Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah memperbanyakkan program 'turun padang' bagi menjelaskan secara langsung kepada rakyat akan usaha kerajaan membela nasib mereka.
Katanya selain wakil rakyat, ketua jabatan yang mewakili penjawat awam harus turut melibatkan diri dalam program bersemuka dengan rakyat bagi memastikan segala perancangan kerajaan dilaksana sebaik mungkin.
"Saya minta ketua jabatan dan pegawai kanan turun padang melihat anak buah serta pegawai mereka bekerja, tahu masalah rakyat dan cara untuk menanganinya," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan perdana perkhidmatan awam negeri, di sini Selasa.
Beliau berkata penjawat awam di Sabah yang kini menjangkau 120,000 orang, harus bijak memainkan peranan sebagai pemudah cara dan fasilitator dalam melaksanakan program bersama rkayat selain menjadi pelaksana dasar dan agenda pembangunan negara.
"Mereka (penjawat awam) juga bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa juga isu, tindakan, keputusan kerajaan berkaitan sesuatu perkara bagi membantu kerajaan menangani parti pembangkang yang sentiasa memutar-belitkan rakyat," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Menteri itu berkata penglibatan 'turun padang' anggota penjawat awam sama ada negeri dan Persekutuan bersama pemimpin parti komponen dapat memberi respon dan maklumat tepat kepada rakyat.
Selain itu katanya, sudah tiba masa penjawat awam menggerakkan sepenuhnya peranan perhubungan awam (PR) di jabatan dan agensi kerajaan agar segala aduan dan rungutan rakyat mendapat penyelesaian terbaik dan cepat.
"Kita perlu responsif, jangan tunggu wakil rakyat atau menteri yang respons. Kelewatan kita menyebabkan ia menjadi isu yang boleh diambil kesempatan untuk dieksploitasi oleh pihak tertentu," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan penjawat awam negeri dan Persekutuan bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh dan mantap untuk memajukan negeri selain berkongsi kemudahan dan fasiliti.
Beliau berkata pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan penjawat awam sentiasa mendapat perhatian kerajaan dalam usaha mengangkat martabat perkhidmatan itu pada tahap lebih tinggi. -