13 March 2011

Tsunami di Jepun


PRU Sarawak: Taib berdepan calon Terpilih-pilihan Baru Bian

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan ketua parti itu di Sarawak, Baru Bian untuk memilih hanya calon-calon yang berintegriti tinggi pada pilihan raya negeri yang bakal menjelang.

Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.

Katanya, pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah kebolehan mereka memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.

Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.

"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.

Isu Yang Dispin Anwar

Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.

"Sebab itu, masa dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang, (kewangan negeri) itu defisit, kerugian negeri dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion, dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya.

Tambahnya, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri berkenaan dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.

"Di Selangor macam mana boleh buat? Pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ini ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 00 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

12 March 2011

Ribuan mati akibat Tsunami di Jepun

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.


Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.- Reuters

11 March 2011

KOTA BELUD: Isu terkini

Terima Kasih Kerajaan kerana HARGA MINYAK NAIK. Terima kasih Kerajaan kerana HARGA BARANG NAIK. Risalah-risalah ini sering sahaja terdapat dilekatkan pada kereta yang sedang parking. Risalah-risalah itu berlogokan parti Anwar-PKR.

Pagi tadi OKB menerima lagi risalah, kali ini jemputan ke ceramah Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Simon Sipaun (mantan ahli SUHAKAM) di Kinarut Sabah pada 20 Mac ini.

Tajuk pertemuan itu adalah membicarakan tentang otonomi Sabah dan kenaikan harga barang dan minyak dan impaknya terhadap rakyat.

Selain itu, isu hangat yang konon akan diketengahkan adalah isu saman JPJ dan masalah PATI di Sabah.

OKB tertarik dengan isu harga barangan yang naik. OKB juga adalah pengguna yang berhadapan dengan kenaikan harga barang yang sukar terkawal.

OKB berpendapat, jika sekiranya kerajaan melalui para wakil rakyatnya tidak menjelaskan fenomena kenaikan harga barang ini dengan tepat dan betul. ada kemungkin rakyat akan memberikan undi kepada pembangkang, terutama pada PRU-13 akan datang.

Soal kenaikan harga barang, memang fenomena global, namun demikian, penjelasan, penerangan perlu diadakan oleh kerajaan. Jangan kerana isu tersebut, rakyat tawar hati mempertahan kerajaan.

Sementara wakil rakyat yang sibuk dengan persidangan parlimen ke, dewan undangan negeri ke, atau kerja-kerja lain, perlu juga mengambil masa dan menumpukan kepada gejala kenaikan harga barang dan harga minyak.

Adalah lebih baik kerajaan jelaskan, jika tidak pihak pembangkang mengambil kesempatan dengan diselipkan dengan berbagai sebab musabab, sehingga rakyat boleh menerimanya. Fikir-fikirkan lah.

10 March 2011

Isu Injil dalam bahasa Indonesia-- Tips of iceberg

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Pertubuhan The Bible Society of Malaysia (BSM) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Kementerian Dalam Negeri kerana merampas kargo kitab Injil berbahasa Melayu, yang diimport dari Indonesia, di Pelabuhan Klang sejak 2009 sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan Kristian.

Kitab-kitab injil itu menjadi punca kontroversi kerana mempunyai perkataan “Allah” di mana masyarakat majoriti Melayu Islam percayai kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk merujuk kepada Allah.

“Saya ada melihat laporan berita dan pada masa yang sama BSM juga mengadakan perbincangan sebelum mengeluarkan respons rasmi,” kata Setiausaha Agungnya Dr Simon Wong kepada The Malaysian Insider hari ini.

Wong merujuk kepada kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam yang menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.

Menurut kementerian itu, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat.

Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.

Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Kelmarin, Setiausaha Agung NECF Sam Ang mendakwa bahawa Kementerian Dalam Negeri telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya.

Wong berkata beliau ada dokumen-dokumen yang menunjukkan kementerian itu telah bertindak silap.

BSM telah secara formal memohon untuk dibenarkan membawa keluar kital injil itu yang dirampas pada Mac 2009.

Dalam pada itu Persekutuan Kristian Malaysia juga menggesa agar kerajaan dengan segera melepaskan kesemua kitab injil yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Pengerusinya Biskop Ng Moon Hing meminta kerajaan bertindak sekarang dan membuktikan keikhlasan dalam berurusan dengan komuniti Kristian di negara ini dalam isu tersebut dan kesemua isu lain yang dibangkitkan sejak persekutuan tersebut ditubuhkan pada 1985.

Kata beliau, persekutuan itu kecewa dan rasa marah dengan tindakan menghalang membawa masuk, yang terus wujud dan kali ini di Pelabuhan Kuching, Sarawak.

“Sebanyak 30,000 naskhah Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal kini ditahan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.


Ng berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak.

Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu “Alkitab” sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang.

Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat.

Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka.

“Bagaimanapun 5,000 naskhah Alkitab masih ditahan. Perdana Menteri rasa terkejut apabila dimaklumkan 5,000 naskhah masih ditahan ketika jamuan teh sambutan Krismas, keputusan dibuat beliau itu tidak dilaksanakan.

“Bagaimanapun tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan naskhah-naskhah itu dikeluarkan,” katanya.

Ng berkata pihaknya mahu bertanya kepada kerajaan bagaimana program transformasi akan dijalankan dengan jayanya jika kakitangan awam enggan mematuhi keputusan Perdana Menteri.

“Adakah kerajaan tidak berkuasa untuk bertindak ke atas Napoleon Kecil yang mahu mengutamakan kepentingan dan agenda sendiri,” katanya lagi.

KOMEN

Walaupun injil dalam bahasa Indonesia itu dilarang Masuk, namun bible keluaran indonesia itu berleluasa di negara ini.

Akibat daripada berleluaasanya, peredaran bible daripada bahasa Indonesia, seingkat OKB sejak tahun 60-an lagi.

Kemasukkan bible dalam bahasa Indonesia di bawa ke negara ini oleh penyibar agama kristin, dan kebanyakannya diedarkan di kampung-kampung.

Kini, kitab injil darpada bahasa indonesaia, telah mula terdapat di bandar-bandar seperti Petaling jaya, Shah Alam, Subangjaya malah sekitar Bangi.

Maklumat ini OKB perolehi sendiri daripada seorang "teman" yang telah menganut agama kristian. Memang teman itu, dilahirkan bukan daripada suku melayu, namun daripada suku bumiputera. Kini nama teman itu, telah bertukar kepada nama baptistnya, walaupun dalam kad pengenalannya masih menggunakan nama arab.

Teman itu baru dua hari lalu pulang daripada PJ dan Shah Alam, entah betul atau tidak, ramai katanya orang melayu menjadi kristian dan bergerak underground.

9 March 2011

Saifuddin Abdullah menongkah ARUS akui Buku Jingga baik untuk negara

Saifuddin akui Buku Jingga baik untuk negara
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencipta beberapa kejutan apabila secara jujur mengakui pelbagai perkara yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat baik bagi kepentingan negara.

Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air.

Menurut beliau, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, program (forum) yang mempertemukan wakil-wakil pelbagai parti seperti itu merupakan sesuatu yang mustahak dan tidak seharusnya dipandang dari sudut negatif oleh pelbagai pihak.

Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air.

"Tetapi dalam usaha melahirkan perubahan politik, Barisan Nasional (BN) juga sebenarnya turut melakukannya. Itu semua boleh dilihat dari Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri," katanya.

Berucap pada forum Persidangan Kebangsaan, Demokrasi dan Pilihanraya; Prospek dan Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Universiti Malaya (UM), semalam, beliau berkata, sesuatu yang baik dalam hal ini, ia bergantung kepada pendekatan yang digunakan antara Pakatan Rakyat dan BN yang boleh dinilai oleh rakyat sendiri.

"Penentu survival sesebuah parti bergantung kepada sejauh mana parti itu boleh membawa sesuatu yang baru dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Jadi siapa yang servis baik adalah yang boleh mempertahankan bukunya," tegasnya.

Politik perkauman, katanya, Perdana Menteri juga mengatakan bahawa ia hanya untuk sesuatu tempat. Politik baru pula sudah dilakukan oleh Barisan Nasional kerana yang dilihat oleh orang ramai bukan sahaja parti, tetapi juga calon, manifesto dan budaya parti. Manakala politik pembangunan sudah diakui oleh BN hanya relevan pada sesetengah tempat.

Namun beliau mengakui pengundi-pengundi kini terutama pengundi-pengundi muda ternyata lebih cerdik sehingga mampu melihat segalanya itu dengan lebih jauh dalam kerangka yang lebih luas.

"Perkembangan ini sememangnya menarik. Inilah juga yang menyebabkan Pakatan Rakyat turut mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu sehingga mampu menjadi pembangkang yang baik," katanya.

Beliau juga kesal apabila politik dan agama sebagai sesuatu yang tidak boleh dipisahkan seperti yang diperjuangkan oleh PAS masih menjadi pertikaian pihak tertentu, pada hal ia tidak sepatutnya berlaku, kerana perkara itu sememangnya sudah jelas dalam ajaran Islam yang menegaskan politik adalah sebahagian dari Islam.

Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia.

"Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Mengenai kebebasan media, beliau juga bersetuju jika dilaksanakan di negara ini dengan dihapuskan akta-akta tertentu yang menyekatnya bagi membolehkan ia dilihat secara adil.

Beliau turut menyifatkan sesuatu yang amat malang jika pihak pemerintah menghalang rakyat mengkritik sesuatu yang tidak baik yang dilakukan, memandangkan mengkritik itu merupakan sesuatu yang baik bagi parti kerana di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang membina.

"Jadi dalam hal ini, tentunya tidak kena jika dikatakan kritikan positif dan negatif kerana setiap kritikan adalah baik. Sebaliknya yang tidak baik adalah menghentam," ujar beliau.

Forum tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM). Ia diadakan di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan menampilkan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai moderatornya.

Manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Datuk Saifudin, Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kenyataan Dr Hsu Dar Ren- Satu Iktibar

Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar dari parti komponen BN itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutnya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Keputusan mengejut itu diumumkan Dr Hsu ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di parlimen pada 8 Mac 2008.

Antara negeri yang tumbang itu ialah Pulau Pinang di mana Gerakan mengetuai kerajaan negeri selama 39 tahun.

"Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

"Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini).

"Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

"(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)," katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

"Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini," katanya.

Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

"Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri," katanya lagi.

Berikutan keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama," katanya lagi.

8 March 2011

Pakatan hilang punca- Anwar hilang aura

Pas tidak boleh lagi mendabik dada, bahawa kononnya parti itu akan disokong oleh kaum melayu. Parti itu, tidak lagi boleh mengharap sokongan mutlak kaum cina melalui DAP. Anwar bukan lagi faktor membawa kemenangan pada parti itu.

Bermula di Galas, kemudian Tenang dan seterusnya Merlimau dan Kerdau, sokongan kaum melayu merosot sekali kepada Pas, sementara sokongan kaum cina mula menjauhi parti Nik Aziz itu.

Walaupun para pemimpin DAP bertubi-tubi berkempen, agar kaum cina memilih calon Pas, namun kempen mereka itu tidak mendorong kaum cina mengundi calon daripada parti "islam" itu.

Kempen Anwar tiada aura lagi, Anwar bukan faktor penentu kemenangan lagi, Anwar kini telah menjadi liabilti Pas, malah Pakatan.

7 March 2011

A Doctor In The house dan kisah Sex Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.

Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.

Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.

Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.

Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Malaya di zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor.

Saifudin Abdullah menghina blogger Pro Kerajaan

Blogger Papagomo, HousePK, GAP, Angin perubahan semuanya mengatakan bahawa Timbalan Menteri Pengajian tinggi itu mengelar bloggers pro UMNO tidak Intelektual!!!

Nampak nadanya anti benar pak timbalan menteri pada bloggers Pro kerajaan!!! Apa sebab yeah??? Mungkin blogger pro BN.. balun dan balun Anwar kot!!! sebab itu pak timbalan menteri dan ahli parlimen Temerloh-Pahang tak senang.

Mendung bagi BN sudah berlalu: Ibrahim Ali

Bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Ini adalah penilaian ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengenai keadaan politik semasa, dan ia diperkuatkan lagi dengan kemenangan berganda BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau and Kerdau semalam.

Mendung telah berlalu, begitulah katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, dengan merujuk kepada rangkaian kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sehingga kini.

Beliau percaya, satu sebabnya ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehilangan penampilannya di kalangan pengundi.

"Ia bukan lagi persoalan sama ada Anwar akan (menawan) Putrajaya atau tidak. Persoalannya ialah sama ada BN akan memperolehi semula majoriti dua pertiganya dan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan, malahan mungkin merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang" katanya.

Ibrahim berkata keadaan semakin bagus bagi BN, terutama jika ia boleh mengelak isu-isu yang boleh membakar hati rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barangan keperluan “walaupun ia satu fenomena global”.

“Saya percaya jika BN boleh menangani isu-isu ini dengan baik, ia boleh mendapatkan semula sokongan," katanya, sambil berkata, ia adalah penilaiannya dari kaca mata ahli parlimen Bebas.

Ibrahim antara antara mereka yang dibawa oleh BN untuk berkempen bagi gabungan itu semasa pilihan raya kecil Merlimau and Kerdau, yang menyaksikan kekalahan dua calon PAS yang bertanding di kedua-dua DUN tersebut.

Siapa Yuhaizad nak pantau Roslan?: penduduk kg sendiripun tolak

Jasin: Sebaik sahaja diumumkan tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, calon PAS, Yuhaizad Abdullah mahu memastikan bekas lawannya, Roslan Ahmad menunaikan segala janji sepanjang kempen sebelum ini.

"Saya akan pantau Roslan," katanya dalam reaksi segera kepada pemberita selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK DUN Merlimau di sini.

Yuhaizad tewas kepada Roslan selepas sekadar meraih 2,319 undi berbanding calon Barisan Nasioanal (BN) itu yang berjaya memperoleh sebanyak 5,962 dan berjaya meningkatkan majoriti kepada 3,643 undi.

Pada PRU 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.

Roslan dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Sidang DUN yang akan bermula esok.

Yuhaizad berkata, beliau menerima kekalahannya itu namun akan memastikan Roslan menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Malah beliau tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana masih memperoleh sebanyak 2,319 undi.

"Benar kita kalah tetapi masih banyak pengundi yang memihak kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kekalahan teruk beliau termasuk di kampung halamannya di Chin Chin, Yuhaizad yang tersentak dengan soalan tersebut berkata, beliau belum mendapat angka rasmi keputusan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, selepas ini beliau akan bersama-sama pimpinan PAS melakukan bedah siasat punca sebenar kekalahan mereka pada PRK kali ini.

Yuhaizad tewas di semua Peti Undi Chin Chin yang mengandungi empat saluran dengan hanya mendapat 434 undi berbanding Roslan sebanyak 1,135 undi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels