KOTA Belud sudah siap sedia berdepan dengan PRU-13. Melihat kepada persiapan akhir yang dijalankan semua parti komonen Bn, nampaknya Bn Kota Belud sudah siap berdepan dengan ibu kepada semua pilihanraya itu.
Para pemimpin yang terlibat mengatur jentera pilihanraya Kota Belud, yang diketuai oleh Pengerusi Bn Bahagian-Datuk Dr Salleh Tun Said, nampaknya cukup berpuashati dengan persiapan gerakan gempur yang berpaksi pada Pusat Daerah Mengundi dan "War Room".
Para wakil rakyat Bn terutama daripada Umno telah melipatgandakan masa mereka berada di kawasan, malah wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli telah masuk pusingan ke empat masuk ke kawasan-kawasan kampung dan kini melakukan sentuhan-sentuhan akhir di semua PDM yang terdapat di Dun Tempasuk.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan juga memperhebat program turun padangnya, yang rata-rata mengambil masa bermula dari awal pagi hingga ke malam saban hari.
Adun Usukan juga tidak ketinggalan, malah aktivitinya hampir menyamai kekerapan turun padang Adun Tempasuk menemui para pengundi dan melihat sendiri persiapan atur gerak di semua PDM bagai kawasan Usukuan.
Uniknya para pemimpin Umno Kota Belud, pada masa-masa tertentu, mereka bergerak mengikut jadual masing-masing, namun pada satu peringkat mereka bertemu pada satu lokasi dan ini yang membuatkan pesaing dalam PRU nanti terutama pembangkang, mati kutu dan mati akal tentang bagaimana mencari kelemahan atau kekurangan para pemimpin Bn.
Para pemimpin Bn saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga gerak gempur mereka saling sinkronasie. Faktor inilah yang menjadi petunjuk bahawa Kawasan Kota Belud akan terus dimenangi oleh calon-calon Bn.
15 comments:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.
"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya.
Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berdepan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.
"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.
Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.
Najib berkata, MCA kini dilihat lebih tegas dan tidak takut untuk berdepan dengan pakatan pembangkang bukan sahaja dalam mempertahankan BN tetapi juga menangkis dakyah liar pembangkang.
"Sebab pembangkang ini banyak pembohongannya. Banyak yang ditipu kita, banyak yang dikelentong kita. Mereka cuba menggambarkan sesuatu yang kononnya indah tapi kalau kita belek dan kalau kita tolak di belakang, kita lihat sebenarnya,
rosak dan banyak yang mereka lakukan, bertentangan dengan imej yang mereka cuba tonjolkan kepada umum," katanya.
Pembangkang juga, menurut Najib tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melaksanakan sistem kerajaan berparlimen walaupun sering mengadu-domba kesediaan untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan dan Putrajaya.
Tegas Najib, rakyat tidak boleh mengambil risiko untuk menukar kerajaan kepada kepimpinan yang tidak mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia seperti memperjudikan masa depan negara.
BN akan tetap kukuh di Kota Belud
persediaan menghadapi PRU perlu sentiasa ada.
BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU ini.
Pastikan agenda yang di rancang dapat di jalankan dengan betul dan teratur.
Post a Comment