12 April 2011

Baru Bian next Dr Jeffery Kitingan

Lepas PRN Sarawak nasib Baru Bian akan seperti Dr Jeffery Kitingan. Anwar akan dump-tanpa belas kesihan.

Dominaqe Ng, contohnya walaupun satu-satunya calon PKR menang pada PRN Sarawak 2006, dibuang begitu sahaja. Anwar memang bertangan tidak mengenal belas kesihan.

11 April 2011

Juruterbang Heli yang terhempas di dataran Sibu meninggal

Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) namun mengembuskan nafas pada kira-kira 8.30 sebentar tadi lapor Berita Harian online.

Sebelum itu Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki (tiga meter) itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian di dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan.

"Kita mendoakan agar beliau selamat menjalani pembedahan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

Helikopter Terhempas Di Dataran Sibu: TPM Selamat

SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang Isnin selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dariBintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz. - BERNAMA

Pemimpin Pembangkang tua-tua!!!

PM Najib malam ini meminta rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.Beliau berkata peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau telah berunding dengan Taib tentang proses peralihan kepimpinan bagi memastikan ia berjalan lancar.

“Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan hasutan pembangkang kerana banyak lagi pemimpin pembangkang yang juga berumur,” katanya pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.

Taib, 74, yang mengetuai jentera pilihan raya BN Sarawak pada 16 April, berulangkali menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan ketua Menteri, yang disandangnya sejak 1981.

Perdana Menteri berkata beliau amat gembira kerana dapat menghadiri perhimpunan itu untuk memberi sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding di sekitar kawasan Kuching pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Najib berkata jika pembangkang mempersoalkan soal umur-Nik Aziz jauh lebih tua dibanding Taib.

10 April 2011

Kempen dalam diam: DAP tsunamikan SUPP

RUANG legar sebuah hotel bertaraf lima bintang di bandar raya Kuching sibuk sungguh sejak awal minggu ini. Kalau hendak dibuat perbandingan dengan kesibukan jalan raya bandar raya ini, ruang legar hotel itu lagi sibuk.

Manusia mundar-mandir dan lalu-lalang. Coffee house dan lounge sesak dengan manusia dan asap rokok. Di hadapan pintu masuk utama hotel itu pula, kereta bersimpang siur menunggu giliran mengambil dan menurunkan penumpang.

Keadaan di hotel-hotel lain pun sama atau lebih kurang sama sahaja. Semuanya kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Kempennya sudah memasuki hari kelima hari ini. Suasana dan demam pilihan raya kali ini barangkali hanya terasa jika berada di sekitar pusat bandar raya ini.

Perang poster parti-parti bertanding walaupun tidak rancak, sedikit ketara di tengah-tengah bandar raya ini. Poster yang memaparkan wajah calon bertanding mula menghiasi jalan walaupun tidak banyak.

Berbeza pula di kawasan pinggir Kuching seperti Muara Tuang, Kota Samarahan; Kampung Bako Hulu, Demak Laut; Pantai Damai, Santubong. Ada poster calon dan bendera parti bertanding dipasang atau dinaikkan, tetapi tidaklah banyak.

Kempen pilihan raya di sekitar bandar raya ini juga berlangsung dalam senyap. Tidak ada ceramah besar-besaran, tidak ada sekatan jalan raya dan tidak kelihatan orang ramai berpusu-pusu menuju ke tempat ceramah. Tidak keterlaluan dikatakan kempen lebih menyerlah pada waktu siang hari dan tumpuannya di kawasan bandar.

Calon-calon bertanding biasanya menemui para pengundi dengan cara singgah minum pagi di restoran, kedai kopi dan gerai-gerai makan. Selepas itu mereka mengadakan sesi bersalam dan bertanya khabar di pasar-pasar pagi atau tempat tumpuan ramai. Itu adalah pemandangan biasa setiap kali musim pilihan raya.

Hampir semua parti bertanding menggunakan pendekatan kempen secara tertutup dan diam. Tumpuan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dari rumah ke rumah. Suasana ini sangat berbeza jika dilihat pada statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan sejurus selepas berakhir proses penamaan calon.

Angka-angka berkenaan seolah-olah menunjukkan pilihan raya negeri kali ini lebih panas daripada sebelumnya. Antaranya, buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri sejak tahun 1970 kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

Sejumlah 213 calon akan mencuba nasib dengan calon Bebas paling ramai iaitu 41 orang. Tidak ada juga kemenangan percuma untuk BN sebaik penamaan calon berakhir. Sehingga berita ini ditulis juga tidak ada juga calon termasuk calon Bebas menarik diri. Lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan menyaksikan pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Mengikut pecahannya, sejumlah 23 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) dan dua kawasan pertandingan enam penjuru. Barisan Nasional (BN) yang menang di 63 kerusi pada pilihan raya negeri yang lalu akan ditentang satu lawan satu di 27 kawasan berbanding 54 kawasan pada pilihan raya negeri 2006.

Di kawasan bandar yang pengundinya adalah majoriti berketurunan Cina, BN akan dicabar oleh DAP di 15 kerusi. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan 49 calon di kawasan Melayu-Melanau dan Dayak. Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) mempertaruhkan 26 calon di kawasan Dayak.

Pas pula bertanding di lima kawasan Melayu-Melanau manakala Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali bertanding di enam kawasan Melayu dan Iban. Sebenarnya jika diteliti, pilihan raya negeri kali ini tertumpu kepada dua perkara.

Pertama pertembungan dua parti utama kaum Cina - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan DAP. Yang keduanya survival PKR di Sarawak dalam situasi hubungan ‘retak menanti belahnya’ dengan sebuah lagi parti pembangkang setempat Snap.

Pertembungan DAP dan SUPP dijangka sengit di semua kawasan. Empat di Kuching iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa dan Batu Kawa. Empat lagi di Sibu iaitu Repok, Meradong, Bukit Asseh, Dudong, Bawang Assan dan Pelawan manakala Piasau dan Pujut di Miri.

Kedua-duanya ada misi ‘hidup dan mati.’ SUPP mahu menghidupkan kembali sokongan para pengundi Cina yang merosot teruk pada pilihan raya 2006. Di satu pihak lain pula, DAP mahu mematikan terus hayat SUPP di Sarawak dengan menyapu bersih saki- baki kerusi yang dimenangi SUPP.

Dengan azam untuk membawa tsunami politik Sarawak ke semenanjung, DAP melihat kemenangan besar ke atas semua kerusi majoriti Cina amat penting.

Ketika kempen baru sahaja memasuki hari keempat, pakatan pembangkang khususnya DAP kelihatan sangat yakin dapat menambah sekurang-kurang sembilan hingga 12 kerusi lagi.

Keyakinan itu berdasarkan kepada mesej yang diberikan oleh para pengundi berketurunan Cina pada pilihan raya kecil Sibu tahun 2010.

Selain itu juga 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi adalah kawasan yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi kaum Cina.

Malah pemerhati politik tempatan melihat DAP sudah mengorak jauh ke hadapan dalam kempen mereka bagi memenangi hati para pengundi Cina dibandingkan dengan dua lagi rakan mereka PKR dan Pas.

Bagaimanapun SUPP melihat sebaliknya. Selain mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi, SUPP yakin dapat merampas balik kerusi yang hilang pada pilihan raya lalu.

Tindakan SUPP meletakkan calon-calon muda berprofil tinggi yang lebih segar dan profesional bakal menjadi titik penting kepada perubahan sokongan dan kembalinya pengundi Cina ke pangkuan BN.

Malah SUPP mengambil langkah berani dengan meletakkan semua calon muka baru bagi bertanding di semua kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya negeri 2006.

Presiden SUPP, Tan Sri George Chan menegaskan, jumlah calon muda yang dipilih bertanding mewakili parti itu kali ini menunjukkan SUPP serius untuk berubah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan tinjauan mesra di sekitar Padungan dan Kota Sentosa dan diberi sambutan hangat oleh para pengundi di kawasan itu meminta pengundi di kawasan itu kembali menyokong BN demi pembangunan yang berterusan.

Ia mungkin menjadi petanda baik bagi BN untuk mempertingkatkan usaha dalam menyakinkan para pengundi bandar untuk kembali menyokong BN. DAP mungkin kelihatan begitu agresif dalam kempen-kempennya.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadikan sasaran. Hayat kepimpinannya yang sudah memasuki tahun ke-30 menjadi isu utama. Bagaimanapun dari satu sudut, DAP kelihatan keseorangan. PKR yang dilanda dengan pelbagai masalah menjelang penamaan calon masih terkial-kial mencari rentak.

Walaupun hanya memenangi satu kerusi sahaja pada pilihan raya negeri tahun 2006, PKR mengusung nafsu besar para pemimpinnya untuk menguasai Sarawak.

Bagaimanapun laluan parti yang sedang diselubungi kontroversi skandal moral pemimpin utamanya itu sangat berliku. Hubungan ‘retak menanti belah’ PKR-Snap yang tercetus sekian lama khususnya dalam isu pembahagian kerusi ‘berkecai’ pada hari penamaan calon.

Kedua-dua parti itu meletakkan calon bagi bertanding sesama sendiri di 25 kawasan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja berhadapan dengan BN, tetapi juga Snap. Snap sehingga kini dilihat tidak mahu mengalah waima sejengkal pun. Kecuali Ketua PKR Sarawak, Baru Bian yang akan bertanding di kerusi Ba’ kalalan, tidak ada calon-calon PKR lain yang dilihat berwibawa untuk membawa cabaran besar parti dari semenanjung itu.

Parti itu juga mula dipandang serong malah dituduh sebagai pembawa budaya politik kasar, tidak beradab dan ala samseng ke Sarawak. Budaya yang dipertontonkan ketika hari penamaan calon menular di pentas-pentas kempen dan mula menjadi bahan percakapan.

Calon BN Bukit Sari Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan secara terbuka meminta pengundi di Lawas menolak jauh politik samseng yang bertentangan dengan budaya masyarakat Sarawak yang penuh kesopanan.

8 April 2011

Musa Aman Amat Berkuasa

Merujuk kepada banyak laporan berhubung rombakan kecil cabinet Musa Aman dan rasa tidak senang yang menyusul selepas itu dalam kalangan parti komponen BN khususnya LDP dan MCA.

OKB faham bahawa kuasa melantik cabinet adalah kuasa Ketua Menteri, beliau bebas melantik orang-orang yang disukainya berada dalam kabinetnya.

Namun dalam konteks Malaysia, di mana kerajaan terdiri daripada beberapa parti gabungan dan KM juga merupakan pengerusi gabungan itu.

Sementara beliau perlu memilih sesiapa yang beliau ingin berada dalam kabinetnya, beliau juga perlu mengseimbangkannya dengan kepentingan parti komponen.

Sekarang beliau telah memilih dua TKM dari sebuah parti yang sama dan membenarkan dua ADUN “Gerakan” berada dalam cabinet, walaupun parti itu tidakpun bertanding pada sebarang pilihanraya di Sabah. sejarah seumpamanya telah tercipta dan seperti yang Presiden LDP Datuk VK Liew katakan, ia adalah “Pendahuluan yang tidak baik”.

Alasaan yang diberikan kenapa Datuk Dr Yee Moh Chai dilantik sebagai TKM ialah kerana Dr itu lebih berpengalaman, seorang ahli politik kanan dan dihormati oleh masyarakat cina di Sabah? Dengan alas an yang diberikan itu, adakah itu juga bermaksud bahawa keputusan menggugurkan Peter Pang dibuat kerana Pang kurang berpengalaman, seorang ahli politik yang baru dan tidak begitu dihormati oleh masyarakat cina?

Dalam memilih Dr Yee berdasarkan alasan-alasan yang diberi, maka Musa Aman terlepas pandang seseorang iaitu Datuk Edward Khoo, yang merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Khoo adalah wakil MCA yang telah memenangi kawasan Kapayan untuk dua penggal. Dari segi pengalaman, Khoo lebih berpengalaman, kerana sebelum ini pernah dilantik sebagai senator. Selain itu, Khoo merupakan anak kepada mantan cabinet negeri pada tahun 60-an dan merupakan keluarga yang dihormati oleh masyarakat cina. Dengan alasan yang diberikan atas perlantikan Yee, ada kah ini bermakna Khoo termasuk ahli politik yang tidak berpengalaman, bukan ahli politik kanan dan tidak dihormati sebagai pemimpin Masyarakat Cina?

Tiada sebab diberi kenapa Pang dikekalkan, menjadikan dia anggota parti Gerakan kedua berada dalam cabinet Musa Aman selain Datuk Raymond Tan.

Tindakan Musa Aman ini, mengundang banyak spekualsi. Ramai beranggapan bahawa Musa Aman mahu menunjukkan bahawa beliau amat berkuasa.

Sabah: Selepas PKR- Kini kepimpinan BN Sabah pula mula bergolak

Penghujung tahun lepas Naib Presiden LDP Peter Phang pada masa itu berjawatan TKM Sabah keluar parti itu,disebabkan kenyataan Timbalan Presiden parti itu tidak dapat berkerjasama lagi dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Walau bagimanapun pertetentangan pemimpin parti komponen parti tertua BN tersebut belum memuncak dikala itu.Namun, pada awal bulan Mac tahun ini, apabila Musa mengumumkan perlantikan TKM baru Sabah-bagi kuota kaum cina, bermula lah babak-babak ketidak senangan parti itu terhadap pemerintahan Musa.

Punca sebenar pertentangan antara LDP dan Musa Aman-bukan Umno sebagai parti apabila Musa melantik Timbalan Presiden PBS Yee Moh Chai sebagai TKM mewakili kuota cina dalam kabinet Musa.

PBS menyertai semula BN Sabah pada tahun 2002, selepas parti itu keluar BN diambang pembuangan undi pada PRU 1990. Akibat keluar mengejutnya PBS tersebut, BN terperangkap dengan situasi- dimana semua kerusi yang diagihkan pada PBS terlepas dengan percuma, kerana BN tiada peluang lagi mengemukakan calon. Pilihan BN pada masa itu adalah menyokong calon-calon bebas, namun tindakan tersebut tidak berkesan, atas sebab calon-calon bebas tersebut tidak ada keupayaan.

Pemerintahan PBS bermula pada tahun 1985, apabila parti itu menumbangkan kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. PBS yang diketuai oleh Pairin; Pairin adalah pemimpin Berjaya yang dipecat oleh Harris Salleh.

Akibat PBS menikam belakang BN pada tahun 1990, maka Umno komponen parti terbesar dalam BN mengumumkan kemasukan ke Sabah. Pada PRU 1990, Musa Aman juga turut bertanding atas tikit Usno; namun tewas. Calon-calon Usno yang menang pada PRU tersebut antaranya Rahim Ismail, Hajiji Noor serta Amir Kahar dan Tun Mustapaha.

Pada minggu lepas di Sandakan, Presiden LDP Datuk VK Liew membuat kenyataan, bahawa pembentukan kerajaan negeri bukan lagi berasas pada single parti sepertimana pemerintahan PBS ataupun Berjaya. Pemerintahan BN pada masa ini berasas kepada komponen-komponen parti; atas sebab itu sebarang pembentukan kabinet atau perlantikan jawatan-jawatan GLC perlu juga mempertimbang pandangan komponen parti. Presiden LDP itu terkilan, kerana tidak diajak berunding mengenai perlantikan TKM kuota kaum cina dalam kabinet Musa.

Semalam, seorang lagi pemimpin Bn kali ini daripada Umno-Datuk Rahim Ismail; yang mempertikai kewibawaan Pairin Kitingan. Kritikan Rahim tersebut-ibarat pukul anak sindir mertua. Rahim sebenarnya menujukkan kriikan tersebut kepada Musa Aman. Rahim selepas tidak dilantik pada kabinet negeri menjadi pengertik utama Musa, termasuk dalam persidangan DUN Sabah.

Melihat kepada bibit-bibit penentangan kepada Musa tersebut; OKB rasa-secara dalaman atau diam, ramai lagi para pemimpin yang kurang senang atau mula tidak sehaluan dengan Musa Aman sebagai Ketua Menteri merangkap pengerusi perhubungan UMNO dan BN negeri. Apa kah bibit-bibit penentangan tersebut akan memuncak menjelang PRU-13??

Sabah mempunyai sejarahnya sendiri dalam politik. USNO tumbang ditangan mantan-mantan pemimpinnya, Berjaya juga demikian, PBS pun sama. Apa kah bibit penentangan terhadap Musa tersebut membawa rebah? Fikir-fikirkan lah.

6 April 2011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM Kuala Lumpur

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa Ahmad Sarbani Mohd, 56 adalah  penolong Pengarah  Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

PRN Sarawak: PKR rasuah warga Emas

PKR cuba merasuah warga emas. Pari itu menjanjikan akan memberi bantuan RM400, seperti pada poster Baru Bian.

Perlis: Guru ahli PAS bunuh murid 7 tahun

PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun awlam minggu ini yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat Kangar.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah dibawah kelolaan parti Pas itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.sumber Bernama

5 April 2011

Video Sex: Tak kan PUM sokong perbuatan mungkar!!!!

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

“Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini,” katanya.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.

“Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas haram dalam Islam.

OOOOOHHHHHHHHHHHHHH Lain je BUNYI PUM?? macam suara mewakili Pembangkang!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels