15 December 2011

Sodomi II: Hujahan Peguam Anwar keluar tajuk- babitkan pula bekas IGP sebagai biang kerok

Barisan Peguam Anwar selain mereka-reka cerita mengenai mangsa, juga mengaitkan bekas IGP Tan Sri Musa Hassan.

Menurut peguam Anwar, bekas IGP itulah penulis skrip, dakwaan Saiful terhadap Anwar.

Barisan peguam Anwar tidak menjawab bukti-bukti yang diberikan di mahkamah, melainkan cerita-cerita baru mengenai mangsa liwat-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Cerita-cerita baru tersebut, termasuklah-kononnya mangsa mencederakan duburnya sendiri dengan memasukkan plastik, supaya konsisten dengan perlakuan liwat.

Namun, pihak penguam Anwar tidak pula merungkai, bagaimana airmani Anwar berada dalam dubur Saiful.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari, 2012- keputusan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah akan diketahui, apakah Anwar sabit kesalahan ataupun tidak.

Anwar berhadapan dengan penjara 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah.

Wanita asal Sabah-Penny Wong rasmi jadi bapa

Penny Wong (kanan)
PENNY WONG wanita asal Sabah dan kini menjadi warganegara Australia dan berjawatan Menteri Kewangan, rasmi menjadi bapa kepada seorang bayi perempuan yang diberi nama Alexandra.

Pasangan Penny Sophie Allouache melahirkan anak seberat 7.1LB itu di sebuah Hospital di Adelaide.

Di Malaysia baru-baru ini, hubungan sejenis yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka, menjadi heboh, kerana golongan itu secara terbuka menganjurkan festival hubungan sejenis.

Di negara ini, hubungan sejenis adalah haram dari segi undang-undang mahupun agama.

14 December 2011

Impak Umno masuk Sabah

Sejak meredeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai link dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai link dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.

Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kayaraya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS.

Seingat penulis, sehingga tahun 1990, orang-orang politikpun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas Umno memerintah, ramailah para bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.

Keadaan ini adalah impak positif kemasukkan Umno ke Sabah, ertinya parti yang berasal daripada Semenanjung itu, telah membuka peluang ekonomi, keterbukaan dalam bersuara, tetapi yang paling penting, membuka peluang kepada anak watan Sabah untuk mendapatkan peluang yang telah lama dikecapi oleh rakyat di Semenanjung.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka mata ramai rakyat terutama generasi muda, di mana jika sebelumnya hanya berpeluang mencuba nasib mendapatkan peluang-peluang perniagaan di peringat negeri, namun kali ini telah mendapat kawasan yang luas, yakni seluruh Semenanjung daripada Perlis hinggalah Johor.

Dalam konsep perniagaan, perkara yang paling mustahak adalah memperluas jalinan (net working), jika sebelumnya penduduk Sabah yang terhad di Sabah sahaja, kini peluang terbuka luas, kerana atas dasar, keahlian atau orang Umno.

Kita jangan mempersempitkan minda kita, kita perlu membuka minda, dan juga perlu akui, bahawa kemasukkan Umno di Sabah, bukan menjajah, sebaliknya membuka padang yang luas kepada penduduk negeri ini.

Seingat penulis pada tahun 80-an, di Kota Belud, tiada orang yang kaya, kecuali yang mempunyai hubungan dengan orang-orang politik, apakah saudara pemimpin, anak pemimpin atau bapa saudara pemimpin.

Seingat penulis juga, pada masa itu jarang ada bumiputera yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana keterbatasan peluang, namun seorang anak muda yang berasal dari Kampung Taungusi, Haji Musbah Haji Jamli, mencuba nasib dalam dunia pernigaan dengan membuka kilang papan. Anak muda ini, terpaksa melupakan alam persekolahan, kerana faktor kemiskinan.

Nasib menyebelahinya, dunia perniagaan adalah peluang yang dicipta untuknya.

Pada tahun 1990, apabila Umno mula mengembangkan sayapnya ke Sabah, ekoran tikam belakang Parti PBS menjelang pembuangan undi pada PRU-1990, anak muda ini terbuka hatinya untuk menyertai Umno, dan menyediakan fasiliti-fasiliti kepada para pemimpin Umno, terutama daripada Pusat, termasuk Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir dan Timblannya Tun Abdul Ghafar Baba. Tidak ketinggalan juga, menteri kewangan masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Senario cerita di atas adalah hasil percakapan antara penulis dengan anak muda itu, di mana kini merupakan ADUN Tempasuk dan bergelar Datuk, ADUN dua penggal dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

ADUN Tempasuk ini, kini terkenal dengan perancangan Pembangunannya untuk daerah Kota Belud, terutama Projek Jelapang Padi, Agropolitan dan pelancaongan.

Projek-projek yang diilhamkan oleh Datuk ini, semata-mata untuk membasi kemiskinan. Inilah yang membezakannya dengan para pemimpin Kota Belud yang lainnya.

Jika sekiranya pada tahun 1994, perancangan untuk membantu rakyat terutama petani, mengistiharkan kawasan tertentu di Kota Belud sebagai kawasan perindutrian, membangun kawasan Pantai untuk pelancongan, membangun kawasan sungai juga untuk kawasan pelancongan, nampaknya, rakyat Kota Belud, mungkin sudah lama terkeluar daripada daerah miskin. Namun sayang, baru tahun 2008, pembangunan Kota Belud baru bermula, setelah sekian lama tidur nenyak dan terbuai dengan mimpi-mimpi.

Pada hakekatnya, kemasukkan Umno, bukan menajajah, sebaliknya membangun rakyat, seperti mana dirasakan sekarang. Fikir-fikirkanlah.

Projek Lembu: Suami Shahrizat akan bertindak? Tindakan apa?

APA kah suami Shahrizat Abdul Jalil- Dr Mohd Salleh Ismail akan bertindak pada laporan Ketua Audit Negara?

Projek Lembu/NFC menjadi isu, apabila Ketua Audit Negara mendedahkan, bahawa terdapat salah urus mengenai pinjaman RM250 juta yang diberikan kerajaan untuk tujuan menternak lembu pedaging di Gemas.

Sebahagian daripada wang pinjaman tersebut digunakan untuk membeli kondominum di One Menerung, Bangsar seharga RM13.9 juta pada tahun 2009, sebahagian lagi digunakan membeli kereta mewah, lot tanah di Putrajaya dan biaya percutian ke luar negara.

Shahrizat menjadi sasaran daripada kalangan pemimpin Umno dan BN serta Pakatan Rakyat, berhubung projek tersebut, atas sebab-projek NFC tersebut diurus oleh suami dan anak-anaknya.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, perlu berundur, kerana akibat kemelut tersebut Ketua Umno itu menjadi liabilti kepada parti.

Seharusnya, sejak awal-awal lagi Shahrizat perlu mengeluarkan kenyataan, bahawa sesiapa yang terlibat salahguna penggunaan pinjaman RM250 juta yang sepatutnya untuk tujuan peternakan lembu, dibawah ke muka pengadilan, walaupun melibatkan keluarganya sendiri.Namun, Senator itu, tidak melakukan demikian, malah membawa bersama Pergerakan Wanita Umno, kononnya serangan terhadapnya adalah serangan kepada pergerakan itu.

Kini, disebabkan isu NFC, maka Umno diserang habis-habisan, bukan sahaja oleh ahlinya sendiri, malah terlalu kuat daripada Pakatan Rakyat.

Isu NFC, bukan didedahkan oleh sesiapa, akan tetapi oleh Ketua Audit Negara-Tan Sri Ambarin Buang.

Pandangan pengundi cina

Seorang kawan berbangsa cina yang berasal daripada Kluang Johor, namun menetap di Sabah dan mengundi di kawasan Kota Kinabalu.

Menurut kawan itu, yang baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya selama tiga minggu, dan sempat jalan-jalan hingga ke Pahang, menyimpulkan, bahawa pada PRU-13, parti-parti kaum cina yang ada dalam BN akan lenyap dengan sendirinya, kerana gagal mendapat kerusi.

Bagi kerusi parlimen di Semenanjung, di mana 46 kerusi adalah majoriti kaum cina dan india, besar kemungkinan seluruh kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Manakala kerusi di mana kaum melayu majoriti, sebanyak 120 kawasan parlimen, 65 kerusi akan dimenangi UMNO/BN, manakala bakinya dimenangi Pakatan Rakyat.

Jika benarlah anggapan kawan itu, maka daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, 101 kerusi Parlimen akan dikuasai oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Namun, jumlah itu katanya tidak akan membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan, kerana masih kekurangan 11 kerusi. Atas sebab itu, kerusi Sabah dan Sarawak sangat penting, baik bagi Pakatan mahupun BN.

Berasaskan kepada PRN Sarawak April lalu, jika keputusan itu diambilkira, maka dengan mudah PR akan mendapat 11 kerusi Parlimen di Sarawak. Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen.

Bagi Sabah pula, Pakatan akan ada kemungkinan mendapatkan 4 kerusi Parlimen. Jika benarlah anggapan kawan cina itu, maka pada PRU-13 akan datang maka Putrajaya akan terlepas daripada genggaman DS Najib.

Akan tetapi, jika keputusan PRU-13 itu akan berlaku demikian, maka akan berlaku "kejutan" politik yang "sukar" dijangkakan.

Melayu katanya akan malu tidak berkuasa di tanah airnya, atas sebab itu, akan berlaku "perkahwinan" antara parti-parti melayu, dan membiarkan kaum bukan bumiputera menjadi pembangkang.

Akan berlaku kah anggapan ini?

12 December 2011

Projek Lembu: Suami Shahrizat perlu bertanggungjawab

ISU Projek Lembu kini berkembang, selain melibatkan Shahrizat Abdul Jalil isteri kepada Dr Mohd Salleh Ismail, CEO NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan, juga pihak pembangkang mengheret Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani dimana dana tersebut disalurkan.

Dr Mohd Salleh, sebagai penerima pinjaman tersebut perlu bertanggungjawab, untuk menjawab semua isu yang timbul, agar supaya Kerajaan tidak dilibatkan.

Salahguna pengunaan pinjaman tersebut seperti membeli kondomimum, kereta mewah, lot tanah, percutian yang tiada kaitan dengan peternakan lembu, perlu dijawab oleh CEO NFC.

Jangan membiarkan orang lain menjadi "punching bag" demi menyelamatkan diri sendiri.

Shahrizat seharusnya dari awal-awal lagi membuat pendirian, bahawa sesiapa yang terlibat menyalahgunakan kuasa atas pinjaman tersebut, perlu diheret ke muka pengadilan, walaupun ianya membabitkan keluarganya sendiri. Namun, Ketua Wanita Umno itu, tidak membuat pendirian itu.

Projek Lembu: Shahrizat terus membisu

Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara.

Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya.

Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa dirinya terbabit dengan syarikat yang dikendalikan oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan menegaskan bahawa beliau tidak kena mengena dengan projek itu.

Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau TIDAK TERLIBAT SECARA LANGSUNG dalam skandal berkenaan.

3 December 2011

Salleh Said Jek Najib- ada makna tu

Menurut para pemerhati daripada Sabah, seharusnya ucapan Perwakilan Sabah yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak, mengutarakan kemajuan-kemajuan yang di bawah Umno selama menjadi tunggak kerajaan BN di Sabah.

Selain itu, pencapaian kerajaan Sabah sejak Umno bertapak di Sabah perlu diutarakan, agar supaya rakyat yang memilih pembangkang akan terbuka mata, bahawa Bn yang ditunjangi Umno akan terus membawa kemajuan kepada rakyat.

Namun, Salleh tidak menggunakan peluang itu, sebaliknya 90 peratus ucapannya berisi puji-pujian kepada Najib sehingga meyakitkan telinga.

Ramai pemerhati daripada Kota Belud sendiri, berkata bahawa puji-pujian kepada Najib itu ada hubungan dengan kesilapan Salleh pada pemilihan Umno tahun 1993, di mana pada mulanya, ahli akar umbi Bahagian Kota Belud sudahpun memutuskan bahawa pencalonan jawatan Naib Presiden Umno diberikan kepada Najib, namun di saat-saat akhir pencalonan itu dibatalkan.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud pada masa itu, adalah Salleh sendiri.

Di kala Umno, berdepan dengan "ibu" kepada Pilihanraya, sanjungan kepada pemimpin tertentu, perlu dielakkan, sebaiknya sanjungan kepada keupayaan Parti secara keseluruhan perlu ditonjolkan.

Bagi OKB, ucapan Salleh semasa persidangan Umno kali ini, ada motif tertentu, untuk keuntungan peribadinya, semoga Najib tidak mabuk dengan puji-pujian itu.

28 November 2011

Bajet 2012 Sabah 2.5 kali ganda lebih besar berbanding Bajet Selangor

Bajet 2012 Sabah yang dibentang oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri pada 18 November lalu, yang berjumlah RM4.048 bilion, selain merupakan bajet tertinggi yang pernah dibentangkan di negeri di bawah bayu itu, juga 2.5 kali ganda lebih besar berbanding bajet Negeri Selangor.

Selangor adalah negeri terkaya di Negara ini, atas sebab negeri tersebut berada dalam kawasan Lembah Kelang yang telah lama membangun. Manakala Sabah, adalah negeri yang dikategorikan negeri terbelakang atau miskin, berasaskan jumlah penduduknya yang masih ramai berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Masalah taburan penduduk dan infrastrutur merupakan masalah utama, penyebab kepada kadar kemiskinan negeri Sabah.

Kerajaan negeri di bawa pimpinan Ketua menteri Datuk Musa Aman, sejak tahun 2003 telah berusaha sedaya upaya membangun negeri, walaupun pada zaman kegemilangan kayu balak, negeri itu dianggap sebagai sebuah negeri terkaya kerana hasil kayu kayannya.

Disebabkan tersalah urus pada masa kegemilangan kayu balak, maka Sabah bukan sahaja terbelakang daripada segi pembangunan, malah tersenarai sebagai negeri miskin.

Disebabkan Sabah masih kekurangan daripada segi pembangunan infrastruktur, maka negeri itu memerlukan bajet yang besar demi menyediakan infra yang diperlukan oleh rakyat. Melalui ketersedian infra itu, diharapkan aliran pembangunan ekonomi dapat berjalan lancar, kerana akan mudah berlakunya perpindahan barangan daripada pusat sumber kepada tempat di mana barangan tersebut diperlukan.

Selain daripada itu, melalui infra seperti perhubungan yang baik akan menyumbang kepada penjimatan kos dan masa.

Berasaskan kepada luasnya Sabah, maka adalah diperkirakan, bajet yang besar akan terus diperlukan, setidak-tidaknya sehingga tahun 2015.

Dakwaan Pembangkang bahawa Bajet Sabah yang besar, kononnya untuk memancing undi pada PRU-13 akan datang adalah tidak berasas, kerana seperti mana disebutkan di atas, Sabah akan terus memerlukan bajet yang besar untuk membangunan dalam rangka melepaskan negeri itu daripada senerai negeri miskin di negara ini.

Keupayaan Pentadbiran negeri di bawah Datuk Seri Musa Aman adalah satu pencapaian yang luar biasa, memandangkan kekayaan semulajadi Sabah telahpun punah, namun, keupayaan Musa mendapat pendapatan untuk negeri adalah diluar jangkaan para pengeritik.

Sabah kini mempunyai simpanan di atas RM3 biliion, dan salah satu negeri yang diberi sanjungan oleh Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan.

26 November 2011

Kenapa Umno Kota Belud hilang gahnya?

TAHUN-Tahun kegemilangan Umno Kota Belud seperti tahun 2004 hingga PRU-12 lalu, cukup terkenang. Pada masa itu, sebarang majlis Umno pasti mendapat sambutan luarbiasa daripada segenap lapisan masyarakat.

Pada musim-musim itu, apabila ada sahaja pertandingan baik pemilihan kepimpinan Bahagian atau pemilihan G7, beratus calon menawarkan diri untuk bertanding. Yang jelas, masa itu Umno sangat terasa keberadaannya.

Mesyuarat Agong Bahagian misalnya, dilaksanakan secara hebat, sehingga pucuk pimpinan negeri mahupun pusat sangat teringin hadir untuk merasmikannya.

Namun selepas sahaja berlaku pergantian pimpinan bahagian, Umno Kota Belud terlihat sangat lesu, malah anjuran-anjurannya tidak mendapat sambutan.

Keberadaan Umno, baru timbul semula, apabila penganjuran "rumah terbuka" Umno sempena, Hariraya lalu, digabungkan antara para ADUN dan MP Kota Belud, dan pengajuran itu, diamanahkan kepada ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.

Sempena rumah terbuka itu, baru terasa keberadaan Umno semula, di mana suasana itu telah hilang sejak awal tahun 2008.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa sokongan kepada sesebuah parti, apabila semua lapisan rakyat merasakan bahawa sesebuah parti itu senantiasa terasa keberadaan di kalangan rakyat. Rakyat akan merasa "hilang" sesuatu, jika tidak melihat keberadaan sesebuah parti itu, atas dasar itulah, parti yang dekat dengan rakyat itu akan mendapat sokongan yang hebat di kala pilihanraya.

Jangan lupa, bahawa setiap parti ada dua kategori penyokong, penyokong kekal dan penyokong yang perlu dirai.

Apabila, keberadaan sesebuah parti itu senantiasa dekat dengan rakyat, maka sungguh mudah mengekalkan penyokong kekal, malah mampu merai sokongan daripada penyokong yang perlu dirai. Namun, apabila keberadaan parti itu jauh daripada rakyat, maka ada kemungkinan penyokong kekalpun akan hilang, apatah lagi merai penyokong yang perlu dirai.

Umno Kota Belud merasakan keadaan di mana penyokong kekal, bukan sahaja tidak lagi menyokong, malah telah berlaku keluar daripada parti.

Kalau bukan ada komponen parti, maka penyokong BN itu akan terlepas kepada parti pembangkang. Keadaan ini berlaku, atas sebab kepimpinan Umno bahagian tidak lagi mengamalkan, bahawa sokongan rakyat terhadap parti berasaskan kepada usaha secara terus menerus kepimpinan parti, dan semua lapisan rakyat terasa keberadaannya.

Pemimpin sesebuah parti, tidak harus puas dengan jawatan yang diperolehi melalui parti, sebaliknya jawatan yang diperolehi itu, perlu digunakan mengembeling sokongan terhadap parti.

Akan tetapi hakekatnya, para pemimpin Umno Kota Belud, telah lupa bahawa jawatan yang diperolehi kerana parti itu, membuat mereka terbuai dan terpesona, sehingga lupa, bahawa penyokong kekalpun terpaksa meninggalkan parti buat selama-lamanya.

Satu kemuskilan daripada OKB, apakah semuanya ini adalah sandiwara untuk melemah kekuatan parti? atau ada udang dibalik mee goreng?

25 November 2011

Musa Aman tidak bakal lupa pemimpin yang cuba menghalangnya jadi Ketua Menteri

SEBELUM Datuk Musa Aman dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003, ada kumpulan pemimpin yang kasak kusuk menghalang perlantikan Ketua Menteri terlama itu.

Malah masa itu, beberapa orang Ketua Bahagian Umno menandatangan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menghalang perlantikan Musa.

Para pemimpin kanan itu pada mulanya mengatur rancangan bersendirian sambil mengumpul sokongan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kemudian, mereka bergabung dan berjanji antara mereka, siapapun dilantik antara mereka perlu disokong, dengan syarat jangan Musa dilantik bagi menggantikan Chong Kah kiat.

Namun, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir mengambil keputusan yang memeranjatkan kumpulan itu, dan seterusnya melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Rekod menunjukkan sejak Musa menerajui kerajaan negeri, akaun Sabah senantiasa surplus, walaupun membentang bajet pada awalnya deficit, tetapinya akhirnya mengalami surplus dipenutup tahun.

Musa juga berjaya mempertahankan kecemerlangan dalam dua pilihanraya, tahun 2004 dan 2008, sehingga Sabah dianggap sebagai Fixed Deposit BN pada sebarang Pilihanraya.

Pada Persidangan Dewan undangan Negeri yang bermula pada 18 November dan berakhir semalam, boleh dikatakan semua ADUN penyokong Kerajaan menyokong secara padu kepimpinan Musa.

Tiada ucapanpun yang mengandung kritikan, melainkan semua menyanjung, kecuali barisan ADUN Pembangkang.

Nampaknya semua ADUN mahu menarik perhatian Pengerusi BN itu agar mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang.

Namun sokongan padu itu belum cukup, kerana bagi Musa hanya para ADUN yang dekat dihati rakyat sahaja dan bebas skandal akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

OKB teringat lagi, pada PRU-12, apabila Musa bertindak berani dengan mengguguran beberapa pemimpin kanan dalam pilihanraya itu, OKB tidak akan terperanjat, jika pada PRU-13 akan datang, akan ramai pemimpin kanan akan diketepikan, bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik.

Dalam DUN Sabah sekarang, ramai pemimpin yang berpenggal-penggal menjadi Yang Berhormat, malah ada yang menjadi anggota kabinet, namun kawasan-kawasan yang diwakili mereka, tidaklah membangun sepertimana yang diharapkan.

OKB menganggarkan bahawa pada PRU-13 akan datang, Musa akan menampilkan individu yang mempunyai visi dan perancangan demi mendukung visi Musa-HALATUJU SABAH.

Para pemimpin yang berpaksi kepada politiking akan menerima nasib tidak akan ditampilkan, kerana peristiwa tahun 2003, perlu dielakkan.

23 November 2011

Projek Agropolitan terbukti dapat membasmi kemiskinan: Musbah

SATU kejayaan Agropolitian terbukti di kawasan Kanibongan, apabila sebelum projek Agropolitian yang bertemakan penanaman getah, rakyat di kawasan tersebut hanya berpendapatan antara RM800-RM1,000 sebulan. Namun selepas penaman semula getah dengan klon getah bermutu tinggi, kini pendapatan pekebun telah bertambah antara RM3,000-RM5,000 sebulan.

Projek Agropolitan telah mengakibatkan pertambahan pendapatan pekebun antara 275- 400 peratus, demikian menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Musbah.

Musbah memberitahu persidangan DUN Sabah semalam, semasa menjawab ADUN Luyang Melanie Chia, daripada SAPP.

ADUN Tempasuk itu juga memberitahu DUN, bahawa seluar 3,600 hektar tanah telahpun ditanam dengan klon getah bermutu tinggi di kawasan tersebut.

Projek Agropolitian diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels