18 September 2009

Pakatan Yakin Boleh Menang Di Dun Bagan Pinang

Pakatan yakin boleh menang di DUN Bagan Pinang. Keyakinan tersebut berlandaskan rekod parti itu dalam beberapa PRK setelah PRU-12.

Dalam PRK selepas PRU-12 di Semenanjung, semua kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh Pakatan.

Selain itu masalah dalaman BN terutama MCA dan MIC menguatkan lagi keyakinan Pakatan.

Bagi BN pemilihan calon belum lagi diputuskan. Kehendak bahagian Umno Telok Kemang yang menginginkan Tan Sri Isa Samad bertanding tidak mendapat sambut baik daripada puncuk pimpinan Umno.

Selain itu jika Tan Sri Isa Samad dicalonkan kemungkinan mendapat tentangan dari puak Mohammad Hassan MB Negeri sekarang. Sekiranya ini berlaku, maka sabotaj kemungkinan berlaku dan seterusnya BN akan kehilangan kerusi Bagan Pinang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels