Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan pada Isnin bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah/menipu untuk meraih populariti di kalangan pengundi.
Sebagai contoh pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri. Malah Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bulan lalu, manifesto bukan lah janji yang perlu ditunaikan.
Sebaliknya mereka menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13, sekali lagi gabungan DAP-PKR-PAS menabur janji manis untuk memancing undi.
Menelusuri manifesto pakatan tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.
Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keahlian DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Salah satu yang diciplak oleh pakatan daripada program Bn adalah seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.
Manifesto pembangkang ini harus dilihat secara menyeluruh, kolektif dan komprehensif, kerana sehingga hari ini, mereka (pembangkang) tidak menyediakan cara-cara untuk melaksanakan janji-janji itu..
Tiada ada isu baru yang dikemukan pakatan melalui manifesto mereka yang dilancarkan hari, yang ada hanya ciplakan dengan pendekatan yang berbeza. Manifesto Pakatan jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.
Pada umumnya apa yang diutarakan pembangkang kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil.
Isu pendidikan yang dibangkitkan pembangkang seperti memartabatkan bahasa Melayu, menjamin hak bahasa ibunda dan mempertingkat bahasa Inggeris telah lama diperjuangkan kerajaan BN.
Secara keseluruhannya, jika manifesto pembangkang ini, dilaksanakan akan berakibat berantai, ke arah menjahanamkan negara, misalnya melalui kenaikan paras pembayar cukai, penghapusan tol, penghapusan PTPTN, menutup projek yang berdaya maju seperti Lynas dan Rapid, menurunkan cukai kereta import dan banyak lagi.
Pendek kata, darimana pembangkang mendapat sumber untuk pembangunan, membayar gaji kakitangan awam. Apa kah melalui pinjaman luar negara? atau mencetak wang?
Manifesto pembangkang, lebih ke arah menipu rakyat, bukannya mensejahterakan rakyat atau kemajuan negara.
24 comments:
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dalam mencari jalan penyelesaian setiap masalah dihadapi rakyat, terutama di kawasan luar bandar, daam bandar atau pinggir bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, ada antara masalah itu lambat diatasi tetapi kerajaan sentiasa mencari alternatif penyelesaian demi kepentingan penduduk.
Di luar bandar, katanya, masalah seperti ketiadaan bekalan air bersih, jalan raya dan kekurangan sumber ekonomi adalah antara yang mendapat perhatian serius kerajaan.
“Kerajaan tidak mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyalurkan kemudahan pembangunan kepada rakyat, sebaliknya memastikan semua pihak mendapat pembelaan sama rata.
“Justeru, rakyat perlu bersabar dalam menunggu pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya
Penduduk juga perlu yakin dengan kemampuan BN dalam meningkatkan tahap kehidupan mereka dalam jangka panjang selain memastikan wujud kesinambungan dari segi pembangunan.
Beliau mengingatkan penduduk supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang ingin melihat perpecahan dalam masyarakat.
Katanya, perpaduan erat masyarakat pelbagai kaum ketika ini perlu dikekalkan, di samping mengukuhkan kerjasama sesama sendiri.
“Perpaduan masyarakat dapat menghindar anasir luar menceroboh dan menghasut pemikiran kita,” katanya.
Jelas Hamisa sepanjang pemerintahan di negeri ini yang diterajui oleh UMNO dan BN sejak merdeka, rakyat telah dapat menikmati kehidupan yang cukup sempurna.
Menurutnya, kerana itu adalah penting rakyat wajar memberikan mandat kepada BN untuk terus berkuasa dan mentadbir negeri ini dengan lebih baik lagi.
pembangkang mmg byk menipu.
Rakyat percaya kerajaan BN dapat menjaga dan membantu menaikan tarafhidup rakyat Sabah.
Memang masih ada masalah, namun itu semua boleh di atasi.
sebenarnya pembangkang tidak puas hati adalah kerana adanya sifat iri hati, angkuh dan cemburu dengan pencapaian BN apatah lagi mereka sendiri sebagai kerajaan di empat buah negeri gagal melaksanakan pentadbiran apatah lagi menyaingi kejayaan BN.
BN bukan baru sepenggal dalam pentadbiran dan rakus mengejar kedudukan sebaliknya perancangan dibuat oleh dengan struktur jelas untuk kecemerlangan negara dengan keselesaan rakyat di dalamnya, iaitu mencakupi semua golongan, dari muda hingga ke tua, dari kanak-kanak kepada dewasa, lelaki dan wanita, semua lapisan masyarakat termasuklah golongan pembangkang sendiri dapat rasa aliran kemajuan dan kesejahteraan tersebut
semasa kerajaan mengumumkan untuk pembangunan Putrajaya, KLCC, MSC dan pelbagai lagi projek mega maka macam-macam manipulasi dan putar belit pembangkang untuk menggagalkannya tetapi apabila ia menjadi realiti dan menjadi antara mercu kejayaan negara hari ini maka pembangkang beria-ia pula mahu menakluknya. Sungguh memalukan. inilah bukti pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan orang lain, menuding jari dan menyalahkan kerajaan sedangkan diri sendiri yang ‘bergelumang tahi’ langsung tidak dibersihkan lantaran ego dan taksub dengan kuasa, politik dan kebendaan
Sungguh memalukan! Belum sempat Manifesto Bukan Janji Pembangkang disebar luas untuk mengaburi rakyat, sudah ada kepincangan yang sangat memalukan di dalam manisfesto ciptaan pakatan pembangkang itu
Sebelum ini Manifesto pakatan pembangkang menjadi bahan jenaka rakyat dek kenyataan Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan janji.
Yang terbaru ialah manifesto bukan janji pembangkang boleh diubahsuai begitu sahaja
negeri-negeri yang tercicir daripada manifesto bukan janji pembangkang jelas menunjukkan tahap keseriusan think tank dan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang amat memalukan sekali.
jika sesama mereka sendiri boleh tercicir atau terlupa aktiviti besar parti komponen dalam pakatan pembangkang. Dalam isu ini, parti PAS dan Kelantan dipinggirkan.
Sebagaimana mudah Si Ketua Penipu tu menabur janji, begitu jugak lah mudahnya dia untuk tidak menepatinya. Perkara tu dah cukup jelas buat kita.
Sungguh memalukan sekali! Manifesto pakatan pembangkang PRU13 menjadi bahan ketawa rakyat dan kritikan hebat daripada pakar-pakar ekonomi.
Post a Comment