Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Isnin bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah/menipu untuk meraih populariti di kalangan pengundi.
Sebagai contoh pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri. Malah Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bulan lalu, manifesto bukan lah janji yang perlu ditunaikan.
Sebaliknya mereka menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.
Menelusuri manifesto pakatan tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.
Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Salah satu yang diciplak oleh pakatan daripada program Bn adalah seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.
Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu..
Tiada ada isu baru yang dikemukan pakatan melalui manifesto mereka yang dilancarkan hari, yang ada hanya ciplakan dengan pendekatan yang berbeza. Manifesto Pakatan jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.
Pada umumnya apa yang diutarakan pembangkang kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil.
Isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.
Secara keseluruhannya, jika manifesto pembangkang ini, dilaksanakan akan berakibat berantai, ke arah menjahanamkan negara, misalnya melalui kenaikan paras pembayar cukai, penghapusan tol, penghapusan PTPTN, menutup projek yang berdaya maju seperti Lynas dan Rapid, menurunkan cukai kereta import dan banyak lagi.
Pendek kata, darimana pembangkang mendapat sumber untuk pembangunan, membayar gaji kakitangan awam. Apa kah melalui pinjaman luar negara? atau mencetak wang?
Manifesto pembangkang, lebih ke arah menipu rakyat, bukannya mensejahterakan rakyat atau kemajuan negara.