25 February 2011

Kaum minoriti Iranun Sabah- tidak terbela di negerinya sendiri?

ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) -- Kaum minoriti di negara ini mempunyai peranan yang harus dimainkan dan mereka tidak sekali-kali disisihkan dari arus pembangunan perdana, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan mengambil kira kepentingan semua kaum tanpa mengira sama ada mereka dari kumpulan minoriti atau majoriti.

"Dasar kerajaan dalam membela hak semua kaum telah lama diamalkan dan gagasan yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meminggirkan mana-mana kaum supaya wawasan negara maju tercapai.

"Sebab itu transformasi dalam kerajaan dan ekonomi serius dilaksanakan dengan tumpuan kepada enam perkara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan tahunan ke-10 Persatuan Siam Malaysia (PSM) di sini, Khamis malam.

Beliau berkata NKRA dibuat bukan untuk kepentingan satu atau dua kaum malah meliputi semua golongan rakyat dan masyarakat negara ini bagi mewujudkan bidang ekonomi dan peluang pekerjaan baru.

Muhyiddin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan anak-anak masyarakat keturuan Siam mendapat layanan sama dalam segala perkara termasuk pendidikan, kesihatan dan ekonomi.

"Saya bangga dengan kamu yang dedikasi dan sebab itu kerajaan mengiktiraf masyarakat keturuan Siam," katanya dan menambah usaha tidak terbatas boleh membawa sesiapa sahaja di negara ini mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Menurutnya ramai dari masyarakat minoriti berjaya dalam pelbagai bidang membuktikan usaha kerajaan berjaya dan mereka tidak terkeluar dari arus perdana.

Justeru itu, beliau mahukan masyarakat minoriti terus bekerja dan seiringan dengan kerajaan serta kaum majoriti membangunankan negara ini dalam mencapai tahap kemakmuran terbaik.-- BERNAMA

24 February 2011

Bukti Mengkafirkan Umno : Tun Mahathir

1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

23 February 2011

Dun Tempasuk: Taklimat pembangunan

Pada 22 Februari bertempat di Dewan Musbah Taungusi telah berlangsung taklimat dan penerangan pembangunan DUN Tempasuk bagi tahun 2008-2011.

Penerangan dan taklimat dilaksanakan sendiri oleh ADUn kawasan itu Datuk Musbah Hj Jamli.Penerangan dan taklimat yang mengambil masa sejam 20 minit banyak berkisar tentang pembangunan yang mensasarkan kepada keperluan penduduk Tempasuk.

Sejak tahun 2008 hhingga kini kerajaan telah membelanjakan lebih Rm350 juta ringgit untuk pembangunan keperlluan penduduk Tempasuk Kota Belud. Antara pembangunan itu adalah prasarana seperti jalanraya, sistem pengairan sawah padi, prasarana penyediaan air bersih dan prasarana pendidikan.

Prasarana penyedian sistem pengairan sawah misalnya telah menelan belanja setakat 2010 sebanyak RM105 juta. Pembiayaan ini adalah sebahagian daripada bajet 1bilion untuk ppembangunan Jelapang Padi kota Belud.

Sementara itu penyediaan air bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh ppenduduk Tempasuk menelan kos RM 48 juta. Penyiapan penyediaan air bersih akan siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Majlis penerangan dan taklimat itu selain dihadiri oleh Pegawai daerah-ianya juga dihadiri oleh Ketua-ketua Anak Negeri, WKAN, Pengerusi JKKK, Ketua-ketua Kampung dan juga oleh 72 Ketua Cawangan Umno kawasan DUN Tempasuk.

Dalam taklimat itu juga ADUN Tempasuk merangkap pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri memberitahu bahawa satu usahasama antara Yayasan Sabah dengan kerajaan Jepun dan New Zealand untuk membina sangkar gergasi pemeliharan ikan laut dalam sangkar dengan kos 100 juta Amerika. Selain itu-projek pelancongan juga akan dibangun di Tandu Magarang dengan perbelanjaan lebih RM 300 juta.

ADUN Tempasuk itu juga berkata projek yang akan kick off tidak lama lagi itu akan membuka 1,500 peluang pekerjaan bagi penduduk kota Belud.

22 February 2011

Apa kah KDM ulangi sejarah 1990?

Terkini desakan daripada kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) menjadi-jadi. Bermacam-macam desakan ditimbulkan-bermula daripada penggunaan Kalimah Allah, permintaan pengajaran injil di sekolah-sekolah, permintaan agar Datuk Bandar Kota Kinabalu diberikan kepada KDM, perlantikkan guru-guru terlatih, penubuhan suruhanjaya mengenai PATI dan banyak lagi.

Rakyat Sabah terutama bumiputera islam perlu ingat- bahawa kemasukkan UMNO di Sabah pada tahun 1990 (rasminya 1991) ekoran penindasan pemerintahan PBS terhadap kaum itu.

Pada masa itu peluang bumiputera islam sangat terhad-kecuali keluarga yang ada hubungkait dengan keluarga Abu Bakar Titingan (Baharom Titingan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah masa itu-walaupun hanya ADUN Lantikan).

Tahun 1985-1994 adalah masa-masa suram bagi golongan bumiputra islam. Disemua peringkat, baik peluang pekerjaan samada di jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan seperti SAFODA, SFI, KPD, Innoprise, SLDB dan sebagainya sebahagian besar dikuasai oleh kaum KDM.

Perlantikan di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu sungguh pilih kasih-walaupun kaum bumiputera islam ada kelayakan daripada segi akademik-tidak mudah mendapat pekerjaan.

Think-Tank Sabah IDS pada masa itu dikuasai sepenuhnya oleh kader-kader PBS-demikian juga people development catalyst atau pedecat yang diketuai oleh Dr Jeffery Kitingan.

Yayasan Sabah pada masa itu dipenuhi oleh kader-kader PBS yang diberi gaji tinggi-peluang pemberian biasiswa melalui kerajaan negeri mahu YSabah-hampir tertutup terhadap bumiputera islam.

Tindaakan PBS yang mengutamakan kaum kadazan pada masa pemerintahannya- bukan sahaja menindas kaum bumiputera bukan islam-malahan bumiputera bukan islam seperti dusun. (Dusun terpisah dengan KDM pada ketika itu: Kadazan-dibawah naungan KCA: Pertubuhan kebudayan Kadazan-Presidennya Datuk Pairin; Dusun- USDA: Pertubuhan Dusun Sabah bersatu-Presidennya Datuk Mark Koding (kini mendiang).

Akibat penindasan PBS terhadap USDA-maka Datuk Mark Koding keluar PBS menubuhkan AKAR pada tahun 1989-walaupun pada masa itu Mark Koding adalah Timbalan ketua Menteri Sabah.

Pada tahun 1990- semasa pilihanraya Umum- sebelum hari pengundian-PBS yang pada masa itu adalah komponen BN bertindak keluar daripada BN dan bergabung dengan S-46-DAP dan Pas melalui barisan Alternatif.

Akibat tikam belakang PBS itu- maka Pengurusi BN masa itu Dr Mahathir mengumumkan kemasukan Umno ke Sabah atas jemputan parti Usno. Berikutan itu parti Usno dibubarkan dan semua ahlinya secara enblock masuk Umno.

Pada tahun 1990 ramailah para pemimpin menjadi penyaja Umno seperti Datuk Zulkefli Hamid, Datuk Karim ghani, Datuk Husein Dali, sedangkan ketua-ketua bahagian Usno secara automatk menjadi ketua penyaja Umno bahagian.

Tun Mustpaha dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno yang kedua selepas Tun ghafar Baba dan kemudian Tun Sakaran Dandai.

Setelah lebih empat tahun kemasukan Umno di Sabah (1991-94) dan berganding bahu dengan AKAR-LDP dan dibantu oleh pemimpin Persekutuan seperti Anwar Ibrahim (Masa itu TPM bermula tahun 1993)BN Sabah berusaha menawan kerajaan Sabah,namun kemampuan BN hanya mendapat kerusi 23 daripada 48 kerusi pada pilihanraya 1994. PBS dibawah kepimpinan Pairin masih menang dengan 25 kerusi-dengan majoriti mudah itu, maka Pairin selama tiga hari berkampung di Istana untuk minta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Akhirnya Pairin dilantik juga sebagai Ketua Menteri Sabah-namun dua bulan kemudian-Kerajaan Pairin tumbang-kerana kehilangan majoriti di DUN-ekoran keluarnya ADUN Kemabung-Rubin Balang dan ADUN Klias-Lajim Ukin daripada PBS ke Umno.

Pada tahun 1994 bermulalah pemerintahan BN sehiingga ke hari ini. Selepas melalui PRU 1999, 2004 dan 2008-BN terus berkuasa di negeri di bawah bayu itu.

Parti PBS di bawah Pairin telah berpecah melalui 4 parti- PDS(kini UPKO dengan Presdiennya bernard Dompok; PBRS dengan presidennya Joseph Kurup dan SAPP presdiennya Yong Teck Lee).Serpihan PBS ini bergabungpula dengan Bn-Sabah. (SAPP telah keluar daripada BN selepas PRU-2008- kini sebagai parti pembangkang di peringkat negeri).

PBS masih merupakan parti pembangkang pada PRU-1999, namun pada PRU-2004, PBS merupakan komponen BN semula hingga kini.

Setelah lama menyepi dan bersifat low profile dalam BN-parti-parti yang berasaskan KDM kini mula menunjukkan taring-ekoran bergolaknya kaum melayu di Semenanjung ekoran tsunami politik melanda BN di Semenanjung pada PRU-12 lalu.

Melihat bahawa sokongan terhadap BN di Semenanjung mula goyah, maka parti-parti KDM di Sabah-mengambil kesempatan itu, untuk menuntut bermacam-macam seperti yang disebutkan di permulaan tulisan ini.

Kepada pemimpin bumiputera islam OKB suka mengingatkan-jangan terlengah dengan perkembangan ini.

Permainan politik pemimpin Sabah

Datuk Harris Salleh keluar USNO untuk tubuhkan Berjaya adalah tindakan berani, kerana sebelum itu dalam pilihanraya negeri parti USNO menyapu bersih semua kawasan DUN Sabah.

Memecat Datuk Pairin Kitingan dalam parti Berjaya serta menurunkan status Tambunan daripada daerah kepada daerah kecil juga tindakan berani Datuk Harris-walaupun Datuk Pairin merupakan ketua suku kaum terbesar bumiputera bukan islam.

Menyerahkan 95% hasil minyak dan gas negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan juga salah satu keberanian Datuk Haris Salleh.

Memberi status wilayah persekutuan kepada Pulau Labuan sehinggakan mantan perdana menteri dr Mahathir mengeluarkan kata-kata “sink and swim with Berjaya” juga terserlah keberanian Datuk Harris.

Kenapa Datuk Harris Salleh Berani?

Keberanian seorang ketua kerajaan terserlah apabila mendapat mandat yang kuat daripada rakyat yang menaikannya kepada tampuk pemerintahan. Datuk Harris memanfaatkan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti Berjaya bahawa pada dua kali pilihanraya-Parti Berjaya menang 2/3 kerusi dalam DUN Sabah, dan bakinya oleh parti USNO. USNO dan Berjaya berlawanan diperingkat negeri-tetapi kedua-duanya parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Sebelum pilihanraya kecil Tambunan tahun 1984- kegagahan Datuk Harris dan Partinya Berjaya kelihatan di luaran sungguh kuat. Datuk Harris mewakili Tenom di mana majoriti adalah kaum murut bumiputera bukan islam- bukan penghalang baginya- melalui dua piliahanraya- Datuk Harris menang besar.

Tahun 1984- apabila ada pilihanraya kecil Tambunan- Parti Berjaya di wakili oleh Roger Ongkili adik-beradik dengan James Ongkili mantan menteri persekutuan dan Dr Maximus Ongkili masih menteri sekarang di peringkat persekutuan-kalah teruk. Datuk Pairin Kitingan dinobatkan sebagai pemenang. Datuk Harris merasa tercabar- setahun kemudian beliau membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan piliahanraya negeri. Umum mengetahui- pada pilahanraya tersebut- parti Berjaya yang ternampak begitu kuat kecundang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan belum setahun jagung.

Parti PBS memerintah pada awalnya sebagai parti pembangkang dan kemudian diterima masuk dalam barisan nasional. Empat pilahanraya DUN Sabah- PBS terus maju dan tidak pernah kecundang.

Keberanian Datuk Pairin Kitingan

Akibat pertandingan antara Team A dan Team B dalam UMNO pada tahun 1987- UMNO diharamkan-kemudian tertubuh UMNO BARU dan Semangat 46. UMNO Baru diketuai Dr Mahathir-Ghafar Baba- Manakala Semangat 46 oleh Tengku Razalleh Hamzah dan Rais Yatim. Selama dua tahun sebelum pilahanraya UMUM 1990- di Semenanjung secara luaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46 dan PAS) dan Angkatan Rakyat ( Semangat 46-DAP) mempunyai peluang membentuk kerajaan Persekutuan. Berpaksi kepada anggapan ini- maka pada pilihanraya umum (PRU) 1990 sebelum pembuangan undi PBS keluar Barisan Nasional untuk bergabung dengan Angkatan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Akibat tikam belakang PBS ini- Dr Mahathir mengumumkan kemasukan UMNO ke Sabah atas persetujuan Tun Mustapha-melalui pembubaran USNO. Keputusan PRU-1990 masih memihak kepada BN di Semenanjung dan Sarawak, sedangkan Di Sabah- Kesemua kawasan yang ditandingi PBS- PBS menang besar.

Sebelum PRU-1994, telah berbagai strategi dilalui oleh BN melalui parti UMNO di Sabah- antaranya: jika BN menguasai negeri-maka pengiliran ketua menteri akan dilaksanakan. Dalam tempoh empat tahun- parti BN Sabah- yang dianggotai AKAR-LDP dan UMNO mengembeling tenaga dan startegi untuk menumbangkan PBS. Keberanian Datuk Pairin Kitingan benar-benar tercabar dan teruji. Parti UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Ghafar Baba, diganti oleh Tun Mustapha dan kemudian oleh Datuk Sakaran Dandai.

Pada PRU-Sabah tahun 1994- PBS menang dengan majoriti mudah (PBS-25 BN-23 daripada 48kerusi- Kini DUN Sabah bertambah kepada 60 kerusi). Datuk Pairin tetap Ketua Menteri. Usaha BN melalui PRU tidak berjaya. Tindak tanduk pemimpin BN pusat melalui pintu belakang yang dirancang oleh Anwar Ibrahim berjaya. Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan masuk UMNO. PBS kehilangan majoriti DUN dan tumbang. Keberanian Datuk Pairin terjawab dengan kehilangan kuasa memerintah- bukan kerana penolakan rakyat tetapi secara licik dan kotor.

Kebangkitan Pemerintahan Semula BN-Sabah

Datuk Sakaran Dandai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri sabah di hadapan Tun Said Keruak- Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang sebelumnya menolak permintaan Datuk Pairin membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Tidak sampai setahun Datuk Sakaran meletakan jawatan Ketua Menteri kerana dilantik sebagai TYT Sabah. Datuk Salleh Tun Said ADUN Usukan Kota Belud mengambil alih jawatan Ketua Menteri untuk tempoh dua tahun dalam sistem pengiliran Ketua Menteri. Dua Tahun Bumiputera Islam- Dua Tahun untuk Kaum Cina- Dua Tahun untuk bumiputera bukan islam. Sistem pengiliran Ketua Menteri terus berjalan sehingga tahun 2004. Malangnya setelah Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri- sistem ini dihapuskan- dan kebetulan ketua menteri Sabah pada masa itu adalah Datuk Musa Aman./ Datuk Musa terus menjadi ketua menteri sehingga kini.

Taring Musa Aman

Pada awal kepimpinan Musa Aman- taring atau keberanian beliau belum terserlah. Musa Aman terus melangkah, mengatur langkah- memastikan bahawa Datuk Abdullah Badawi benar-benar mempercayainya sebagai pemimpin Sabah yang tidak berganti. Sistem mengampuh sepertimana yang dilakukan Datuk Harris kepada dr Mahathir-dilakukan oleh Musa Aman terhadap Datuk Abdullah. Di Sabah- tiada lagi pemimpin kepercayaan Abdullah-kecuali Musa Aman. Kepercayaan Datuk Abdullah terhadap Musa Aman begitu jelas dan nyata- apabila pada PRU-12,Musa Aman yang menentukan calon-calon BN yang mewakili UMNO di Sabah. Musa Aman dalam memilih calon-bukan berpaksi kepada latarbelakang calon-dalam senerio politik awal kemasukan UMNO ke Sabah dalam usaha menumbang PBS. Musa Aman memilih calon yang beliau rasakan dalam “inner circle” beliau.

Keberanian Datuk Musa Aman

Epsiod I

Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Datuk Abdullah dan hasil keputusan PRU-11 di mana semua kawasan baik DUN maupun parlimen dimenangi oleh BN- maka, pada PRU-12- Musa Aman menunjukan keberaniannya. Tiga pemimpin yang dianggap sangat sinonim dengan kepimpinan negeri selepas generasi Datuk Harris Salleh- digugurkan.

Datuk Salleh Tun Said- dimana ayahnahlah yang menyebabkan bermulanya permerintahan BN yang diterajui UMNO di Sabah digugurkan. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- melalui parti AKAR yang sejak awal-awal lagi merupakan titik-tolak melemahnya kekuatan PBS kerana para pemimpin AKAR adalah mantan-mantan pemimimpin PBS dan kemudian membubarkannya untuk menyatu dengan UMNO digugurkan. Datu Amir Kahar Tun Mustapha- dimana ayahnya berkorban membubarkan USNO untuk menggantikannya dengan UMNO digugurkan.

Walaupun tiga pemimpin yang besar-besar ini digugurkan- mereka tetap bersama UMNO dan bertungkus-lumus memastikan bahawa kawasan-kawasan yang pernah mereka wakili memperoleh kemenangan. Walaupun, pada ketika itu-para pemimpin ini merasakan bahawa mereka- telah tidak berfaedah lagi dikaca mata Musa Aman- mereka tetap setia kepada parti mereka- yakni UMNO. Mereka tahu- pemimpin bersilih ganti- tetapi jika parti kalah dan terkubur- adalah lebih sukar mengembalikannya kerjayaannya. Mereka sedar- parti-parti yang telah terkubur- sukar untuk dipulihkan semula. Berpaksikan kepada asas ini-mereka tetap menyokong UMNO dan BN.

Episod II

Setelah PRU-12- dimana keputusannya sangat memeranjatkan di Semenanjung- jika tiada Sabah dan Sarawak- sudah pasti kerajaan persekutuan telah berganti. Di semenanjung: kepiminan Datuk Abdullah kehilang lima negeri- termasuk negari asalnya Pulau Pinang. Manakala di Sabah- Musa Aman terus menyerlah- kerana semua calon UMNO telah menang-walaupun majoriti agak merosot. Parlimen Sabah- hanya kalah satu- melalui calon PBS- yang dikalahkan oleh DAP- begitu juga ADUN- calon PBS kalah kepada DAP. Walaupun- BN Sabah yang dianggotai oleh: UMNO-LDP-SAPP-MCA-MIC-PBRS-UPKO-Gerakan menang besar- tetapi disebabkan tiupan angin perubahan di semenanjung- menyebabkan pergolakan politik dalaman BN- Sabah. SAPP- pimpinan Datuk Yong Teck Lee- keluar BN- kerana alasannya- hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Abdullah. Majoriti pemimpin SAPP baik yang berjawatan dalam kerajaan Musa Aman- keluar BN- kecuali Timbalan Presidennya- Datuk Raymond Tan. Datuk Raymond Tan- walaupun tidak berparti- masih dipertahankan oleh Musa Aman- atas dasar- bahawa Datuk Raymond Tan- masih menyokong dan menang kerusi ADUN melalui parti BN. Selepas setahun tanpa parti Raymond Tan masih dipertahankan oleh Musa Aman sebagai Timbalan Ketua Menteri.
(Kini Raymond Tan adalah ahli Parti Gerakan).

Pada satu ketika keberanian Musa Aman- tidak berganjak dalam isu Datuk Raymond Tan- walaupun bercanggah dengan konsep barisan nasional- dan konsep beliau sendiri. Dr Jeffery Kitingan- pada suatu ketika mengistiharkan dirinya adalah ahli adun bebas penyokong BN- Musa Aman dengan lantang bercakap- tidak ada istilah demikian.

Episod III

Tan Sri Isa Samad- apabila digantung keahlian dalam UMNO selama 6 tahun kemudian dikurangkan kepada 3 tahun kerana terlibat poltik wang dalam pemilihan UMNO- terpaksa meletakan seluruh jawatannya dalam kerajaan maupun parti- kecuali- ahli parlimen. Apabila tindakan yang sama di jatuhkan kepada Datuk Japlin Akim ADUN Usukan dan pembantu menteri dalam kabinet Musa Aman- Ketua Menteri ini awal-awal lagi mengatakan bahawa- Datuk Japlin tidak perlu letak jawatan.

Episod IV

Keberanian Musa Aman- luarbiasa. Parti komponen BN-Sabah seperti LDP- komponen tertua BN-Sabah- menyuarakan konsep pembentukan kabinet yang berpaksikan kepada konsesus komponen parti BN- tetapi kerana keberanian Musa Aman- beliau hanya menjawab- bahawa beliau bersedia mendengar maklum-balas dari parti-parti ini sebelum beliau membuat sebarang keputusan- mengenai kedudukan Datuk Raymond Tan.

Episod V

Keberanian Musa Aman- membuat keputusan bukan didorong oleh kuasa yang dimilkinya melalui kuasa rakyat- tetapi berpaksi kepada ‘ apa yang saya mahu” “saya ini pemimpin”. Falsafah ini- pernah dilakukan oleh Datuk Harris Salleh semasa memasuki penggal kedua kepimpinannya. Datuk Musa Aman- pada masa ini- membuat keputusan menurut kehendak hati nuraninya- untuk kepentingan kuasanya. Sebagai misalan- keputusan awam yang diketahui adalah perlantikan CEO IDS. Hasnol Datuk Ayub Aman adalah anak saudaranya- yang tidak berkelulusan PhD- seperti amalan sebelum ini- bahawa CEO IDS- yang merupakan think-tank negeri Sabah diterajui oleh mereka yang berkelayakan PhD. Bermula dengan Dr Jeffery Kitingan, Dr Maximus Ongkili, Dr Richard Gunting dan kemudian Dr Yakob.

Episod VI

Bibit-bibit keberanian Musa Aman ini secara perlahan mengundang kebencian dan geramnya rakyat biasa, sepertimana yang terjadi terhadap kepimpinan Datuk Harris Salleh. Sebelum PRU- Sabah 1985- Kekuatan Datuk Harris Salleh seolah-olah tidak dapat dibendung. Ahli politik berpengalamanpun seperti dr Mahathirpun mengakuinya sehingga beliau mengatakan “sink and swim with Berjaya”. Secara luaran pada masa ini- kekuatan Datuk Musa Aman- sangat kuat- ini terbukti dengan undi kedua tertinggi dalam majlis tertinggi UMNO bersama-sama Dato Noh Omar- Tanjung Karang Selangor. Musa Aman- terlupa- bahawa kekuatan yang pada dirinya pada masa kini adalah gabungan tenaga dan usaha daripada para pemimpin komponen maupun para pemimpin yang tidak berkedudukan dalam parti. Datuk Musa lupa- bahawa Sabah ini terdiri dari berbagai etnik yang ketara jumlahnya setiap etnik.

Episod VII

Terfikirkah oleh Datuk Musa- jika seandainya sokongan dari etik kadazan-dusun yang diketuai oleh Datuk Pairin- Datuk Bernard Dompok; Datuk Salleh Said dan Datuk Safie Afdal melalui etik bajau; Datuk Lajim Ukin melalui etnik biasaya bersatu menentang kepimpinan beliau- apakah keberaniannya ini dapat berfungsi? Sejarah telah terbukti- apakah melalui parti USNO- Parti Berjaya- sekarang di semenanjung apabila Anwar Ibrahim tidak berada dalam UMNO- BN hampir tumbang- dan mempercepat turunnya Datuk Abdullah Ahmad Badawi. daripada kerusi nombor wahid negara.

Pemimpin USNO dan kemudian menjadi UMNO seperti Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang yang mewakili pantai barat Sabah- diketepikan dalam Kabinet negeri- walaupun mereka ini berkemampuan dan menunjukan kepimpinan yang disenangi rakyat. Apakah Datuk Ghafur Salleh- yang merupakan pemimpin ulung daerah Tawau yang diketepikan dalam sebarang jawatan- jika bergabung tenaga dengan pemimpin kelompok yang disebutkan- dapat dicegah oleh keberanian Musa Aman.

Dapatkah Maijol Unaini bersaing dengan Datu Amir Kahar Tun Mustapaha- jika bendehari USBO ini turun padang dalam usaha menentang Musa Aman. Datu Amir Kahar telah terbukti taringnya- apabila ditentang oleh calon BN melalui Datuk Yahya Lampong-

Dapatkah Datuk Hajiji Mohd Nor bersama Datuk Rahman Dahalan serta Datuk Musbah Haji Jamli- dapat membendung pengaruh Datuk Salleh Said bersama Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- di kawasan Kota Belud dan Tuaran.

Dapatkah Adek Musa Aman- Datuk Anifah Aman- membendung gerakan Datuk Rahim Ismail dan Datuk Karim Bujang di Kawasan Papar dan Kimanis.

Dapatkah Datuk Azizah Muhd Dun Banir menghalang- pengaruh Datuk Lajim Ukin di Daerah Beaufort.

Dapatkah keluarga Abu Bakar Titingan- membendung pengaruh Datuk Gahfur Salleh

Siapakah yang berperanan menghalang kepimpinan Datuk Safie Afdal dan Datuk Nasir Sakaran Di Daerah Semporna

Dan seterusnya- siapakah yang boleh menghalang kepimpinan Datuk Pairin Dan Datuk Bernard Dompok dalam kawasan-kawasan Kadazan-dusun dan Murut.

Pertanyaan-pertanyaan ini perlu diambilkira oleh Datuk Musa Aman dalam menikmati kuasanya yang ada kini. Musa Aman perlu tahu- bahawa dalam politik- tidak ada yang mustahil. Bahawa dalam politik tidak ada kawan yang senantiasa bersama, dan begitu juga sebaliknya- tidak ada musuh politik selamanya.

Episod VIII

Semasa Datuk Harris keluar USNO pada tahun 1976 dan menubuhkan Berjaya- isu utama masa itu adalah isu Datuk Syed Kechik- yang didakwa oleh parti Berjaya telah membolot berjuta-juta hasil balak Negeri Sabah. Parti Berjaya menuduh Tun Mustapha membolot kekayaan Negeri. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tinggal tuduhan. Seandainya Tun Mustapha telah membolot kekayaan Negeri- maka mungkin hingga kini- kita dapat menyaksikan istana-istana besar milik bapak kemerdekaan Sabah ini. Semasa pemerintahan Tun Mustapaha- seluruh rakyat menikmati saban tahun hasil pembalakan waktu itu melalui Amanah Tun Mustapha.

Semasa usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang dicanangkan oleh Parti AKAR pada tahun 1989- isu masa itu tentang kehilangan wang Yayasan Sabah, konsesi Balak yang dimonopoli oleh pemimpin PBS dan konco-konco nya. Walaupun berbagai usaha AKAR bersama-sama UMNO dan LDP berganding tenaga melalui konsep BN-Sabah- gabungan ini tidak berjaya menumbang kerajaan PBS melalui peti undi.

Kejatuhan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris selain isu rakus kuasa tanpa mengambil kira pandangan akar umbi- tetapi juga ada kaitan dengan kebencian rakyat kepada Datuk Harris Salleh yang bersifat pengampuh kepada kerajaan persekutuan. Datuk Harris menyerahkan 95% hasil minyak dan gas kepada persekutuan- menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan-untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyerahkan jabatan Kastam dan imigeresen kepada persekutuan serta tanah-tanah prime yang ada di bandar terutama bandar kota kinabalu- misalnya bangunan KWSP yang ada sekarang. Datuk Harris menjelang kejatuhannya telah melantik kawan-kawan rapatnya samada menjadi anggota kabinetnya atau pengerusi agensi-agnesi kerajaan negeri tanpa mengira taburan etnik negeri Sabah. Pengagihan projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka yang berakhir nama khan atau para pemimpin kaki ampuh atau angkat kaki. Jabar Khan bin Napi- dahulu semasa di kampung-hanya bernama Jabar bin Napi- agar supaya tertempias projek- terpaksa menambah nama Khan di hujung namanya.

Gejala ini - seakan-akan berulang di masa pemerintahan Musa Aman. Pemerintahan Musa Aman- ramai yang mengelarnya pemerintahan satu sen- kerana sekecil-kecil projek kerajaan pun- pasti pelaksananya ada kaitan dengan orang Musa Aman atau Anifah Aman. Pemotong rumput ditepi jalan misalnya- apabila ditelusuri di mana syarikat itu berasal- pasti berasal dari daerah Sandakan. Malah dalam dewan undangan negeri pun perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Kuamut Masiung Banah- walaupun ADUN ini tidak menyebut secara spesifik tetapi melalui kiasan “ jangan sentuh: ini orang atas punya”.

Rakyat diperingkat akar umbi sekarang ini telah mula beralih arah- terutama generasi muda- di mana bilangannya menguasai daftar undi pemilih untuk PRU-13. Mereka-mereka ini menyaksikan kerakusan para pemimpin termasuk anak-anak pemimpin dan juga sanak saudara pemimpin. Generasi ini menyaksikan dengan ketara antara mereka yang sama-sama membesar dengan anak-anak para pemimpin ini telah terjadi lonjakan perbezaan yang sangat ketara dalam segi penghidupan. Anak-anak para pemimpin yang rapat dengan Musa Aman- dengan cepat mempunyai kekayaan yang luar biasa- memandu Ninja King V-8 sekurang-kurangnya. Jika taburan pengagihan kekayaan ini merata- tidak lah menjadi persoalan- tetapi pengagihan kekayaan ini hanya tertumpu- kepada mereka yang hanya rapat dengan Musa Aman.

Kebencian rakyat bermula dengan menyaksikan keadaan ini. Musa Aman tidak dapat membendung kebencian ini. Rakyat tidak boleh menerima- apabila pemimpin mereka diketepikan- kerana bagi mereka- pemimpin itu adalah wadah untuk meminta pertolongan di kala tersepit- dikala terdesak. Datuk Musa Aman- masa ini hanya dikelilingi oleh para pemimpin yang berjuang untuk kepentingan pribadi- jauh sekali kepentingan rakyat. Ramai pemimpin yang dicipta oleh Musa Aman- dengan sekelip mata punya rumah mewah-punya kereta berjenama berbuah-buah- jika dahulunya hanya makan di kedai-kedai mamak- sekarang ini- cuma berselera di hotel-hotel mewah seperti Hotel Le Meridian milik Anifah Aman.

Episod Akhir

Apakah kebencian rakyat ini akan meledak melalui PRU-13. Berasaskan kepada keadaan ini- saya yakin ledakan ini akan terjadi melalui PRU-13 kerana bibit-bibitnya telah ternampak melalui PRU-12. Calon-calon BN yang dianggap ternama hanya ditentang oleh calon-calon bidan terjun- tetapi memberi saingan sengit kepada calon-calon BN. Keadaan ini mesti dibendung- kerana kata bidalan: marahkan nyamuk kelambu dibakar. Keadaan ini mesti disusul dengan tindakan yang segera oleh pemimpin BN- Sabah yang berada di luar kelompok Musa- kerana jika tidak- kapal yang sama-sama kita tumpangi akan tenggelam dan karam bersama Musa Aman. Tiada yang sanggup menerima padah- kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, kerana nila setitik susu sebelanga rosak. Tindakan Musa Aman melantik orang-orang yang ada kaitan saudara dengannya dalam agensi-agnesi startegik menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Musa. Selagi Musa Aman menerajui Parti BN- Sabah- maka rasanya pertukaran kerajaan akan terjadi di negari di bawah bayu ini pada PRU-13. Kuasa silent majority amat sukar di ramal- kerana air tenang- jangan disangka tiada buaya.

Ikhrar Datuk Salleh Tun Said mempertahankan bahawa Sabah merupakan simpanan tetap BN hanya angan-angan selagi Musa mempunyai kata putus muktamad dalam segala pekara baik kerajaan maupun parti. Datuk Salleh hanya mempunyai peranan jika ada mesyuarat parti- tiada ada tangan dalam pentadbiran negeri apa lagi pengagihan projek-projek kepada rakyat. Datuk Seri Safie Afdal berada non jauh di Kuala Lumpur sebagai Menteri Persekutuan. Melalui tulisan ini- adalah diharapkan sebelum nasi mejadi bubur- lebih baik mengatur langkah untuk menyelamatkan kerajaan BN tersungkur di medan pertandingan.

21 February 2011

Pemuda BN Selangor hanya mampu kutip tandatangan

Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan belia membantah kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei sempena Kejohanan Futsal 1Malaysia.

Kempen itu yang diadakan dengan merentang kain putih di setiap pertandingan futsal bagi para belia menurunkan tanda tangan mereka, akan berakhir sebelum April ini, dan kain rentang itu akan digantung di Bangunan Umno Selangor, kata Ketua Pemuda BN Selangor Engku Salleh Engku Jamal kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Pemuda BN mengambil tindakan mengadakan kempen tandatangan itu kerana Pakatan Rakyat sebelum ini meuar-uarkan wang rakyat akan digunakan untuk rakyat.

Kini apabila kes Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini 7 Feb lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi di laman blognya pada akhir tahun lepas, kerajaan negeri telah bertindak membiayai kos guamannya, kata beliau.

Pada pertandingan hari ini sebanyak 64 pasukan dari BN Bahagian Kota Raja, yang terdiri daripada pelbagai bangsa menyertainya dan pertandingan itu akan dilaksanakan di kesemua 22 bahagian BN di seluruh Selangor, katanya.
-- BERNAMA

20 February 2011

Prestasi, ilmu antara syarat penting kepemimpinan:Najib

Berita Harian (21/9/2005)
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggariskan beberapa ciri kepemimpinan penting pada abad ke-21, termasuk perlunya membuktikan prestasi, memiliki wawasan, agenda dan ilmu pengetahuan luas.

Bagi saya, aspek kepemimpinan yang paling penting pada abad ke-21 ialah membuktikan prestasi.

Prestasi sudah sinonim dengan kepemimpinan dan pada hari ini, disebabkan persaingan serta permintaan yang kian meningkat, prestasi menjadi perkara yang harus ada dalam setiap pemimpin.

Bersama prestasi cemerlang, seorang pemimpin juga perlu ada visi, mempunyai agenda sebagai panduan kepada kepimpinannya serta mengikuti perkembangan persekitaran, katanya pada Persidangan Kepimpinan Belia-Cabaran Globalisasi anjuran Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) di sini, semalam.

Najib berkata, seseorang pemimpin itu tidak semestinya pakar dalam sesuatu bidang, tetapi perlu ada ilmu pengetahuan mengenainya, mengenai sejarah dan isu kontemporari.

Katanya, pemimpin juga perlu berpengetahuan luas seperti diperkatakan Perdana Menteri Britain ketika era Perang Dunia Kedua, Sir Winston Churchill: Semakin lama anda menoleh ke belakang, semakin jauh anda boleh melihat ke hadapan.

Sehubungan itu Najib berkata, dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, usaha untuk melahirkan seramai mungkin pemimpin berpotensi perlu diutamakan.

Justeru beliau mencadangkan semua pertubuhan di negara ini supaya memberi perhatian serius kepada soal kepemimpinan dan membuat pelaburan ke arah pembentukan pemimpin.

ULASAN

Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.

Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara kedua-dua pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah dan akhlak sahaja.

Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan telah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan Pemimpin super model ini.

Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuh-nya Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu. Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini.

Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuhnya Tuhanlah yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas.

SEKIAN

19 February 2011

Pemuda Umno??? Pemuda Pas Kedah tunjuk belang

Sejak awal pagi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Untuk tidak menjadi jahiliah sokonglah PAS: Tun Mahathir

"Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka" Tun Mahathir.

Perkasa Perlis cadang agar SPR kaji syarat calon

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Perlis mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula Akta Pilihan Raya dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya.

Yang Dipertua PERKASA Perlis Ameir Hassan berkata antara syarat baru yang dicadangkan ialah had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat.

"Wakil rakyat yang melebihi had umur sering mengalami tekanan dan ada di kalangan mereka meninggal dunia menyebabkan berlaku proses pilihan raya kecil yang memerlukan kos yang besar," katanya pada sidang media di Kangar,semalam.

Katanya umur calon perlu dihadkan bagi memberi ruang kepada generasi muda yang berkelayakan dan boleh memimpin rakyat untuk menjadi calon.--Bernama

18 February 2011

Jawapan Dr Mahathir kepada Nik Aziz

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya. Daripada blog chedet.co.cc

Pairin terjebak politik pembangkang

PENAMPANG, 17 Feb — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini berkata cadangan agar kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang di Sabah adalah wajar.

Katanya penubuhan suruhanjaya itu akan mencerminkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam menangani masalah pendatang di negeri ini secara muktamad.

“Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang sejak sekian lama. Sudah tentulah rakyat ingin tahu punca timbulnya masalah ini dan cara untuk mengatasinya daripada pelbagai sudut.

“Sebab itulah kami dalam PBS menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini. Malah, ini bukan perkara baru. PBS telah memperjuangkan perkara ini sejak lama dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Chap Goh Meh PBS di sini.

Pairin (gambar), yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Isnin mengenai penolakan penubuhan suruhanjaya itu.

Kata Pairin gesaan agar suruhanjaya itu ditubuhkan bukan bererti kerajaan persekutuan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Sambil menghargai usaha yang telah dilaksanakan kerajaan, Pairin berkata beliau berharap makmal mengenai pendatang tanpa izin di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menghasilkan penyelesaian praktikal dan konkrit berhubung masalah itu dengan segera.

Mengenai isu “pertumbuhan luar biasa” penduduk Sabah sebanyak 500 peratus, Pairin berkata perkara itu perlu disiasat.

Semalam, ketua pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Arthur Sen berkata berdasarkan banci 1970, Sabah hanya mempunyai 636,431 penduduk dan apabila jumlah ini meningkat kepada 3.3 juta pada 2005, penduduk tempatan berasa terancam oleh kebanjiran “warganegara segera dan pendatang”. — Bernama

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels