28 October 2009

Nizar News: AP Kereta Hapus Tahun 2015 Elak ALI BABA

Syarikat asing akan diberi lesen pengeluaran untuk memegang ekuiti 100 peratus di dalam syarikat yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan kapasiti enjin lebih 1,800 cc dan berharga lebih RM150,000, manakala sistem Permit Kelulusan (AP) akan dihapuskan pada 2015 di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) yang diumumkan hari ini.

Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed itu menyatakan duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.

Insentif dan pengecualian akan ditingkatkan untuk membangunkan alat ganti automotif tempatan supaya tiada lagi alat ganti yang diimport di dalam tempoh 18 bulan akan datang, satu langkah yang akan menghapuskan alat ganti yang diimport dan yang telah digunakan.

Kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas pula perlu menjalani ujian mandatori bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya tetapi peruntukan akan disediakan bagi kereta "vintage", katanya kepada pemberita bagi mengumumkan kajian semula NAP itu.

Katanya kajian semula itu dilakukan selepas melakukan perbincangan yang rapi dengan peserta industri, yang termasuk pengeluar, pembuat alat ganti, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan kereta.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels