9 August 2011

Isu Gereja GMDU: 12 penganut agama islam gagal tampil dalam siasatan JAIS

12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di sini Rabu lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan kes berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.

“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.

“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.

"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan

8 August 2011

KhirToyo diminta bela diri

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo agar membela diri atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian pagi ini selepas mendapati pendakwa telah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Oleh itu, Dr Khir (gambar) akan membela diri pada 26 September ini.

Mengikut pertuduhan, Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

7 August 2011

Pertahan Tindakan JAIS- Hassan Ali sanggup dipecat Exco Selangor

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.

5 August 2011

Cincin RM24 juta: Sejauh mana rakyat percaya penafian Rosmah

Sejauh mana rakyat negara ini percaya terhadap penafian Datin Rosmah Mansor? Isteri Perdana Menteri itu menafikan bahawa beliau tidak membeli cincin semahal itu, malah menambah, bahawa isu adalah fitnah dan beliau sendiri tiada masa melayannya.

Namun, beliau tidak memberi penjelasan, kenapa cincin itu boleh tersarung ditangannya.

Pada Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan menafikan isu pembelian cincin tersebut melalui harian The Star, semasa mengiringi suaminya melakukan lawatan ke Kedah, sambil mengatakan bahawa ada pihak yang mempergunakan namanya, bagi memburukkan imej suaminya dan kerajaan.

4 August 2011

Bagaimana Mustafa Ali tahu Najib dan Rosmah jadi liabilti BN?

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

Timbalan Pengarah Veterinar Perak Ditemui Mati Dicekik

IPOH: Timbalan Pengarah Veterinar Perak, Rohani Kassim, 38, ditemui mati di Pangsapuri Tasik Permai di Tambun di sini, pada pukul 3 pagi Khamis.

Rohani dipercayai mati akibat dicekik.

1 August 2011

Semua bahagian BN diarah kemuka bakal calon PRU-13 kepada PM

Semua parti komponen BN pada peringkat bahagian di semua 222 kawasan pilihan raya parlimen telah diminta mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin atasan secepat mungkin.

Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka.

Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan.

Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat.

Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk “menyaring” calon menjelang pilihan raya umum akan datang.

Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja.

“Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya,” kata ahli parlimen itu.

Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen.

"Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya,” kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN.

Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan.

Saya mahu harga barang tidak naik, Pemimpin mahu projek mega

Hanya mereka yang kaya sahaja mampu berniaga di bangunan ini.

Inilah yang berlaku dalam negara. Pemimpin kerajaan memaksa kehendak mereka yang tidak sesuai dengan kehendak rakyat.

Rakyat mahu agar harga barang tidak naik, agar supaya pendapatan yang diperolehi boleh menyara hidup keluarga, namun kerajaan berfikiran lain, kerajaan mahukan projek mega, untuk golongan tertentu yang sudah kaya dan dijadikan bertambah kaya.

Perlu diingat, hasil pendapatan negara adalah daripada rakyat, yakni hasil bayaran cukai. Tanpa itu, kerajaan sebenarnya tidak berduit.

Selain itu, pendapatan negara juga berpunca daripada harta karun, seperti gas dan minyak serta kayu-kayan. Seharusnya pendapatan daripada harta karun ini dibagikan sama rata kepada rakyat, bukannya menguntungkan sebahagian kecil individu.

Sistem berkerjaan kita, adalah sistem yang mencipta strata sosial yang berbentuk piramid, dimana sebahagian kecil rakyat berada dipuncak, sedangkan majoriti berada di bawah piramid itu.

Ambil contoh, daripada 222 kerusi parlimen negara, 2/3 berada dalam golongan yang yang tidak bernaib baik, hanya 1/3 berada dalam keadaan yang serba mencukupi. Namun pada hakikatnya, wang rakyat disalurkan 2/3 jumlahnya kepada golongan minoriti itu.

Pembinaan projek mega di kawasan bandar, hanya menguntung penduduk kota metropolitan dan kontraktor-kontraktor pilihan. Pernah kah kita bertanya, beberapa sen kah akibat projek mega itu akan mengalir ke kawasan luar bandar--- jawabannya nahi.. nahi...

Sistem pengurusan ekonomi negara, sebenarnya tidak membela rakyat yang tersebar di luar bandar. Buktinya walaupun subsidi diberikan kepada barangan terpilih, namun harga barangan tersebut tetap sahaja menaik, tanpa terkawal. Kalaupun, dapat dikawal, maka supplynya hilang dipasaran. Contoh yang paling menarik, adalah minyak masak. Sabah adalah pengeluar minyak masak terbesar dalam negara, namun bekalan minyak tersebut di kedai-kedai runcit senantiasa dalam kekurangan. Dalam keadaan begini, rakyat majoriti lah yang menjadi korban.

28 July 2011

Kumpulan Penyokong Teoh Beng Hock-persoal kepimpinan DAP

Semua pemimpin DAP termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah diminta memohon maaf kepada keluarga Teoh Beng Hock kerana tidak membantunya ketika dia dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum kematiannya.

"Ketika Teoh dipanggil (oleh SPRM), dimanakah Ean Yong, mana penasihat DAP Lim Kit Siang, mana Karpal Singh. Kenapa tak bantu ketika Teoh disiasat.

"Yang pasti, hanya selepas Teoh meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM," kata Allan Liew Sin Kim, jurucakap sekumpulan enam orang yang menyifatkan diri mereka sebagai rakan dan penyokong Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan bahawa Teoh membunuh diri akibat tertekan semasa sesi soal siasat.

Liew berkata SPRM tidak sepatutnya diheret dalam hal ini kerana ia hanya menjalankan tugas untuk menyiasat dan mencari bukti selepas mendapat laporan mengenai penyalahgunaan wang peruntukan ADUN Seri Kembangan.

Kumpulan itu juga meminta Ean Yong memberi penjelasan mengenai artikelnya dalam buku 'Satu Tahun Keadilan untuk Beng Hock' yang mereka sifatkan sebagai mengelirukan.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak memberi kenyataan sebelum ini, Liew berkata mereka tidak mahu mempengaruhi dan mengganggu keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Diraja itu. - BERNAMA

Jangan beri peluang lagi pada wakil rakyat tidak tunai janji

Para pengundi semasa PRU-12 lalu, sudah tentunya masih segar dengan janji-janji calon-calon yang bertanding, samada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat.

Pada PRU-13, jangan lagi termakan dengan janji-janji, kerana apabila calon yang berjanji itu menang, semua janji-janji mereka hanya menjadi retorik, palsu dan bohong.

Pada PRU-13 akan datang, berilah undi pada calon-calon yang ikhlas dan diyakini boleh menunaikan janji.

Biarlah tertipu 2-3 kali, jangan tertipu selama-lamannya.Jangan jadi pengundi Kota Belud, selama-lamanya tertipu dengan janji-janji.

Kawasan Usukan misalnya, walaupun ADUN Kawasan tersebut diwakili selama dua penggal oleh pembantu menteri, namun tiada perubahanpun dari pembangunan yang bercorak ekonomi; malah keperluan asas penduduk kampungpun masih dalam keadaan daif.

Janji calon BN pada PRU-12 lalu, bahawa sebaik sahaja menang, maka isu air bersih akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari, kini telah lebih 1000 hari selepas kemenangannya, masalah air bersih-hanya mendengar guruh di langit.Apa yang tertunaikan adalah "mengambil tanah rakyat" di Tandu Magarang,berkeluasan 1,200 ekar.

26 July 2011

Suami Zakiah masih enggan cerai

Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas,45, pada Isnin, memberitahu bahawa dia tidak bersetuju dengan saranan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mencadangkan agar pasangan tersebut berpisah secara khuluk (tebus talak).

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamed membuat saranan itu mengikut Seksyen 48(6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 selepas meneliti laporan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga yang telah berlarutan selama tiga tahun.

Dalam majlis hakam itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Muhamed Yusof Taib,49, diwakili Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad yang merupakan imam di Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, dekat sini.

Pada prosiding itu, Wan Mahyuddin juga mengambil kesempatan untuk menyoal wakil-wakil hakam berkenaan mengenai saranan khuluk.

Kedua-dua wakil hakam tersebut memberitahu, tiada persetujuan mengenai khuluk dicapai dan mereka juga tidak bersedia untuk melafazkan khuluk, meskipun diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut undang-undang.

Justeru itu, Wan Mahyuddin memutuskan bahawa wakil hakam itu dibatalkan dan satu wakil hakam yang baru akan dilantik.

"Mahkamah melantik proses hakam yang sama untuk kali ketiga yang terdiri daripada pegawai-pegawai sulh," tambah Wan Mahyuddin.

Beliau seterusnya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula bagi melantik wakil hakam.

Terdahulu, Muhamad Yusof yang pernah berkhidmat dalam bidang media masih mempertahankan pendiriannya untuk tidak melepaskan Zakiah, meskipun wakil hakam telah memutuskan bahawa ikatan kasih sayang tidak lagi wujud dalam perkahwinan itu.

Dakwa Muhamad Yusof, dia tidak pernah diberikan peluang untuk berbincang dengan Zakiah yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripadanya.

"Saya terkilan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu dibiarkan begitu sahaja dan turut kasihan dengan anak-anak yang telah ditinggalkan," katanya.

Muhamad Yusof seterusnya mendakwa, dia dan Zakiah telah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu dan wanita itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Muhamad Yusof seterusnya memohon agar mahkamah memerintahkan Zakiah untuk meminda permohonannya kepada perceraian secara fasakh, sekiranya masih mahu berpisah.

Bagaimanapun, peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu, anak guamnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusof, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.

Lagi Muslihat Pas

Selepas PRU 12 pada tahun 2008 Pas telah bertanding dalam beberapa siri PRK. Antara yang ditandingi Pas seperti berikut.

Kuala Trengganu - Pas menang
Bukit Gantang - Pas menang
Manek Urai - Pas menang
Permatang Pasir - Pas menang
Bagan Pinang - Pas kalah
Galas - Pas kalah
Tenang - Pas kalah
Merlimau - Pas kalah
Kerdau - Pas kalah

Fasa pertama mereka menang berderet-deret, maka mulalah mereka jual ubat atas pentas ceramah kononnya rakyat dah tolak BN dan sebagainya termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain. Ayat p/raya kotor atau SPR tak adil tak wujud pada waktu mereka menang.

Fasa kedua mereka kalah berderet-deret, termasuklah di Sarawak. Maka mulalah mereka menolak ketentuan Qada dan Qadar dan mula kedengaran suara-suara iblis yang mengatakan pilihanraya tak adil, SPR main ngelat dan sebagainya termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain yang menyalahkan Umno dan BN.

Selepas kekalahan mereka yang kedua di Galas dan melihat Umno kembali bertaring Pas mula kelam-kabut. Pas mula terasa mereka kehilangan sokongan orang melayu akibat dari kesetiaan serta ketaksuban melampau mereka kepada DAP.

Seminggu selepas PRK Galas Pas telah mengadakan satu program di Shah Alam bagi membincangkan bagaimana kaedah untuk mereka menarik kembali sokongan orang melayu. Lalu mereka pun lancarkan satu slogan yang bernama 'Pas Ganti Umno'.

Maka bermulalah episod baru mereka dalam usaha mencari sokongan orang-orang melayu. Mereka keliling negara untuk pukul canang slogan terbaru mereka.
Tiap-tiap hari dan dalam pelbagai program mereka pukul canang slogan itu supaya rakyat percaya kepada mereka yang mereka boleh ganti Umno dalam usaha mempertahankan hak-hak istimewa melayu serta islam. Sedangkan mereka sendiri tahu yang mereka tak mampu ganti Umno selagi DAP bersama mereka. Tetapi mereka terpaksa bohong orang melayu kerana DAP telah menugaskan mereka mencari undi dari orang melayu dan dijanjikan upah yang lumayan kepada mereka sekiranya menang dalam PRU 13.

Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan daun pisang, akhirnya pembohongan yang Pas lakukan kononnya mereka boleh ganti Umno terbongkar beberapa hari lepas. Slogan itu dicipta hanya semata-mata ingin mendapat upah yang lumayan dari DAP kelak.

Pembohongan ini bukan dibongkarkan oleh orang lain, sebaliknya dibongkar oleh mereka sendiri. Orang yang benar dia akan bercakap benar sepanjang masa tak kira bila , dimana dan dengan siapa. Orang yang bohong dia akan bercakap sentiasa berubah-ubah setiap kali dia jumpa orang yang berbeza atau di masa yang berlainan. Kerana dia tak ingat apa yang dia bohong sebelum itu. Begitulah juga dengan pemimpin-pemimpin Pas. Bohong telah menjadi amalan dalam hidup mereka. Depan orang melayu dia cakap lain, bila berdepan dengan wartawan dia cakap lain pula dan dia dah tak ingat apa yang dia cakap depan orang melayu.
Beberapa hari lepas, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat satu kenyataan mengatakan Pas sasar untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dalam PRU 13.
KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.“

Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak

malaysia insider
Itulah yang saya katakan mereka cuba temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno.

Dalam Malaysia kita ada 222 kerusi parlimen. BN bertanding di kesemua 222 kerusi tersebut dan daripada jumlah itu kerusi yang ditandingi Umno adalah 117, iaitu lebih 50 % dari kerusi yang ada.

Bagaimana Pas kata mereka nak ganti Umno kalau mereka hanya sasar bertanding di 80 kerusi parlimen ? Tak sampai 50 % pun...

Itu pun kalau mereka dapat 80 kerusi tersebut. Buatnya DAP atau Karpal Singh berdehem sikit terus mereka kecut telur, tukar jadi 40 kerusi sahaja. Sejarah telah membuktikan banyak kali Pas terpaksa menyembah kepada DAP termasuklah yang masih segar dalam ingatan kita yang terjadi 2 minggu lepas di Kedah.

Dalam PRU 12 Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan hanya menang  23 kerusi.

Bagaimana kamu nak ganti Umno wahai Pas kalau kerusi yang kamu bertanding pun kurang dari yang Umno tandingi ?

Kalau kamu nak ganti Umno, kamu kena tunjuk kamu kuat dan berkuasa dalam pak-khatan rakyat. Kamu mesti bertanding lebih dari kerusi yang Umno bertanding barulah orang percaya.

Minta dengan DAP kamu nak 120 kerusi barulah nampak hebat dan orang percaya. Setakat 80 kerusi tak payah nak temberang orang melayulah yang kamu boleh ganti Umno.

Sebab itu saya kata mereka hanya temberang orang melayu hanya semata-mata nak dapat undi. Bila dah dapat kuasa kelak diserahkan kepada DAP. Mereka dapat jawatan menteri seorang dua, kemudian dilimpahi dengan projek dan wang oleh DAP, duduk diam-diam. DAP suruh tandatangan, mereka pun tandatangan. Cakap lebih sikit DAP sekeh kepala. Habis waktu pejabat , malam naik pentas ceramah pergi ceramah tipu melayu lagi dan puja-puji DAP. Akhir sekali hancur negara.

Kalau Pas benar-benar nak ganti Umno mereka mesti umum seperti dibawah ini barulah kata-kata mereka itu boleh dipercayai. Saya sendiri pun berani sokong Pas kalau mereka berani umum seperti di bawah ini tanpa sebarang bantahan dari DAP.

Jawatan Pengerusi Pak-khatan rakyat dipegang oleh Pas.

Jawatan Timbalan Pengerusi juga oleh Pas.

Setiausaha juga dari Pas.

PM dan TPM dari Pas.

Menteri Kewangan dari Pas.

Menteri pendidikan dari Pas.

Jumlah kerusi yang Pas bertanding mesti lebih dari 50 %.

Penggunaan Kalimah Allah hanya untuk orang islam sahaja.

Setakat nak bertanding 80 kerusi, nak minta jawatan PM pun tak berani, kemudian nak temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno. Dari blog rbf

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels