22 October 2010

Jangan malu pertahan maruah bangsa: Salleh Said

Ahli UMNO diminta jangan "malu dan segan" untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, semata-mata untuk menjaga hati kaum lain.

Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, berkata penjelasan umum mengenai fakta kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum lain dalam Perlembagaan Persekutuan wajar dibuat bagi menggelakkan kekeliruan.

"Kalau kita takut berjuang dalam bumi sendiri, di mana lagi kita berjuang. Undang-undang jelas, Perlembagaan jelas, apa lagi yang kita tunggu. Kita tidak boleh segan, kita tidak boleh malu untuk memperjuangkan bangsa kita.

"Kadang kala saya tengok dalam memperjuangkan isu ini kita seperti takut-takut. Takut hati orang lain pula terguris tetapi kalau hati kita yang terguris siapa yang peduli," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata, Sabah kagum dan bangga ketegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Perdana Menteri, apabila berani mempertahankan hak Melayu, memandangkan isu itu kini banyak diperbahaskan umum ketika ini.

Beliau turut memuji ucapan dasar Najib pada perhimpunan parti Melayu terbesar itu apabila mampu menterjemah dengan jelas semangat Sabah menyertai UMNO dan Barisan Nasional atas dasar mempertahankan kepentingan bangsa dan negara.

"Kami dari Sabah telah mendengar ucapan Presiden dengan teliti dan kita rasakan bahawa ada kejujuran dalam ucapan itu untuk membela rakyat, agama dan negara dan ini yang kita tunggu-tunggu dan telah mendengarnya.

"Kita daripada kapal kecil ke kapal besar...kita menaiki kapal besar tujuannya ialah untuk membela bangsa dan umat dan kelmarin, jelas Presiden tidak lari daripada landasan tersebut. Kalau itulah perjuangan kita, ayuh kita berjuang dan terus berjuang," katanya.

Mohd Salleh berharap, pemimpin UMNO lebih agresif menyampaikan pandangan khususnya melibatkan isu-isu semasa yang sering diputarbelitkan oleh pembangkang hingga menyebabkan rakyat terkeliru.

"Kita tidak boleh lesu. Kita kena bersemuka dengan mereka (pembangkang) dan yakinkan (rakyat) bahawa kita lebih betul daripada mereka (pembangkang) kerana ini adalah politik. Kalau kita bersaing kita kena berani berbincang menegaskan kebenaran," katanya.

Kami hanya mahu kemudahan asas

Perhimupnan agung umno kali ini tertumpu kepada kandungan perlembangan yang telah dipersetujui oleh semua kaum diambang merdeka dan seterusnya menjadi kontrak sosoal negara selama 53 tahun.

Di Semenanjung, perkara-perkara dalam perlembangan perlu dibangkitkan semula, ekoran pembangkitan kaum cina dan india mengenai hak-hak melayu yang mana telahpun terkunci dalam perlembagaan negara.

Sebelum PRU-12, walaupun pembangkitan soal isi perlembagaan dibangkitkan akan tetapi pembangkitannya tidak terlalu menonjol. Namun apabila Anwar Ibrahim membangitnya, yang mengatakan bahawa hak-hak melayu dan bumiputera seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan itu, adalah punca negara tidak mampu bersaing dalam penarikan pelaburan asing, kerana ianya dikatakan tidak adil adalah katalis kepada puak-puak pelampau pembangkang terutama DAP membangkitkannya.

Di pihak BN, MCA dan Gerakan terikut-ikut rentak DAP dalam mempersoalkan kandungan perlembangan, terutama artikel 153.

Namun bagi rakyat Kota Belud, perbahasan mengenai kandungan perlembagaan itu, masih jauh untuk ditelaah. Rakyat Kota Belud hanya memerlukan kemudahan asas bagi menunjukkan rakyat negara yang sudah merdeka.

Walaupun Kota Belud telah menikamti pembebasan daripada penjajah 47 tahun lalu, namun sebagai rakyat yang merdeka pada sebuah negara yang merdeka, kemudahan asas yang sepatutnnya perlu dinikamti oleh rakyat seharusnya telah tersedia berdekad yang lalu.

Silap siapa? wakil rakyat atau negeri atau negara?

21 October 2010

Sejauh mana pendekatan laman sosial seperti FB-Blog-Twitter berperanan pada Umno Kota Belud?

Rata-rata pemimpin atasan Umno mengatakan bahawa laman sosial seperti FB, blog dan twitter merupakan pendekatan baru untuk memperkasa Umno.

Pertanyaannya sejauh mana laman sosial ini memberi impak kepada ahli umno Kota Belud khasnya dan para pengundi amnya?

Tidak dinafikan kepimpinan Umno Kota Belud telah menggunakan laman-laman sosial ini sejak beberapa tahun lalu, namun seperkara yang membimbangkan apa penetrasi laman web ini boleh menembusi sasaran.

Kota Belud adalah kawasan yang masih terbelakang. Terbelakang daripada semua perkara. Tidak dinafikan, Kota Belud ada perbankan, ada pejabat kerajaan, ada pekan, namun dari segi ekses ke alam cyber, Kota Belud sungguh ketinggalan.

Bukan sahaja infranya yang ketinggalan malah pengguna alam cyber bagi daerah itu sungguh minima sekali.

Apabila melihat pada laman sosial persendirian, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin Umno kawasan ini menggunakan laman sosial itu, majoriti belum menggunakannya atas sebab belum celik. Mereka masih mengamalkan cara lama dalam pendekatan baik terhadap ahli parti mahu rakyat biasa.

Berasaskan keadaan ini, maka ada pemimpin yang melihat dengan sinis usaha para blogger dalam memperkasa lawan sosial untuk menyampaikan maklumat dan pendapat melalui laman blog. Malah "pemimpin itu" bertanya berapa ramaikah penduduk Kota Belud membaca blog, FB atau twitter?.

Malah "pemimpin" itu menganggap bahawa usaha para blogger untuk memperkasa penggunaan laman web adalah sia-sia dan tidak berimpak dalam mempengaruhi perubahan pola pengundian di kala pilihanraya.

Persepsi negatif ini lah yang menajadikan pihak pembangkang menguasai minda pemuda di beberapa pilhanraya lalu, kerana UMNO-BN menganggap bahawa kuasa media ketiga itu tidak berimpak tinggi.

Kini, kita menyaksikan media ketiga yang dikuasai pihak pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian insider, Malaysia Today, mempunyai pembaca berkali-kali lipat ramainya dibanding media arus perdana seperti Utusan, berita harian, strait times, juga TV1 dan TV3.

Sudah tiba masanya bagi pemimpin Umno Kota Belud untuk mengwujudkan laman media ketiganya bagi menyalurkan semua maklumat untuk memperkasa parti. Bermula daripada kecil, kerana sedikit-sedikit itu lama-lama menjadi bukit. Fikir-fikirkan lah

20 October 2010

Rakyat tidak perlu retorik: Rakyat perlu pemimpin yang berkerja

Kita tak perlu retorik. Apa yang penting kerja. Rakyat perlu pemimpin yang berorientasikan perkhidmatan. Pemimpin perlu melakukan perkhidmatan sebaik-baik mungkin untuk rakyat supaya mereka memahami perjuangan.

Tetapi kalau pemimpinan menjaga rakyat, tidak mesra, bangga diri dengan pangkat dan harta, sudah pasti mereka akan menolak pemimpin itu termasuk parti di mana pemimpin itu bernaung.

Begitu juga apabila kita sudah menjadi pembangkang di sesetengah negeri tetapi masih mahu bangun tidur di banglo, jalan-jalan di Kuala Lumpur, naik kereta mewah dan tidak berasa diri pembangkang. Jika sikap ini berterusan sudah pasti kita tidak akan mampu bangkit semula.

Bagaimanapun kalau ahli Umno, sama ada di peringkat atas atau akar umbi menyedari hakikat betapa hinanya kita kalau tidak ada kuasa seperti mana berlaku di Pulau Pinang, maka kebangkitan itu dapat dilakukan.

Tetapi kita perlu ada sistem bagaimana hendak menterjemahkan tindakan supaya ia sampai ke peringkat akar umbi dan rakyat memahami apa yang kita perjuangkan.

19 October 2010

Musa Aman diuji untuk pertama kali selepas PRU-12

PRK Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November ini merupakan ujian pertama Ketua Menteri Sabah itu selepas PRU-12 tahun 2008.

Pada PRU-12 lalu, BN terpaksa melepaskan 1 DUN dan 1 MP, ke dua-duanya kepada DAP. Secara kebetulan dua kawasan tersebut diwakili oleh PBS komponen BN yang terbaru di Sabah.

Kali ini, melalui PRK Batu Sapi, sekali lagi PBS akan mewakili BN.Calon BN akan berhadapan, samada dengan PKR dan SAPP atau satu lawan satu.

Dua hari lalu, TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah mengumumkan perlantikan Datuk Musa Aman sebagai pengarah pilihanraya PRK itu, sementara persiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan sebagai timbalannya.

Setelah Galas, ini lah kali ke dua, di mana TPM tidak dilantik sebagai pengarah pilihanraya sebagaimana lazimnya setiap ada PRK.

Nampaknya BN telah mula berubah. Melalui dua perlantikan pengarah pilihanraya, yakni Galas dan Batu Sapi, kemungkinan perubahan ini akan menjadi tradisi seterusnya.

Bagi PRK Batu Sapi, perlantikan Musa Aman sebagai pengarah pilihanraya merupakan percaturan yang amat tepat. Selain Musa sebagai pengerusi BN negeri, Musa juga mewakili DUN kawasan Sandakan, yakni DUN Libaran.

Sudah tentunya ketua menteri Sabah itu mempunyai jalinan yang luas dengan akar umbi di kawasan itu. Melalui jalinan itu, adalah mudah bagi BN menjangkau dan mendekati para pengundi di situ.

Persoalannya sekarang, sejauh mana reputasi Musa Aman ini boleh diterjemahkan dalam bentuk undi. Jika keputusan PRK itu berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar, maka sahlah, bahawa Musa Aman adalah pemimpin Sandakan yang terbilang. Namun, jika keputusan PRK itu tidak menyebelahi BN, petanda buruk akan berlaku bagi kawasan pantai Timur, terutama kawasan yang mempunyai pengundi cina.

Jumlah pengundi Batu Sapi hampir 26,000 orang. 15 ribu adalah pengundi bumiputera islam, 10 ribu cina dan selebihnya pengundi pos dan bumiputera bukan islam.

Namun yang membimbangkan BN, bahawa trend pengudian di Batu Sapi pada beberapa PRU lalu, jumlah bumiputera yang turun mengundi kurang daripada 40%, sementara cina melebihi 80%.

Jika trend ini masih berlaku, maka ada kemungkinan BN akan kecundang, memandangkan kemungkin kaum cina akan berpihak kepada pembangkang. Ini lah tugasan berat yang dihadapi Musa Aman melalui PRK ini.

18 October 2010

Projek Pembangunan: Sabah dan Sarawak dianak tirikan

Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, terutama hasil minyak dan perladangan, namun agihan projek pembangunan bagi ke dua-dua negeri itu terlalu sedikit.

Dalam RM-10 misalnya sejumlah RM 110 billion projek dialokasikan di Semenanjung, namun bagi Sabah dan Sarawak hanya berjumlah RM 10 bilion.

Sebagai rekod sejak 5 tahun lalu, pendapatan tahunan negara daripada minyak adalah RM60 bilion setahun, dimana 40% daripadanya adalah sumbangan Sabah dan Sarawak.

Namun dari segi agihan pembangunan terutama melalui RM-10, Sabah dan Sarawak menerima kurang daripada 10% daripada jumlah kos projek yang dilaksanakan di Semenanjung.

Walaupun Sabah dan Sarawak telah menyeretai Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia sejak 47 tahun lalu, keadaan infastruktur di dua negeri itu cukup ketinggalan.

Bekalan air bersih umpamanya, masih merupakan masalah utama penduduk negeri itu. Sementara kadar kemiskinan, masih di atas 10%.

Melalui bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib pada jumaat lalu, Sabah dan Sarawak hanya menerima RM 2.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur, manakala di semenanjung hampir RM7 bilion.

Semenanjung juga akan menerima pembangunan sebanyak RM 40 bilion melalui pembinaan MRT di Lembah Klang, bangunan Warisan Merdeka dengan kos RM5 Bilion, RM 26 bilion untuk KLIFD (KL International Financial District) dan RM 10 bilion pembangunan hartanah di Sungai Buloh, Selangor.

Di mana kah silapnya?

Apa kah UPEN Sabah tidak mengemukakan kertas cadangan untuk tujuan permohonan bajet?

Apa kah yang dilakukan oleh para wakil rakyat Sabah? Apakah mereka dijangkiti sindrom malu? Atau kah mereka tidak tahu merancang?

Untuk membuat suatu perancangan, selain pengetahuan, juga jalinan antara para pegawai di Semenanjung sangat perlu. Apa kah para pegawai negeri hanya tersipu-sipu di kandang sendiri?

17 October 2010

Tanah NT Kota Belud bertukar tangan

Akibat kemiskinan, banyak tanah NT telah bertukar tangan. Saudagar-saudagar tanah di Kota Belud telah melantik "runner" mereka di setiap kampung untuk mempengaruhi orang miskin menjual tanah mereka.

Kampung Tamau misalanya adalah salah satu contoh, di mana kebanyakan tanah di kampung itu telah dimiliki oleh bukan penduduk asal kampung itu.

Kampung Rampayan Ulu, kebanyakan tanah di situ telah dimiliki seorang saudagar tanah yang juga seorang pemimpin Umno bahagian.

Nampaknya suatu hari kelak penduduk-penduduk di dua kampung ini akan terpaksa menyewa atau membeli semula tanah, yang sepatutnya dimiliki mereka.

Di perkampungan lain, mislanya Ambong, pengkalan Abai- menurut khabarnya banyak sudah tanah di situ dibeli oleh bukan bumiputera.

Suatu hari Kota Belud akan dihuni oleh bukan keturunan asal, sebaliknya dihuni oleh penduduk luar.

Pejabat tanah Kota Belud, terutama pegawai Daerah yang juga penolong pemungut hasil tanah daerah, perlu berhati-hati semasa memberi tanda tangan pertukaran hak milik tanah.

16 October 2010

Almudin Kaida berdepan Yong Teck Lee Di PRK-Batu Sapi?

Musa Aman maklum-bahawa kawasan parlimen P-185 Batu Sapi 60% adalah bumiputera islam daripada suku USBO.

Jumlah pengundi bagi kawasan tersebut adalah 26,000; 38% adalah pengundi cina, selebihnya adalah bumiputera bukan islam dan 1,700 undi pos.

Berasaskan taburan undi-sebenarnya kawasan tersebut adalah untuk bumiputera islam.

Almudin Kaida adalah Timbalan Presdien PBS. Kawasan tersebut adalah kuota PBS. Alangkah elok-jika Tan Sri Pairin memberi peluang kepada timbalannya tersebut untuk bertanding untuk pertama kalinya.

Jika Almudin dipilih-kemenagan muktamad pasti dalam gengaman.

Almudin akan berdepan dengan Presiden SAPP Yong Teck Lee. Bagi Yong kekosongan kawasan Batu Sapi merupakan suatu peluang baginya untuk menguji popularitinya.

Di samping itu- rasa geram dan dendam Yong Teck Lee terhadap mantan Timbalannya Raymond Tan-ADUN Karamunting sangat membara.

Melalui PRK kali ini-akan terlihat-manakah yang popular- Yong Teck Lee kah atau Raymod Tan di kawasan cina.

Bagi kawasan bumiputera Islam-yang terdiri daripada rumpun USBO- OKB merasakan-bahawa majoriti pengundi akan memangkah BN.

Almudin adalah daripada rumpun USBO-berbaloi jika diberi peluang. Pertimbangkan lah.

15 October 2010

Intipati Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

13 October 2010

Sambutan kepada Saifie Apdal: Tabik kepada penganjur

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan sesuatu majlis adalah terletak kepada penganjuran. Dalam ini anggota penganjur.

Apabila penganjur benar-benar menjalankan tugasnya sebagai penganjur, apapun majlis yang diadakan pasti ramai yang datang.

Majlis kenduri misalnya, jika penganjur kenduri itu melaksanakan jemputan yang bertubi-tubi kepada sesiapa sahaja, pasti, kehadiran akan ramai.

Majlis Hariraya anjuran PKMM cawangan Sabah yang diketuai oleh Awadnir Matanggal, menganjurkankan majlis Hariraya pada 10-10-2010 di kg Botung Kota Belud dengan tetamu kehormat Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah, Datuk Safie Apdal.

Seperti gambaran penulis blog Sekaliketok.blogspot.com bahawa kehadiran orang ramai cukup banyak serta sambutan terhadap tetamu kehormat diiringi oleh para penunggang motosikal seramai 130 orang bermula daripada Pekan Kota Belud, sementara di kg Botung, Safie menaiki pickup terbuka yang dihisai tradisi Bajau dan didahului oleh para penunggang kuda sama dan iranun; menggambarkan bahawa penganjur telah berjaya. Sybas kepada Awadnir!.

Majlis Hariraya adalah acara makan-makan. Selain itu kehadiran tidak menghampakan, selain dapat menjamu selera, wang minyak ditanggung beres.

OKB tidak sempat hadir, disebabkan demam yang teruk. Tiada sekatan daripada sesiapa untuk tidak hadir. Mungkin OKB bukanlah pemimpin, hanya ahli UMNO biasa, dan mantan penyaja UMNO tahun 1990!.

Sebelum majlis itu, OKB sempat berjumpa TSP, SSK dan Musbah Jamli. Ketiga-tiga pemimpin ini tidakpun berbicara mengenai majlis tersebut, apatak lagi menghalangnya. TSP pada masa yang sama menyempuranakan hari pertungan anaknya, sementara SSK telah mengesahkan kehadirannya pada majlis TSP itu, lebih awal daripada majlis di kg Botung itu. Demikian juga Musbah Jamli, ada program terawal yang dia telah komited lebih awal daripada majlis itu.

Menuduh para pemimpin Kota Belud mensabotaj majlis itu, kalau lah benar, sudah tentu kehadiaran orang ramai tidak lah sepertimana gambaran para penulis blog Kota Belud.

Yang jelas tiada sabotaj! yang benar adalah majlis itu dianjurkan secara tergesa-gesa, oleh orang-orang tertentu termasuk Awadnir; atas sebab itu para pemimpin Umno daerah tidak dapat meluangkan masa disebabkan telah komited dengan program lain. Peribahasa "Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh" sebenarnya tidak tepat!

Kehadiran tidak menggambarkan sokongan! OKB rasa ramai yang setuju dengan ayat ini.

Gambaran bloger sekaliketok bahawa Safie Apdal disambut luarbiasa oleh akar umbi Kota Belud, menunjukkan bahawa para pemimpin Kota Belud khasnya tidak mensabotaj majlis itu.Fikir-fikirkan lah

8 October 2010

Technicians sekolah Sabah semuanya bukan penduduk negeri ini

Datuk Yong Teck Lee mendakwa bahawa 400 technicians untuk menyelenggara komputer di seluruh sekolah di Sabah bukan penduduk asal negeri ini.

Jika benar dakwaan ini, sebab itulah ramai sangat graduan atau diploma penduduk asal negeri ini yang memiliki kelayakkan ICT masih menganggur.

Berasaskan kepada contoh ini, Yong Teck Lee berjanji, jika SAPP memerintah negeri Sabah selepas PRU-13, maka tindakan utamanya adalah mengkaji semua pekerjaan yang sebenarnya mampu dilakukan oleh penduduk negeri akan tetapi disandang oleh bukan asli negeri ini ditinjau semula.

SAPP akan mengurus negeri ini berasaskan 20 perkara sepertimana perjanjian pada 16 September 1963, semasa Sabah-Sarawak-Semenanjung-Singapura membentuk Persukutuan Malaysia.

Yong Teck Lee mengatakan demikian pada 1Oktober lalu di Papar Sabah semasa merasmikan AGM SAPP peringkat Pantai Manis dan Kawang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels