Merujuk kepada banyak laporan berhubung rombakan kecil cabinet Musa Aman dan rasa tidak senang yang menyusul selepas itu dalam kalangan parti komponen BN khususnya LDP dan MCA.
OKB faham bahawa kuasa melantik cabinet adalah kuasa Ketua Menteri, beliau bebas melantik orang-orang yang disukainya berada dalam kabinetnya.
Namun dalam konteks Malaysia, di mana kerajaan terdiri daripada beberapa parti gabungan dan KM juga merupakan pengerusi gabungan itu.
Sementara beliau perlu memilih sesiapa yang beliau ingin berada dalam kabinetnya, beliau juga perlu mengseimbangkannya dengan kepentingan parti komponen.
Sekarang beliau telah memilih dua TKM dari sebuah parti yang sama dan membenarkan dua ADUN “Gerakan” berada dalam cabinet, walaupun parti itu tidakpun bertanding pada sebarang pilihanraya di Sabah. sejarah seumpamanya telah tercipta dan seperti yang Presiden LDP Datuk VK Liew katakan, ia adalah “Pendahuluan yang tidak baik”.
Alasaan yang diberikan kenapa Datuk Dr Yee Moh Chai dilantik sebagai TKM ialah kerana Dr itu lebih berpengalaman, seorang ahli politik kanan dan dihormati oleh masyarakat cina di Sabah? Dengan alas an yang diberikan itu, adakah itu juga bermaksud bahawa keputusan menggugurkan Peter Pang dibuat kerana Pang kurang berpengalaman, seorang ahli politik yang baru dan tidak begitu dihormati oleh masyarakat cina?
Dalam memilih Dr Yee berdasarkan alasan-alasan yang diberi, maka Musa Aman terlepas pandang seseorang iaitu Datuk Edward Khoo, yang merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri.
Khoo adalah wakil MCA yang telah memenangi kawasan Kapayan untuk dua penggal. Dari segi pengalaman, Khoo lebih berpengalaman, kerana sebelum ini pernah dilantik sebagai senator. Selain itu, Khoo merupakan anak kepada mantan cabinet negeri pada tahun 60-an dan merupakan keluarga yang dihormati oleh masyarakat cina. Dengan alasan yang diberikan atas perlantikan Yee, ada kah ini bermakna Khoo termasuk ahli politik yang tidak berpengalaman, bukan ahli politik kanan dan tidak dihormati sebagai pemimpin Masyarakat Cina?
Tiada sebab diberi kenapa Pang dikekalkan, menjadikan dia anggota parti Gerakan kedua berada dalam cabinet Musa Aman selain Datuk Raymond Tan.
Tindakan Musa Aman ini, mengundang banyak spekualsi. Ramai beranggapan bahawa Musa Aman mahu menunjukkan bahawa beliau amat berkuasa.

24 comments:
kenapa masih nak pertikaikan pelantikan Datuk Yee sebagai TKM. Datuk Yee mmg layak dgn jawatan tersebut. yang penting adalah beliau dpt menjalankan peranannya dgn baik.
MA made the right choice in appointing Dr Yee as the dcm. LDP should just accept the cm decision. There is always next time.
I hope LDP will focus on serving the people.
Tidak payahlah untuk memperbesarkan hal ini. Baik fokus untuk menyelesaikan isu-isu yang sabah tengah hadapi.
Sila selesaikan masalah PATI di Sabah.
keputusan telah pun dibuat...suka atau tidak harus diterima..
ketua menteri sudah tentu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat keputusan..oleh itu, tidak perlulah keputusan yang telah dibuat disensasikan.
ada perkara lain yang harus diberi perhatian seperti isu PATI dan kemiskinan..seharusnya isu ini yang menjadi topik perbincangan.
Makin panjang pula pertikaian ni. huhu
Keputusan dah dibuat dan hormatilah keputusan itu. Saya yakin itu adalah keputusan yang terbaik.
Soal layak atau tidak, semuanya pasti akan dibuktikan oleh Datuk Yee sendiri:)
Justeru hal ini tidak perlulah diperbesarkan kerana masih banyak idu yang lebih penting dan perlukan perhatian berbanding hal ini.
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah pa ayang berlaku seterusnya.
sesuatu pertikaian tak perlulah nak dipanjangkan. jalam penyelesaikan perlu diambil.
pekara ini tidak perlulah dipanjangkan lagi. yang penting Dr. Yee mampu menjalankan tugasnya dengan baik.
adalah lebih baik jika semua pihak fokus terhadap isu yang lebih penting bagi rakyat.
Rasanya ini bukan kerana kuasa. Tapi adalah demi masa depan pentadbiran dan rakyat. Sebaiknya isu ini tidak menjadi isu agi.
Musa Berkuasa??Rasanya kenyataan ini adalah pendapat seseorang. Musa bukan berkuasa, tapi ini kerana tanggungjawab sebagai seorang yang diamanahkan untuk metadbir negeri Sabah. Jadi beliau ada hak untuk membuat keputusan berhubung hal yang berkaitan dengan Sabah. Kerana itulah tanggungjawab dia.
Kenapa perlu isu ini dibesarkan lagi. Keputusan sudah diberikan, jadi terimalah seadanya. Lebih baik mereka menyuarakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dinegeri ini.
Bagilah peluang kepada Datuk Yee untuk membuktikan keupayaannya.
semua pihak sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menerima keputusan KM Sabah ini sebagaimana semua rakyat tahu bahawa KM Sabah mempunyai kuasa melantik tersebut. keputusan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan pemimpin di negara2 lain juga mempunyai kuasa melantik dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang dimiliki mereka.
berkenaan dengan pelantikan Yee, hanya LDP sahaja yang tidak setuju dengan keputusan tersebut. oleh itu, selangi majoriti pemimpin dalam komponen BN setuju dengan keputusan itu, selagi itu keputusan yang dibuat oleh KM Sabah itu adalah tepat.
He is powerful in a positive way.
Jangan babitkan hal2 yang tidak berkaitan langsung.
Post a Comment