Penghujung tahun lepas Naib Presiden LDP Peter Phang pada masa itu berjawatan TKM Sabah keluar parti itu,disebabkan kenyataan Timbalan Presiden parti itu tidak dapat berkerjasama lagi dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.
Walau bagimanapun pertetentangan pemimpin parti komponen parti tertua BN tersebut belum memuncak dikala itu.Namun, pada awal bulan Mac tahun ini, apabila Musa mengumumkan perlantikan TKM baru Sabah-bagi kuota kaum cina, bermula lah babak-babak ketidak senangan parti itu terhadap pemerintahan Musa.
Punca sebenar pertentangan antara LDP dan Musa Aman-bukan Umno sebagai parti apabila Musa melantik Timbalan Presiden PBS Yee Moh Chai sebagai TKM mewakili kuota cina dalam kabinet Musa.
PBS menyertai semula BN Sabah pada tahun 2002, selepas parti itu keluar BN diambang pembuangan undi pada PRU 1990. Akibat keluar mengejutnya PBS tersebut, BN terperangkap dengan situasi- dimana semua kerusi yang diagihkan pada PBS terlepas dengan percuma, kerana BN tiada peluang lagi mengemukakan calon. Pilihan BN pada masa itu adalah menyokong calon-calon bebas, namun tindakan tersebut tidak berkesan, atas sebab calon-calon bebas tersebut tidak ada keupayaan.
Pemerintahan PBS bermula pada tahun 1985, apabila parti itu menumbangkan kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. PBS yang diketuai oleh Pairin; Pairin adalah pemimpin Berjaya yang dipecat oleh Harris Salleh.
Akibat PBS menikam belakang BN pada tahun 1990, maka Umno komponen parti terbesar dalam BN mengumumkan kemasukan ke Sabah. Pada PRU 1990, Musa Aman juga turut bertanding atas tikit Usno; namun tewas. Calon-calon Usno yang menang pada PRU tersebut antaranya Rahim Ismail, Hajiji Noor serta Amir Kahar dan Tun Mustapaha.
Pada minggu lepas di Sandakan, Presiden LDP Datuk VK Liew membuat kenyataan, bahawa pembentukan kerajaan negeri bukan lagi berasas pada single parti sepertimana pemerintahan PBS ataupun Berjaya. Pemerintahan BN pada masa ini berasas kepada komponen-komponen parti; atas sebab itu sebarang pembentukan kabinet atau perlantikan jawatan-jawatan GLC perlu juga mempertimbang pandangan komponen parti. Presiden LDP itu terkilan, kerana tidak diajak berunding mengenai perlantikan TKM kuota kaum cina dalam kabinet Musa.
Semalam, seorang lagi pemimpin Bn kali ini daripada Umno-Datuk Rahim Ismail; yang mempertikai kewibawaan Pairin Kitingan. Kritikan Rahim tersebut-ibarat pukul anak sindir mertua. Rahim sebenarnya menujukkan kriikan tersebut kepada Musa Aman. Rahim selepas tidak dilantik pada kabinet negeri menjadi pengertik utama Musa, termasuk dalam persidangan DUN Sabah.
Melihat kepada bibit-bibit penentangan kepada Musa tersebut; OKB rasa-secara dalaman atau diam, ramai lagi para pemimpin yang kurang senang atau mula tidak sehaluan dengan Musa Aman sebagai Ketua Menteri merangkap pengerusi perhubungan UMNO dan BN negeri. Apa kah bibit-bibit penentangan tersebut akan memuncak menjelang PRU-13??
Sabah mempunyai sejarahnya sendiri dalam politik. USNO tumbang ditangan mantan-mantan pemimpinnya, Berjaya juga demikian, PBS pun sama. Apa kah bibit penentangan terhadap Musa tersebut membawa rebah? Fikir-fikirkan lah.

28 comments:
Come on leaders, we need development promises and not political ones.
sebaiknya jika semua pemimpin mengeratkan kerjasama dan memberikan tumpuan terhadap tugas mereka kepada rakyat.
apa yang penting sekarang ini adalah tugas dan janji kepada rakyat perlu ditunaikan.
segala masalah dalam parti perlu diselesaikan dgn cara baik. persefahaman perlu ada bagi mengukuhkan kerjasama dan kekuatan parti.
LDP should focus serving the people not fighting for a position.
Maybe it's best for LDP to just leave BN since they are not satisfied with BN.
I hope they prioritize to develop and solve the issues sabah people is facing.
Tidak guna bercakap banyak, yang penting Datuk Yee sudah dilantik dan kita berikan sokongan penuh kepada beliau.
All leaders must cooperate with one another to solve those issues especially the PATI issue.
LDP sendiri yang tidak berpuas hati dengan keputusan KM. Sedangkan LDP sendiri yang mahu Datuk Musa berlaku adil. Setelah Datuk Yee terpilih mendapat TKM tersebut LDP dengan keputusan tidak berpuas hati kenapa Yee terpilih. Jawapannya ada pada KM sendiri.
Rasanya pergolakkan PKR lebih teruk dari BN Sabah. Tidak juga ada sampai ahli-ahli lain keluar parti. BN Sabah pasti dapat menyelesaikan masalah ini. Ini masalah dalaman maka lebih elok jika diselesaikan perundingan dalam pentadbiran saja.
masalah dalam BN Sabah masih boleh dikawal dan tak menjejaskan jentera BN.
tapi apapun harap semua masalah yang timbul dpt diselesaikan.
Adakah persengketaan peribadi membantu dalam hal ini?
Sebaiknya Kerajaan BN Sabah bersatu hati menangani masalah sabah dan bukannya membuat kecoh dalam parti. Kita mahu setiap parti komponen bersama.
mungkin pemimpin parti LDP merajuk..
jika perang dingin berlarutan maka makin goyah kedudukan BN di sabah..lebih2 lagi pada masa sekarang di mana PRU berkemungkinan akan diadakan pada bila2 masa.
jangan tamakkan kuasa, kedudukan dan pangkat..sebaiknya berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang mengundi anda sebagai wakil mereka..
LDP harus tamatkan 'konflik' dengan pimpinan kerajaan negeri untuk kebaikan bersama..tiada gunanya LDP asyik mendesak diberikan kedudukan dan pangkat dalam kerajaan sekiranya khidmat kepada masyarakat diabaikan..
mungkin LDP harus menetapkan pendirian mereka dengan jelas...sama ada masih dalam BN atau tidak..jangan menjadi duri dalam daging kerana akan merugikan BN..
Sabah need development.
I think all political scenarios are the same.
LDP tidak patut mempertikaikan kuasa melantik KM Sabah kerana itu sudah menjadi amalan mana2 menteri di seluruh dunia. KM berhak melantik siapa2 yang beliau fikirkan layak memegang jawatan itu.
setakat ini hanya LDP sahaja yang jelas menunjukkan tentangan terhadap kepimpinan Musa Aman. majoriti pemimpin dari komponen parti yang lain masih menunjukkan sokongan kepada KM. oleh itu, bagi saya masalah ini tidaklah terlalu kritikal sehingga boleh menjejaskan kedudukan BN dalam PRU akan datang.
Kita harapkan yang terbaik untuk Sabah.
Harap kita boleh nampak lebih banyak pembagunan di Sabah nanti.
Stop all lies.
sejarah politik Sabah berguna sebagai teladan kepimpinan parti di masa depan.
Post a Comment