telah dicipta oleh Tuhan sesempurna-sempuranya.

Tarikan dan laungan kenikmatan ini telah mendorong wakil rakyat Pakatan dan BN menjadikan DUN Perak sebagai gelanggang mempertontonkan cara-cara berebut kuasa demi mengejar kenikmatan.

Dr Zamri Abdul Kadir tidak dapat dipersalahkan dalam keadaan ini,kerana beliau mempunyai penyokong yang cukup berasas undang-undang tubuh Negeri Perak yang membolehkan beliau menubuhkan kerajaan dan seterusnya “convence” persidangan DUN Perak. Dalam demokarasi, telah dipersetujui secara sejagad, bahawa sesiapapun yang mempunyai kelibihan undi, walaupun hanya satu adalah pemenang.

Kelebihan undi atau majoriti yang ada pada BN sebenarnya diketahui benar oleh Pakatan yang diketuai oleh Nijar Jamludin, mantan MB- Perak, tetapi beliau berpura-pura tidak faham, sehinggakan beliau ke hulu ke hilir, mahkamah sini, mahkamah sana untuk meminta undang-undang menyebelahinya. Di samping penggunaan undang-undang, Nijar juga merpergunakan taktik mendesak, taktik mencabar, taktik nafsu dengan mengajak penyokongnya melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip demokarsi untuk menggambarkan bahawa beliau berada dipihak yang benar, kerana prinsipnya berpaksi kepada berani kerana benar.

Bloger-bloger dan media masa pro Pakatan menjahirkan bahawa kejadian di DUN Perak telah melahirkan impak yang sangat positif kepada Pakatan dalam usaha menarik sokongan rakyat. Kejadian di DUN Perak menggambarkan strategi dan perancangan Pakatan untuk meneruskan memontem semangat penyokong Pakatan dan juga usaha menarik rakyat yang belum memihak telah terserlah. Malahan bloger-bloger dan media masa ini meramalkan bahawa pertukaran kerajaan persekutuan pada PRU-13 pasti akan terjadi.

Akan tetapi- rakyat yang telah mengikuti perkembangan di Perak tidak akan mudah termakan dengan peristiwa apa yang terjadi di DUN Perak, kecuali mereka-mereka yang dari awal-awal lagi merupakan bahagian daripada konspirasi ini. Rakyat telah tahu, bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, bukan kerana rampasan kuasa, bukan kerana BN hendak berkuasa, tetapi berpaksi kepada prinsip demokarsi berperlembagaan negara, bahawa mana-mana parti yang kehilangan majoriti hendaklah memberi laluan kepada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setelah keputusan PRU-13 diumumkan, BN yang sebelumnya adalah pemegang tampuk kerajaan telah memberi laluan kepada Pakatan untuk membentuk kerajaan, kerana BN telah kehilangan majoriti dalam DUN. BN secara aman dan lancar menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Rakyat Perak telah tahu bagaimana Datuk Tajol Rosli- mantan MB Perak dalam kenyataannya menjelang pembentukan kerajaan oleh Pakatan- bahawa peralihan kuasa di Perak dilakukan secara lancar dan aman.

Melalui kenyataan Datuk Tajol tersebut, maka tidak ada tanda-tanda bahawa BN mabuk kuasa, kerana pada masa itu, kedudukan DUN Perak adalah serupa, yakni BN=28 dan Pakatan=31, Cuma pada masa ini komposisi hanya berubah pada pihak Pakatan, kerana kehilangan 3 majoriti akibat pertukaran status 3 wakil rakyat yang mengistiharkan diri mereka adalah wakil bebas dan menyokong BN.

6 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

Barisan Nasional dalam usaha mencari taktik dan strategi untuk menangkis serangan pihak Pakatan terpaksa mengubah pucuk pimpinan. Dicanangkanlah konsep “ Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan konsep turun padang. Melalui konsep ini memang terbayang sasaran utama adalah rakyat jelata atau rakyat keseluruhan. Agar supaya konsep ini benar-benar mengena, maka perlu masa, perlu tenaga, perlu kewangan,perlu sistem pendekatan dan perlu penggunaan ilmu psikologi dan sosiologi yang meluas.

BN terlepas pandang, bahawa rakyat kini sebenarnya telah muak dan geram dengan sistem harian yang berlaku. Sistem dimana rakyat berurusan dan berhubungan saban hari. Misalnya dalam urusan permohonan lesen perniagaan, urusan mendaftar dan memohon lesen daripada jabatan-jabatan tertentu, urusan pendidikan dan pelajaran, urusan tender, urusan permohanan tanah, urusan mendapat bantuan kewangan, urusan mendapatkan rumah, urusan bekalan air, isu ahlong, isu gengster, isu rogol, isu pengedaran dadah, isu ragut, isu mat rempit, isu tol, isu tempat letak kereta dan isu-isu yang berhubung kait dengan kehidupan harian rakyat.

Pemimpanan negara termasuk timbalannya semasa memberi ulasan mengenai kejadian di DUN Perak, hanya menekankan mengenai ketidak patuhan dan tiada penghormatan pihak Pakatan terhadap Institusi Raja, kerana terpaksa menunggu 5 jam sebelum dapat memberi titah pembukaan sidang dewan. Digambarkan juga, bahawa peristiwa DUN Perak pada 7 Mei seolah-olah mengamalkan hukum rimba, yakni siapa kuat dialah yang menang. Komen seumpama ini, telah selalu kita dengar dari dahulu, apabila sahaja pihak pembangkang membuat helah, maka terus dicanangkan dan disimpulkan bahawa mereka telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang ini, undang undang itu, peraturan-peraturan ini,peraturan-peraturan itu. Jauh sekali memberi komen- mengenai punca kenapa kejadian itu berlaku.

Menangani isu DUN Perak agar supaya tidak berulang, maka penekanan mencari punca-punca kenapa rakyat dari awal-awal lagi tidak memberi mandat kepada BN untuk memerintah perlu dicari dan diatasi. Tugas BN sekarang adalah untuk memajukan 31 kawasan DUN semaksima mungkin sebelum PRU-13 agar supaya kenikmatan ditampuk kuasa tidak direbut oleh pihak Pakatan, yang sudah tentunya berhempas pulas untuk merebut kenikmatan kuasa yang pernah dinikamti walaupun hanya sebentar.

17 September 2009

Nizar: 29 September ada kuasa lagi? Khalid Ibrahim: 27 Oktober Tangguh bayar 66.7 Juta, Kemudian Permohonan Anwar ditolak

Kes-kes yang menarik untuk diikuti. 29 September mahakamah akan mendengar apakah Sivakumar betul dalam mengistiharkan 3 DUN Katak di Perak adalah kosong.

jika mahakamah mengisthiarkan bahawa Sivakumar betul, maka Nizar ada peluamg lagi jadi MB untuk beberapa jam.

27 oktober adalah tarikh mendengar permohonan MB Selangor Tan Sri Ahmad Khalid ibrahim untuk menangguhkan bayaran 66.7 juta ringgit kepada Bank Islam.

Sementara di mahkamah hari ini menolak permohonan Anwar mengenepikan barisan pedakwaan kes liwat Anwar Saiful. Dengan penolakan ini, maka barisan pedakwaan kes liwat Anwar Siaful ini terus intake.

15 September 2009

Pakatan Tumbang di Selangor??

Umno Barisan Nasional mulakan taktik merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dengan cara propagnda media dan isu yang mengatakan dan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR.

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.

Jangan lupa politik adalah THE ART OF POSSIBLE. SEGALANYA BOLEH BERLAKU. MUSUH AKAN JADI KAWAN. KAWAN AKAN JADI MUSUH. ITULAH POLITIK.

Najib Pening CARI CARA TAWAN SELANGOR

Umno Barisan Nasional mulakan taktik merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dengan cara propagnda media dan isu yang mengatakan dan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.

Jangan lupa politik adalah THE ART OF POSSIBLE. SEGALANYA BOLEH BERLAKU. MUSUH AKAN JADI KAWAN. KAWAN AKAN JADI MUSUH. ITULAH POLITIK.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels