18 September 2009

Akibat KATAK Nizar Hilang Kuasa: Nizar Sanggup DERHAKA

Pertujukan berebut kuasa yang ditunjukan oleh ADUN Pakatan dan BN semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei lepas telah jelas kepada rakyat bahawa kuasa adalah pilihan mutlak wakil rakyat yang dipilih rakyat negeri Perak.

Masing-masing pihak berusaha dengan sedaya upaya agar kuasa yang didapat melalui rakyat dipergunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa.

Dalam usaha mempertahan kuasa, semua cara dihalalkan, prinsip bukan lagi taruhan, undang-undang bukan lagi panduan, adat resam diketepikan, sistem demokrasi ditelanjangkan.

Kejadian di DUN Perak ini ada yang mengatakan adalah usaha pihak Pakatan untuk menarik perhatian rakyat, bahawa kerakusan kuasa bukan daripada Pakatan tetapi daripada pihak BN. Tindakan mengusung Sivakumar dari kerusi speaker oleh pihak keselamatan Dewan seolah-olah atas arahan BN. Kejadian ini dirakam dan disebar luaskan kepada rakyat dan Dunia bahawa BN dalam usaha mendapatkan kuasa sanggup berbuat apa saja termasuk secara paksaan.

Pemutarbelitan dan taktik mengeliru merupakan umpan mujarab parti Pakatan dalam usaha menghalalkan cara agar supaya rakyat dan Dunia menyaksikan bahawa yang benar dalam kekecohan ini adalah Pakatan dan yang salah adalah BN. Melalui skrip yang telah direka oleh Pakatan, maka aksi dalam drama perebutan di DUN Perak seolah-olah kekuasan mereka telah dirampas secara paksa dan tidak adil. Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menarik simpati dan sokongan rakyat maupun dunia.

Peristiwa perebutan kuasa di DUN Perak ini, sepatutnya tidak berlaku, jika seandainya tidak terjadi pembelotan dan tidak amanah tiga ADUN Pakatan yang meninggalkan parti yang membolehkan mereka menjadi wakil rakyat. Walaupun kaedah pembelotan ini pada awal-awalnya adalah salah satu taktik dan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim Pemimimpin defacto Pakatan dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September, 2008.

Akibat ketidak puas hatian wakil-wakil rakyat Pakatan yang hanya sempat menikamti kekuasaan dan kenyamanan selama setahun, maka dalam usaha mempertahankan kenyamanan tersebut, mereka dengan segala cara berusaha untuk kembali dan merasakan semula kenikmatan kekuasaan itu.

Manusia salah satu mahkluk ciptaan Tuhan apabila pernah merasakan kenikmatan, pasti dan pasti ingin terus menikamti kenikmatan itu. Kerbaupun, babi hutanpun, gajahpun, monyetpun, ayam kampungpun, akan kembali mencari dimana kenikmatan itu diperolehi. Mahkluk ciptaan Tuhan ini akan kembali ke tempat dimana kenikmatan diperolehi walau apapun halangan yang melintang. JIka ada pagar, pagar dirubuhkan. Maskipun mahkluk ciptaan Tuhan ini tidak berakal fikiran, tetapi naluri dan kecenderungan mengejar kenikamtan tetap ada, apa tak lagi manusia yang telah dicipta oleh Tuhan sesempurna-sempuranya.

Tarikan dan laungan kenikmatan ini telah mendorong wakil rakyat Pakatan dan BN menjadikan DUN Perak sebagai gelanggang mempertontonkan cara-cara berebut kuasa demi mengejar kenikmatan.

Dr Zamri Abdul Kadir tidak dapat dipersalahkan dalam keadaan ini,kerana beliau mempunyai penyokong yang cukup berasas undang-undang tubuh Negeri Perak yang membolehkan beliau menubuhkan kerajaan dan seterusnya “convence” persidangan DUN Perak. Dalam demokarasi, telah dipersetujui secara sejagad, bahawa sesiapapun yang mempunyai kelibihan undi, walaupun hanya satu adalah pemenang.

Kelebihan undi atau majoriti yang ada pada BN sebenarnya diketahui benar oleh Pakatan yang diketuai oleh Nijar Jamludin, mantan MB- Perak, tetapi beliau berpura-pura tidak faham, sehinggakan beliau ke hulu ke hilir, mahkamah sini, mahkamah sana untuk meminta undang-undang menyebelahinya. Di samping penggunaan undang-undang, Nijar juga merpergunakan taktik mendesak, taktik mencabar, taktik nafsu dengan mengajak penyokongnya melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip demokarsi untuk menggambarkan bahawa beliau berada dipihak yang benar, kerana prinsipnya berpaksi kepada berani kerana benar.

Bloger-bloger dan media masa pro Pakatan menjahirkan bahawa kejadian di DUN Perak telah melahirkan impak yang sangat positif kepada Pakatan dalam usaha menarik sokongan rakyat. Kejadian di DUN Perak menggambarkan strategi dan perancangan Pakatan untuk meneruskan memontem semangat penyokong Pakatan dan juga usaha menarik rakyat yang belum memihak telah terserlah. Malahan bloger-bloger dan media masa ini meramalkan bahawa pertukaran kerajaan persekutuan pada PRU-13 pasti akan terjadi.

Akan tetapi- rakyat yang telah mengikuti perkembangan di Perak tidak akan mudah termakan dengan peristiwa apa yang terjadi di DUN Perak, kecuali mereka-mereka yang dari awal-awal lagi merupakan bahagian daripada konspirasi ini. Rakyat telah tahu, bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, bukan kerana rampasan kuasa, bukan kerana BN hendak berkuasa, tetapi berpaksi kepada prinsip demokarsi berperlembagaan negara, bahawa mana-mana parti yang kehilangan majoriti hendaklah memberi laluan kepada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Setelah keputusan PRU-13 diumumkan, BN yang sebelumnya adalah pemegang tampuk kerajaan telah memberi laluan kepada Pakatan untuk membentuk kerajaan, kerana BN telah kehilangan majoriti dalam DUN. BN secara aman dan lancar menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Rakyat Perak telah tahu bagaimana Datuk Tajol Rosli- mantan MB Perak dalam kenyataannya menjelang pembentukan kerajaan oleh Pakatan- bahawa peralihan kuasa di Perak dilakukan secara lancar dan aman.

Melalui kenyataan Datuk Tajol tersebut, maka tidak ada tanda-tanda bahawa BN mabuk kuasa, kerana pada masa itu, kedudukan DUN Perak adalah serupa, yakni BN=28 dan Pakatan=31, Cuma pada masa ini komposisi hanya berubah pada pihak Pakatan, kerana kehilangan 3 majoriti akibat pertukaran status 3 wakil rakyat yang mengistiharkan diri mereka adalah wakil bebas dan menyokong BN.

6 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

Barisan Nasional dalam usaha mencari taktik dan strategi untuk menangkis serangan pihak Pakatan terpaksa mengubah pucuk pimpinan. Dicanangkanlah konsep “ Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” dan konsep turun padang. Melalui konsep ini memang terbayang sasaran utama adalah rakyat jelata atau rakyat keseluruhan. Agar supaya konsep ini benar-benar mengena, maka perlu masa, perlu tenaga, perlu kewangan,perlu sistem pendekatan dan perlu penggunaan ilmu psikologi dan sosiologi yang meluas.

BN terlepas pandang, bahawa rakyat kini sebenarnya telah muak dan geram dengan sistem harian yang berlaku. Sistem dimana rakyat berurusan dan berhubungan saban hari. Misalnya dalam urusan permohonan lesen perniagaan, urusan mendaftar dan memohon lesen daripada jabatan-jabatan tertentu, urusan pendidikan dan pelajaran, urusan tender, urusan permohanan tanah, urusan mendapat bantuan kewangan, urusan mendapatkan rumah, urusan bekalan air, isu ahlong, isu gengster, isu rogol, isu pengedaran dadah, isu ragut, isu mat rempit, isu tol, isu tempat letak kereta dan isu-isu yang berhubung kait dengan kehidupan harian rakyat.

Pemimpanan negara termasuk timbalannya semasa memberi ulasan mengenai kejadian di DUN Perak, hanya menekankan mengenai ketidak patuhan dan tiada penghormatan pihak Pakatan terhadap Institusi Raja, kerana terpaksa menunggu 5 jam sebelum dapat memberi titah pembukaan sidang dewan. Digambarkan juga, bahawa peristiwa DUN Perak pada 7 Mei seolah-olah mengamalkan hukum rimba, yakni siapa kuat dialah yang menang. Komen seumpama ini, telah selalu kita dengar dari dahulu, apabila sahaja pihak pembangkang membuat helah, maka terus dicanangkan dan disimpulkan bahawa mereka telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang ini, undang undang itu, peraturan-peraturan ini,peraturan-peraturan itu. Jauh sekali memberi komen- mengenai punca kenapa kejadian itu berlaku.

Menangani isu DUN Perak agar supaya tidak berulang, maka penekanan mencari punca-punca kenapa rakyat dari awal-awal lagi tidak memberi mandat kepada BN untuk memerintah perlu dicari dan diatasi. Tugas BN sekarang adalah untuk memajukan 31 kawasan DUN semaksima mungkin sebelum PRU-13 agar supaya kenikmatan ditampuk kuasa tidak direbut oleh pihak Pakatan, yang sudah tentunya berhempas pulas untuk merebut kenikmatan kuasa yang pernah dinikamti walaupun hanya sebentar.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, sebab itu bila agama dipergunakan, bila sentemen perkauman dilaungkan untuk mendapat kuasa, maka bila kebodohan telah meninggalkan ilmu dikepala segala kerakusan dengan sendirinya terserlah untuk dipertontonkan.....

Hanya bagi orang yang jumud fikiran sahaja yang menyokong dengan tindakan 'pakatan rompak' ini.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels