29 October 2009

Nizar-Pas: Kalau Nak Selamatkan Pas Nik Aziz Wajib Letak Jawatan

Krisis Umno terutama selepas PRU-12 adalah terletak kepada Abdullah Badawi. Presiden Umno itu melalui beberapa tindakannya yang banyak dipengaruhi oleh menantunya yang tidak diterima rakyat, menghukumnya melalui PRU-12.

Abdullah Badawi mengambil tindakan berani dan mulia apabila akur dengan desakan akar umbi dan para pemimpin Umno meletak jawatan sebagai presiden Umno sekaligus sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Abdullah tidak berbuat demikian, sakit Umno dan BN akan semakin parah. Pun demikian, tempias kepimpinan Abdullah terbawa-bawa hingga ke PRK-8 selepas PRU-12. Melalui PRK-PRK tersebut calon Umno semua kecundang, hanya melalui PRK Bagan Pinang, arang yang terpalit di muka Umno mula terpadam.

Pergantian kepimpinan dalam Umno secara perlahan membangkitkan semula sokongan rakyat dan kembalinya semula para penyokong lama.

Berbalik kepada isu Pas, Pas mengalami krisis hingga kini kerana cara pengendalian parti itu yang berbeza antara Presidennya dan Mursyidul Amnya TG Nik Aziz. TG Nik Aziz terpengaruh dengan kelompok Erdogan dalam Pas yang diketuai oleh Hussam Musa dan Kamaruddin Jaafar. Manakala Presiden Pas lebih cenderung kepada pendekatan ummah, yakni penyatuan ummah.

Perbezaan pendekatan ini, mengakibatkan Mustapha Ali, Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin dituduh oleh Nik Aziz sebagai para pemimpin yang bermasalah dalam Pas. Nik Aziz terlupa, para pemimpin ini juga mempunyai para penyokong mereka sendiri. Dalam Pas, penyokong parti itu, bukan milik Nik Aziz seorang.

Melihat muktamar Pas baru-baru ini, dimana calon sokongan Nik Aziz: Hussam Musa yang cuba mengambil jawatan Ustaz Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden telah gagal, sekali gus kekalahan kelompok erdogan dalam Pas.

Contohnya Nizar dengan mudah menang, walaupun sebelumnya tidak dapat diterima oleh Nik Aziz. Semasa PRK Bukit Gantang, awal-awal lagi TG Nik Aziz menentang pencalonan Nizar, namun TG Hadi Awang, tetap mencalonkan Nizar, kerana perjuangan Nizar masa itu sehaluan dengan presiden Parti.

Ekoran perkembangan di Selangor, dimana Hassan Ali bertembung dengan ADUN-ADUN DAP, TG Nik Aziz lebih cenderung memihak kepada Roonie Liu. Keadaan ini lah yang membuatkan Hassan Ali bersuara, kerana sepatutnya TG Nik Aziz berpihak kepadanya kerana perjuangannya adalah cerminan Perjuangan Pas Asal, yakni Islam.

Contoh lain yang membimbangkan para pemimpin Ummah Pas adalah semasa PRK Bagan Pinang. Melalui PRK itu kelompok Erdogan Pas merupakan pengerak utama kempen, namun keputusannya PAS Kalah Teruk. Demi menjaga imej TG Nik Aziz dan para pemimpin pilihannya, maka TG Nik Aziz mengkambing Hitamkan Ustaz Nasha, Mustapha Ali dan Hassan Ali.

Desakan TG Nik Aziz untuk mengadakan EGM bagi memecat 3 Kerat pemimpin Pas ini, ditolak mentah-mentah oleh Jawatankusa Pusat Parti. TG Nik Aziz menerima tamparan hebat disebabkan penolakan cadangannya tersebut. Namun agar kelihatan dalam keadaan WIN-WIN, maka diputuskan agar Pas Selangor, yakni ketuanya dihadapkan kepada JK Disiplin parti.

Menghadapkan Pas Selangor ke JK Disiplin Parti tidak mungkin boleh mengekang gejolak dalam Pas, kerana gejolak dalam Pas disebabkan oleh permaninan TG Nik Aziz sendiri. Kerana itu lah, demi menyelamatkan Pas, Nik Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai Mursyidul Am secara terhormat, kerana akar umbi Pas telah tahu, TG Nik Aziz sanggup parti pecah, asalkan pendapatnya diterima.

Apa kah kesudahan gejolak dalam Parti Pas akan berakhir dengan baik hanya kerana menutup PINTU kepada kerajaan Perpaduan!!

Nizar: Hassan Ali Kata: Siasat Juga Pembocor Rahsia Pas

PAS Selangor hari ini menggesa parti itu turut menyiasat pembocor "rahsia parti" kepada umum, selain isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut.

Menyokong keputusan mesyuarat khas itu, setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Khairuddin Othman turut mendesak jawatankuasa disiplin menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat tuduhan terhadapnya jika didapati ia tidak benar.

"Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti.

"Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

"Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat parti seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog."

Dihubungi Malaysiakini bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Mohd Khairuddin berkata perkara yang dikelaskan sebagai rahsia itu termasuklah "apa yang terjadi dalam mesyuarat parti."

"Ia melibatkah ahli yang membocorkan apa yang berlaku dalam mesyuarat parti. Saya maksudkan mesyuarat badan perhubungan negeri, sebab ia adalah rahsia," katanya.

Ditanya sama ada "penuduh" yang dimaksudkan itu merupakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri yang membangkitkan isu itu di blognya, Khairuddin berkata:

"Tidak. Kenyataan itu dibuat secara umum. Boleh jadi sesiapa sahaja yang membuat tuduhan."

Tindakan disiplin berhubung isu rundingan PAS-Umno, yang berlarutan lebih setahun sehingga mencetus konflik berpanjangan, dibuat susulan desakan tegas Nik Aziz untuk mengadakan muktamar khas.

Menulis seminggu lalu, tokoh besar PAS itu mendesak sedemikian untuk membincangkan "beberapa kerat pemimpin bermasalah", sehingga membawa kesan kemerosotan undi parti itu, seperti pada pilihan raya Bagan Pinang awal bulan ini.

Selain Dr Hassan, nama-nama yang disebut di Blog Tok Guru yang dianggap bermasalah itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.


Berikut kenyataan penuh PAS Selangor:

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS.

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Nizar News: Khalid Ibrahim Mahu ADUN Klang Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Nizar Tamak Punca Krisis Perak

Sidang DUN Perak semalam menyaksikan bagaimana ketamakan Nizar sebenarnya. Nizar tidak dapat mengakui bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan Perak, bukan oleh BN tetapi kerana ketamakannya sendiri.

Semasa menarajui kerajaan selepas PRU-12, Nizar dan Ngeh serta Ngo menunjukan kekkuasaan yang luarbiasa mengatasi kuasa seluruh ADUN yang dipilih rakyat termasuk ADUN Dap-Pas-Pkr.

Nizar menganak tirikan beberapa ADUN termasuk Jamaluddin, Osman Hee. Nizar hanya melayan karenah Ngeh dan Ngo serta Sivakumar.

Kerakusan kuasa Nizar ini membuatkan 3 ADUN terpaksa keluar Pakatan untuk menyelamatkan negeri Perak daripada negeri muflis.

Dengan kelurnya mereka, maka kerja rakus Nizar dan DAP terutama untuk mengagih-agihkan tanah-tanah reseve melayu terselamat.

Oleh kerana baru terngadah setelah teratuk, maka Nizar sejak kehilangan jawatan pada 5 Februari yang lalu, hingga kini menunjukan bahawa Nizar dan kawan-kawan mendapat sokongan rakyat.

Rakyat Perak secara kesuluruhan ini pada masa ini sudah merasa muak, lihat sahaja kehadiran para penyokong Nizar semakin hari semakin berkurang, alasan mereka, kerja Nizar hanya tertumpuh pada mengejar Jawatan MB.

Persidang DUN Perak semalam walaupun agak bising dipenghujung sidang, namun sidang DUN tersebut berjalan dengan baik. Demokrasi dan toleransi kerajaan dan pasukan keselamatan sangat baik. Coba bayangkan kejadian tersebut terjadi di Cina, Pakistan atau Iran, sudah tentunya Nizar, Ngeh, Ngo dan Sivakumar sekarang masih dalam penjara.

Para penyokong Nizar seharusnya berkata benar, bahawa demokarsi still alive in Malaysia.

Nizar-Anwar: PKR Sabah Mendekati Penghujung: Menanti Rebah

Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.

Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.

Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.

Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.

Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.

Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.

Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.

Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.

Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

Nizar News:Apa Yang Berlaku Mesyuarat Pas Malam Tadi? Bagaimana Usul Nik Aziz?

Nik Aziz dalam blognya mencadangkan agar EGM parti Pas perlu diadakan demi merungkai beberapa kerat pemimpin bermasalah dalam parti.

Nik Aziz menyebut Timbalan Presidennya Ustaz Nasahrudin, Setiausaha Agong Mustpaha Ali dan Peserujaya Pas Selangor Dr Hassan Ali merupakan pemimpin Pas yang bermasalah.

3 pemimpin Pas ini dikatakan ada kaitan dengan kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Nik Aziz sangat tidak setuju dan tidak mahu diadakan kerajaan perpaduan, kerana Nik Aziz tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Bagi Nik Aziz dalam politik mesti stagant, tiada anjakan atau perubahan. Dunia boleh berubah, jangan politik Pas. Kelembutan terhadap Dap dan Lim Kit Siang dan Karpal Singh boleh, jangan dengan Umno. Begitulah kesimpulan Nik Aziz, sekali nyawa di kandung badan.

28 October 2009

Nizar News: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Membincangkan Isu EGM sedang Berjalan

Isu cadangan Nik Aziz untu mengadakan EGM Parti Pas bagi memecat beberapa kerat pemimpin bermasalah sedang berjalan.

Nik Aziz minggu ini mencadangkan agar EGM diadakan bagi membersihkan parti Pas daripada pemimpin parti itu yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno.

Para pemimpin Pas yang dikatakan bermasalah adalah Timbalan Presiden Ustaz Nahsa, Pesurujaya Pas Selangor Dr Hassan Ali, Setiausaha Agong Mustapha Ali dan Presiden Pas sendiri TG Hadi Awang.

Nizar News: AP Kereta Hapus Tahun 2015 Elak ALI BABA

Syarikat asing akan diberi lesen pengeluaran untuk memegang ekuiti 100 peratus di dalam syarikat yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan kapasiti enjin lebih 1,800 cc dan berharga lebih RM150,000, manakala sistem Permit Kelulusan (AP) akan dihapuskan pada 2015 di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) yang diumumkan hari ini.

Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed itu menyatakan duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.

Insentif dan pengecualian akan ditingkatkan untuk membangunkan alat ganti automotif tempatan supaya tiada lagi alat ganti yang diimport di dalam tempoh 18 bulan akan datang, satu langkah yang akan menghapuskan alat ganti yang diimport dan yang telah digunakan.

Kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas pula perlu menjalani ujian mandatori bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya tetapi peruntukan akan disediakan bagi kereta "vintage", katanya kepada pemberita bagi mengumumkan kajian semula NAP itu.

Katanya kajian semula itu dilakukan selepas melakukan perbincangan yang rapi dengan peserta industri, yang termasuk pengeluar, pembuat alat ganti, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan kereta.

Nizar News: KSU MOSTI Kelas KAKAP Didakwa Rasuah: Bravo SPRM

Bekas ketua setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini dihadapkan dengan 10 pertuduhan berhubung dakwaan rasuah.

Beliau, antara bekas pegawai tinggi kerajaan yang diseret berhubung isu rasuah, mengaku tidak bersalah di depan hakim Syafeera Mohd Said.

Beliau didakwa menerima suapan RM40,000 bagi meluluskan satu projek syarikat Global Goodway Sdn Bhd di Pulau Pinang.

Abdul Hanan, 56, tiba di mahkamah kira-kira 9.15 pagi, diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau ditahan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya pagi semalam selepas siasatan berbulan-bulan.

Nizar News: Live From DUN Perak

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/28/nation/20091028082225&sec=nation

Nizar bohong!!: Sidang DUN Perak Tiada SAMSENG PUN

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin YANG membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami” TERNYATA BOHONG.

Dakwanya bohong Nizar lagi, adalah bahawa Nizar mengatakan 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Sumber yang menurut Nizar lagi, memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji) akan akan dikasari TERNYATA BOHONG.


Nizar: Kamu Pun Takut Cyber Trooper!!

Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

"PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata tiada sebarang pertemuan sulit pernah dilaporkan dan belum ada bukti wujudnya dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pemimpin.

Beliau juga menegaskan tindakan disiplin akan diambil terhadap pemimpin yang mengadakan rundingan sulit dengan Umno walaupun dakwaan itu melibatkan mursyidul am, presiden dan pemimpin-pemimpin kanan parti.

"PAS yakin kerja-kerja fitnah cyber trooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno tidak akan mati dengan sendirinya jika sebarang laporan disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak lembaga (disiplin)," katanya lagi.

Idris turut menyeru ahli-ahli PAS agar tidak membuat ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin berbincang bagi mencari punca masalah ini.

Jawatankuasa pusat PAS bersama barisan pesuruhjaya negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu tersebut 8.30 malam esok di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels