SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.
Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.
DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.
Melihat keadaan semasa, kelihatannya Bn mampu mempertahankan Putrajaya, kalaupun bukan dengan kuasa 2/3 namun menghampirinya. Walaupun demikian, jentera Bn dan pemimpinnya jangan pula merasa selesa, kerana dalam dunia politk semuanya boleh berlaku.
Kini, Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin, kononya Pakatan akan menang 145 kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi. Pemimpin Pakatan telah memipiskan lada pada burung yang sedang terbang.
Di Sabah misalnya, menurut ramalan Nizar, Pakatan akan menang 12 kerusi parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, sedangkan para pemimpin pembangkang di negeri itu sehingga kini masih bertelaga mengenai pebahagian kerusi. Malah pengerusi STAR Sabah dan Presiden SAPP membayangkan akan berlaku pertandingan Open To All pada PRU-13.
Di lain pihak pula, Bn terutama pemimpin Umno sudah melihat bahawa Umno pada PRU-13 akan mampu mencapai kemenagan yang lebih baik berbanding pada PRU-12, malah dua atau tiga pemimpin Umno optimis, bahawa kemenangan pada PRU-2004 semakin hampir didekati.
Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati cahaya matahari; lebih segar.
Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah".
Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.
Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.
Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.












