PENCEROBOHAN sejumlah 100 orang yang menamakan diri mereka "Tentera Sulu" yang lengkap bersenjata di sebuah kampung terpencil di gugusan Felda Sahabat tepatnya di Kg Tanduo pada malam selasa 12 Februari lalu, serba sedikit mengalih memontum persiapan Bn berhadapan dengan PRU-13.
Pembangkang memanfaatkan pencerobohan itu dengan mempersoalkan tahap keselamatan Sabah di bahawa kerajaan Bn. Selain itu, pembangkang juga mengaitkan kejadian penecerobohan itu dengan RCI pendatang Sabah yang masih berjalan.
Pembangkang memainkan sentimen agama, dan mendakwa pasukan keselamatan tidak bertindak awal, kerana atas alasan penceroboh itu beragama islam.
Dakwaan yang lagi skeptikal, bahawa pada kebiasaannya, jika berlaku kejadian seumpama ini, di negara-negara barat, maka menteri yang bertanggungjawab berkaitan keselamatan akan berundur.
Memang banyak kenyataan daripada menteri yang bertanggungjawab termasuk Perdana Menteri, bahawa tiada kompromi berkaitan dengan keselamatan rakyat Sabah, namun berlaku juga kejadian seumpama ini. Tahun lepas, dua orang rakyat Sabah telah diculik juga di Lahad Datu, di mana hingga kini belum diketahui dengan tepat tahap keselamatan dua rakyat yang diculik itu.
Kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu yang memasuki minggu kedua, belum ada tanda-tanda akan berakhir, walaupun pihak polis telah beberapa kali membuat kenyataan, bahawa rundingan sudah berakhir, selanjutnya proses penghantaran balik penceroboh itu sedang diatur.
Hari ini Menteri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan negara Datuk Hishammuddin Tun Hussien melawat Lahad Datu, selepas hampir dua minggu kejadian itu.
Menurut Hishammuddin, pasukkan keselamatan mempunyai pilihan terbuka, namun pada peringkat ini, rundingan aman diusahakan, untuk mengelak pertumpahan darah.
Mungkin jika kejadian ini dilakukan oleh rakyat negara ini, seperti kejadian Mamali atau Al Maunah, mungkin pasukan keselamatan sudah lama bertindak, kerana alasan memerangi Yang Di Pertuan Agung. Namun, kejadian di Kg Tanduo bukan dilakukan oleh rakyat negara ini, akan tetapi oleh rakyat negara jiran.
Pasukan keselamatan negara berada dalam persimpangan, jika bertindak melalui kekerasan, maka kemungkinan mendapat kutukan daripada negara luar dan mungkin mengakibatkan hubungan antara Filipina dan negara ini.
Selain itu, kerana tujuan kedatangan "tentara Sulu" itu ada kaitan dengan sejarah tuntutan kesultanan sulu terhadap Sabah, maka jika berlaku penangkapan di tanah Sabah, maka perkara itu mungkin dijadikan bukti di mahkamah antarabangsa sebagai bukti, bahawa mereka menduduki tanah yang mereka tuntut.
Untuk makluman, walaupun kesultanan sulu sudah tidak diktiraf oleh kerajaan Filipina, akan tetapi Malaysia masih membayar sewa sebenyak RM5,300 setahun kepada waris kesultanan itu.
Apakah kejadian pencerobohan ini mempunyai impak kepada rakyat pada PRU-13? sama-sama kita tunggu penyelesaiannya.