RUANG legar sebuah hotel bertaraf lima bintang di bandar raya Kuching sibuk sungguh sejak awal minggu ini. Kalau hendak dibuat perbandingan dengan kesibukan jalan raya bandar raya ini, ruang legar hotel itu lagi sibuk.
Manusia mundar-mandir dan lalu-lalang. Coffee house dan lounge sesak dengan manusia dan asap rokok. Di hadapan pintu masuk utama hotel itu pula, kereta bersimpang siur menunggu giliran mengambil dan menurunkan penumpang.
Keadaan di hotel-hotel lain pun sama atau lebih kurang sama sahaja. Semuanya kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Kempennya sudah memasuki hari kelima hari ini. Suasana dan demam pilihan raya kali ini barangkali hanya terasa jika berada di sekitar pusat bandar raya ini.
Perang poster parti-parti bertanding walaupun tidak rancak, sedikit ketara di tengah-tengah bandar raya ini. Poster yang memaparkan wajah calon bertanding mula menghiasi jalan walaupun tidak banyak.
Berbeza pula di kawasan pinggir Kuching seperti Muara Tuang, Kota Samarahan; Kampung Bako Hulu, Demak Laut; Pantai Damai, Santubong. Ada poster calon dan bendera parti bertanding dipasang atau dinaikkan, tetapi tidaklah banyak.
Kempen pilihan raya di sekitar bandar raya ini juga berlangsung dalam senyap. Tidak ada ceramah besar-besaran, tidak ada sekatan jalan raya dan tidak kelihatan orang ramai berpusu-pusu menuju ke tempat ceramah. Tidak keterlaluan dikatakan kempen lebih menyerlah pada waktu siang hari dan tumpuannya di kawasan bandar.
Calon-calon bertanding biasanya menemui para pengundi dengan cara singgah minum pagi di restoran, kedai kopi dan gerai-gerai makan. Selepas itu mereka mengadakan sesi bersalam dan bertanya khabar di pasar-pasar pagi atau tempat tumpuan ramai. Itu adalah pemandangan biasa setiap kali musim pilihan raya.
Hampir semua parti bertanding menggunakan pendekatan kempen secara tertutup dan diam. Tumpuan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dari rumah ke rumah. Suasana ini sangat berbeza jika dilihat pada statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan sejurus selepas berakhir proses penamaan calon.
Angka-angka berkenaan seolah-olah menunjukkan pilihan raya negeri kali ini lebih panas daripada sebelumnya. Antaranya, buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri sejak tahun 1970 kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.
Sejumlah 213 calon akan mencuba nasib dengan calon Bebas paling ramai iaitu 41 orang. Tidak ada juga kemenangan percuma untuk BN sebaik penamaan calon berakhir. Sehingga berita ini ditulis juga tidak ada juga calon termasuk calon Bebas menarik diri. Lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan menyaksikan pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Mengikut pecahannya, sejumlah 23 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) dan dua kawasan pertandingan enam penjuru. Barisan Nasional (BN) yang menang di 63 kerusi pada pilihan raya negeri yang lalu akan ditentang satu lawan satu di 27 kawasan berbanding 54 kawasan pada pilihan raya negeri 2006.
Di kawasan bandar yang pengundinya adalah majoriti berketurunan Cina, BN akan dicabar oleh DAP di 15 kerusi. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan 49 calon di kawasan Melayu-Melanau dan Dayak. Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) mempertaruhkan 26 calon di kawasan Dayak.
Pas pula bertanding di lima kawasan Melayu-Melanau manakala Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali bertanding di enam kawasan Melayu dan Iban. Sebenarnya jika diteliti, pilihan raya negeri kali ini tertumpu kepada dua perkara.
Pertama pertembungan dua parti utama kaum Cina - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan DAP. Yang keduanya survival PKR di Sarawak dalam situasi hubungan ‘retak menanti belahnya’ dengan sebuah lagi parti pembangkang setempat Snap.
Pertembungan DAP dan SUPP dijangka sengit di semua kawasan. Empat di Kuching iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa dan Batu Kawa. Empat lagi di Sibu iaitu Repok, Meradong, Bukit Asseh, Dudong, Bawang Assan dan Pelawan manakala Piasau dan Pujut di Miri.
Kedua-duanya ada misi ‘hidup dan mati.’ SUPP mahu menghidupkan kembali sokongan para pengundi Cina yang merosot teruk pada pilihan raya 2006. Di satu pihak lain pula, DAP mahu mematikan terus hayat SUPP di Sarawak dengan menyapu bersih saki- baki kerusi yang dimenangi SUPP.
Dengan azam untuk membawa tsunami politik Sarawak ke semenanjung, DAP melihat kemenangan besar ke atas semua kerusi majoriti Cina amat penting.
Ketika kempen baru sahaja memasuki hari keempat, pakatan pembangkang khususnya DAP kelihatan sangat yakin dapat menambah sekurang-kurang sembilan hingga 12 kerusi lagi.
Keyakinan itu berdasarkan kepada mesej yang diberikan oleh para pengundi berketurunan Cina pada pilihan raya kecil Sibu tahun 2010.
Selain itu juga 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi adalah kawasan yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi kaum Cina.
Malah pemerhati politik tempatan melihat DAP sudah mengorak jauh ke hadapan dalam kempen mereka bagi memenangi hati para pengundi Cina dibandingkan dengan dua lagi rakan mereka PKR dan Pas.
Bagaimanapun SUPP melihat sebaliknya. Selain mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi, SUPP yakin dapat merampas balik kerusi yang hilang pada pilihan raya lalu.
Tindakan SUPP meletakkan calon-calon muda berprofil tinggi yang lebih segar dan profesional bakal menjadi titik penting kepada perubahan sokongan dan kembalinya pengundi Cina ke pangkuan BN.
Malah SUPP mengambil langkah berani dengan meletakkan semua calon muka baru bagi bertanding di semua kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya negeri 2006.
Presiden SUPP, Tan Sri George Chan menegaskan, jumlah calon muda yang dipilih bertanding mewakili parti itu kali ini menunjukkan SUPP serius untuk berubah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan tinjauan mesra di sekitar Padungan dan Kota Sentosa dan diberi sambutan hangat oleh para pengundi di kawasan itu meminta pengundi di kawasan itu kembali menyokong BN demi pembangunan yang berterusan.
Ia mungkin menjadi petanda baik bagi BN untuk mempertingkatkan usaha dalam menyakinkan para pengundi bandar untuk kembali menyokong BN. DAP mungkin kelihatan begitu agresif dalam kempen-kempennya.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadikan sasaran. Hayat kepimpinannya yang sudah memasuki tahun ke-30 menjadi isu utama. Bagaimanapun dari satu sudut, DAP kelihatan keseorangan. PKR yang dilanda dengan pelbagai masalah menjelang penamaan calon masih terkial-kial mencari rentak.
Walaupun hanya memenangi satu kerusi sahaja pada pilihan raya negeri tahun 2006, PKR mengusung nafsu besar para pemimpinnya untuk menguasai Sarawak.
Bagaimanapun laluan parti yang sedang diselubungi kontroversi skandal moral pemimpin utamanya itu sangat berliku. Hubungan ‘retak menanti belah’ PKR-Snap yang tercetus sekian lama khususnya dalam isu pembahagian kerusi ‘berkecai’ pada hari penamaan calon.
Kedua-dua parti itu meletakkan calon bagi bertanding sesama sendiri di 25 kawasan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja berhadapan dengan BN, tetapi juga Snap. Snap sehingga kini dilihat tidak mahu mengalah waima sejengkal pun. Kecuali Ketua PKR Sarawak, Baru Bian yang akan bertanding di kerusi Ba’ kalalan, tidak ada calon-calon PKR lain yang dilihat berwibawa untuk membawa cabaran besar parti dari semenanjung itu.
Parti itu juga mula dipandang serong malah dituduh sebagai pembawa budaya politik kasar, tidak beradab dan ala samseng ke Sarawak. Budaya yang dipertontonkan ketika hari penamaan calon menular di pentas-pentas kempen dan mula menjadi bahan percakapan.
Calon BN Bukit Sari Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan secara terbuka meminta pengundi di Lawas menolak jauh politik samseng yang bertentangan dengan budaya masyarakat Sarawak yang penuh kesopanan.

No comments:
Post a Comment