26 April 2018

PERKARA MENARIK DALAM MANIFESTO BN SABAH

PERKARA menarik dalam Manifesto Bn Sabah yang bertemakan TanahAirKu Maju aka SABAH MAJU yang menyenaraikan 20 komitmen yang bakal dilaksanakan dalam penggal pemerintahan antaranya komitmen penyediaan peluang-peluang pekerjaan, menambah penerima biasiswa dan dermasiswa, merapatkan jurang pembangunan antara bandar & luar bandar dan membina rumah mampu milik.

Komitmen-komitmen yang disebutkan lebih mengarah kepada generasi penerus sebagai sandaran kepada golongan itu untuk memajukan Sabah sesuai dengan Transformasi Nasional-TN50.

Memang diakui manifesto Bn Sabah bagi berdepan PRU-14 memang dirangka sedemikian rupa sebagai kelanjutan kepada Halatuju Pembanguan & Kemajuan Sabah. 

Penyediaan peluang-peluang pekerajaan adalah untuk mereka yang berumur di atas 20 tahun, kerana mereka ini merupakan sebahagian daripada rakyat negeri lepasan sekolah atau kolej yang mula terjun ke alam pekerjaan.

Kerajaan juga bijak mengembangkan modal insan dengan menambah jumlah biasiswa & dermasiswa bagi berdepan dengan indutsri 4.0.

Kerajaan juga bijak untuk membendung penghijaraan daripada luar bandar ke bandar dengan meraptkan jurang pembangunan. Pendekatan ini, membawa erti, pembangunan selama sepenggal akan lebih banyak tertumpu di kawasan luar bandar.

Untuk menggalakan atau menjamin setiap rakyat atau keluarga mempunyai rumah kediaman sendiri, pembinaan rumah mampu milik yang diberi subsidi kerajaan, merupakan langkah baik, dan sudah tentunya berimpak kepada kesejahteraan rakyat.

Akujanji Bn Sabah ini, bukan berisfat gula-gula, akan tetapi memang perkara-perkara-perkara yang disenaraikan merupakan faktor-faktor yang mendorong Sabah Maju, sesuai dengan tema manifesto.

25 April 2018

PRU-14: PARLIMEN SEPANGGAR- BETUL KAH RAHMAN THE WINING CANDIDATE?

MEMANG pada PRU-13, Parlimen Sepanggar menempati urutan ke-14 daripada 25 kawasan Parlimen Sabah, apabila calon Bn mendapat 53% daripada seluruh pengundi berbanding Parlimen Kota Belud 50%. diurutan ke-16.

Pada PRU-13, Sepanggar diwakili pemimpin akar umbi kawasan itu- Datuk Jumaat Idris. Jumaat tidak dicalonkan semula kerana digantung keahlian.

Walaupun Datuk Rahman Dahlan mantan MP Kota Belud belum diumumkan sebagai calon, namun boleh dipastikan bahawa Bn akan menamakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai calon, memandangkan Parlimen Kota Belud, ditandingi Ketua Bahagian Umno kawasan itu, yang juga Menteri Komunikasi & Multimedia Persekutuan- Datuk Salleh Tun Said.

Memang di atas kertas, sesuai dengan jumlah penyokong Bn di kawasan itu, Bn tidak akan berdepan masalah, namun pergolakan dalaman di kalangan pemimpin akar umbi Umno, boleh menjejaskan sokongan terhadap calon Bn.

Di peringkat akar umbi, khususnya penyokong & ahli Umno, mereka tidak menentang Bn, akan tetapi mereka kemungkinan melakukan "protes undi" dengan memberi undi kepada parti lawan.

Di khabarkan pendekatan Rahman sejak beliau diwar-warkan akan bertanding di kawasan itu, lebih bersifat Top-Down, sehinggakan ramai yang merasa terkilan, kerana seolah-olah berlaku "pemaksaan". Perkara serupa berlaku semasa beliau bertanding sebagai calon terjun di Parlimen Kota Belud pada tahun 2008.

Dalam pilihanraya, yang utama, semua pihak, termasuk pemimpin akar umbi, peringkat cawangan diperlukan untuk kemenangan, bukannya pendekatan "Top-Down".

Dikhabarkan belumpun diumumkan sebagai calon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengulangi cara beliau semasa MP Kota Belud, iaitu bertindak sebagai pemimpin elit, dan tidak "mesra" dengan rakyat biasa.

Memang benar, Sepanggar adalah kawasan bandar, akan tetapi pengundi tidak semestinya bersifat bandar. Boleh dikatakan 50% penduduk masih mengamalkan sifat tradisi, iaitu "human contact" lebih berbekas.

Kemenangan Jumaat dengan 44% majoriti berbanding semasa Sepanggar ditandingi SAPP pada tahun 2008, kerana mantan MP itu masih mengamalkan "human contact" dengan pengundi.

Di dada media, diwar-warkan, Rahman bukan sahaja "winnable candidate" akan tetapi "Winning Candidate" merupakan tindakan "Top-Down" yang mendahului keputusan pengundi. Gambaran seumpama itu, menunjukkan, bahawa tiada calon paling layak di kawasan itu, melainkan Rahman. Tindakan seumpama itu, boleh membawa padah, ibarat mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Lawan utama Bn bagi kawasan itu adalah calon Parti Warisan Sabah, dan dikhabarkan Ketua Wira parti itu- Dato Aziz Jamman.

Jika pertembungan berlaku, maka kedua-dua calon itu belum pernah bertapak di kawasan itu. Dengan demikian, maka pengundi akan tertakluk kepada parti yang bertanding. Jika demikian, maka Bn mempunyai kelebihan berbanding parti Warisan, kerana daripada segi rekod dan pencapaian. Mungkin atas sebab itu, Rahman dinamakan sebagai THE WINING CANDIDATE.

PRU-14 Sabah: APA KAH TSUNAMI KDM SUDAH BERLALU?

Gambar Hiasan
Pada PRU-13 lalu, kawasan-kawasan KDM telah berlaku sedikit tsunami, sehinggakan beberapa calon Bn kalah, termasuk kawasan-kawasan tradisi, manakala yang menang, hanya kerana pertembungan berbagai penjuru, dan pada masa yang sama kehilangan undi popular.

Pada PRU-13, sebenarnya di pihak KDM tiada pemimpin yang menonjol dalam parti pembangkang masa itu. Pemimpin seperti Darell Leiking, adalah pemimpin muda dan baru yang hanya dikenali di kawasan Penampang. Pun demikian, telah berlaku tsunami kecil, meskipun para pemimpin hebat kaum itu berkumpul semuanya dalam Bn yang diketuai Hoguan Siau kaum itu- Tan Sri Pairin Kitingan.

Pada PRU-14 ini apa kah tsunami KDM masih berlaku atau sudah berlalu? memandangkan status quo masih sama.

Berasaskan pengamatan di lapangan, keadaan pada PRU-13 dan PRU-14 bagi kawasan KDM adalah serupa, meskipun para pemimpin BN daripada KDM cuba menimbulkan persepsi bahawa kaum mereka telah beralih menyokong Bn.

Di pihak bumiputera islam pula, semacam berlaku goncangan kerana kehadiran parti Warisan Sabah, selain protes dalaman yang dikaitan dengan bakal-bakal calon.

Memang diakui, daripada 20 kawasan Dun KDM, hanya 3 kawasan selamat bagi Bn, iaitu Labuk, Kuamut dan Tandek, manakala 15 dalam kedudukkan 50:50 dan dua dalam kedudukan kelabu/hitam.

Jika berlaku berbagai penjuru, jika calon Bn mendapat undi antara 45-48 % daripada pengundi, maka kawasan 50:50 akan dimenangi Bn.

PRU-14, akan menentukan apa kah tsunami KDM sudah berlalu terhadap Bn.

24 April 2018

PRU-14: KEPADA PEMIMPIN BN TERIMALAH HAKIKAT TIDAK SEMUA PEMIMPIN JADI CALON

MERIT penentuan seseorang dicalonkan, sudah tentunya menggunakan berbagai kaedah, cara dan pendekatan, antara lain pucuk pimpinan mengambil kira bahawa pemimpin parti tidak semestinya pilihan rakyat.

Apabila seseorang dinamakan sebagai calon, bererti calon itu adalah sebahagian daripada calon-calon terbaik, namun apa yang mustahak hakikat perlu diterima oleh semua pihak, hanya seorang sahaja boleh menjadi calon.

Manakala ada sebahagian negeri telah mengumumkan calon masing-masing, ada pemimpin yang "mempunyai nama dan status" tidak tersenarai sebagai calon dikhabarkan emosi dan tidak menerima hakikat, malah pusat-pusat perkhidmatan beliau ditutup serta mereta, menunjukkan bahawa pemimpin itu sebenarnya bukan pemimpin untuk rakyat atau parti, akan tetapi mempergunakan parti dan rakyat untuk menjadi pemimpin.

Menjelang PRU-14 ini, rakyat atau pengundi, perlu mengambil kira, mana-mana pemimpin yang bertanding bukan kerana nawaitu membela rakyat, perlulah ditolak.

22 April 2018

Tun Mustapha Ajar Saya Tidak Khianati Rakan : Musa

Terlihat sungguh bagaimana ajaran politik Bapa Kemerdekaan Sabah- Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun dalam perjuangan politik Tan Sri Musa Aman, iaitu penekanan kepada kesetiaan, dan jangan sesekali menikam atau kawan dalam politik.

Dengan ajaran itu, rakan dalam politik bukan sahaja kawan seperjuangan akan tetapi merupakan keluarga. Kerana prinsip itu, Musa dalam memandu kerjaya politik beliau sentiasa setia kepada kepada rakan dan perjuangan.

Tergambar sungguh, sejak berkecimpung dalam dunia politik, dan setersusnya dilantik ke jawatan Ketua Menteri, Musa sentiasa berdiri teguh pada ajaran Tun Mustapha.

Bagi rakyat Sabah, adalah satu kemestian kepada kita semua untuk menyokong pemimpin yang mempunyai tahap kesetiaan, kerana melaluinya, maka menggambarkan bahawa amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan digalas dengan semaksima mungkin, demi rakyat dan negeri.

Menjelang PRU-14, yang mana Musa untuk kali ke-4 mengetuai Barisan Nasional untuk meminta mandat sekali lagi daripada rakyat untuk memerintah negeri bagi meneruskan agenda pembangunan Sabah dan pada masa yang sama untuk kemajuan rakyat, rakyat Sabah perlu menyokong tidak berbelah bahagi parti Barisan Nasional.

Rakyat Sabah telah maklum, bahawa seorang rakan dalam parti Umno telah berpaling tadah dan seterusnya mahu menumbangkan kerajaan yang diterajui Umno, sedangkan beliau mendapat nama, status dan peluang kerana Umno.

Pemimpin yang bertindak sebagai petualang itu, bukan sahaja memalit imej buruk atau mencoreng warna hitam kepada parti, kerana semasa beliau diberi tanggungjawab, beliau mengkhianti tanggangjawab itu, sehingga rakyat yang sepatutnya merasai pembelaan Kerajaan parti Barisan Nasional, tidak merasainya, atas sebab pemimpin itu khianat kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Kepada pengundi Sabah, jangan sama sekali, terperdaya dengan putar belit pemimpin yang khianat itu, kerana sekali khianat akan terus khianat.

20 April 2018

PRU-14 SABAH: KAWASAN-KAWASAN PANAS BAGI BN

Jika berpandukan kepada keputusan PRU-13 lalu, kawasan-kawasan panas bagi Bn, adalah kawasan-kawasan di mana pengundi Bn secara keseluruhan di bawah 50 peratus.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dun Luyang (16.04%), Likas (18.08%), Kapayan (26.08%), Inanam (28.51%), Sri Tanjong (30.32%), Kedamaian (36.70%), Bingkor (37.91%), Moyog (38.98%), Kiulu (40.32%), Kundasang (40.85%), Matunggong (41.68%), Api-Api (41.81%), Tamparuli (44.91%), Liawan (46.78%), Klias (47.04%), Melalap (47.26%), Paginatan (47.73%), Tambunan (47.81%), Elopura (48.51%) dan Nabawan (48.65%).

Demikian juga, jika trend pengundian pada PRU-14 menyerupai trend pengundian pada PRU-13, maka kawasan selamat bagi Bn berjumlah 40 kerusi Dun, kerana semua kawasan-kawasan Bn mempunyai pengundi di atas 50% daripada jumlah pengundi.

Walaupun Dun Kiulu, Kundasang, Liawan, Melalap, Paginatan, Tambunan, Elopura dan Nabawan jumlah pengundi Bn di bawah 50%, namun kerana pertembungan berbagai penjuru, keputusan berpihak kepada Bn pada PRU lalu.

Masa lima tahun, telah dipergunakan pemimpin Bn untuk memperbaiki semua kelemahan di kawasan-kawasan di mana Bn dianggap lemah seperti mana keputusan PRU-13. Namun senario baru politik khususnya kehadiran parti Warisan Sabah (PWS) setidak-tidaknya telah mengubah kecenderungan pengundian.

Memang di atas kertas, pengundi PAKATAN RAKYAT(PKR-DAP-PAS) semasa PRU-13 berpindah kepada PWS-PH pada PRU-14, akan tetapi undi PAS akan ikut kepada parti itu. Pas bukan lagi sebahagian daripada pakatan baru-Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU-14 ini, jika kawasan-kawasan seperti Sulabayan (69.54%), Senallang (73.36%), Bogaya (55.50%), Kunak (70.22%), Tungku (69.42%), Lahad Datu (67.49%) (nota: angka dalam kurung peratusan perolehan undi) kemungkinan tidak mencapai kedudukan itu, sebagai impak kepada kehadiran PWS.

Meskipun, keadaan senario politik Sabah berubah, namun Bn setidak-tidak akan mendapat kerusi antara 46-54 di peringat Dun, manakala Parlimen antara 22-23.

Tidak dinafikan, kolaborasi antara PWS dan PH akan mendapat undi, akan tetapi hanya parti DAP dapat menterjemahkan undi kepada kerusi. Juga tidak dinafikan, kerana trend pengundian di kawasan seperti Moyog, Inanam atau Sulabayan, maka PKR dan PWS akan mendapat kerusi.

19 April 2018

PRU-14 SABAH: PELUANG BN

JIKA parti Warisan Sabah dan PH menghormati kolaborasi anatara mereka, maka dengan jelas, PWS menggambarkan parti itu sebagai parti Umno dalam parti Barisan Nasional, kerana bertanding sepenuhnya di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno. Menerusi kolaborasi itu, maka pemimpin kaum cina PWS tiada tempat untuk bertanding.

Melihat kepada kombinasi antara PWS dan PH, yang membezakan antara PRU-13 dan PRU-14, kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan Pas semasa dalam Pakatan Rakyat diambil alih oleh PWS.

Melihat kepada keadaan terbaru, ianya membawa ertinya, pengundi yang mengundi PKR & Pas pada PRU-13 akan mengundi PWS. Oleh kerana DAP akan bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi pada PRU-13, maka pengundi akan mengundi parti itu pada PRU-13 kemungkinan juga mengundi parti itu.

Jika trend pengundian akan sama dengan PRU-13, walaupun adanya pertambahan undi, namun diperkirakan seramai 862,000 pengundi akan menunaikan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, 499,600 akan mengundi Bn, manakala PWS & PH sejumlah 268,000 dan bakinya parti-parti lain.

499,600 undi akan diterjemahkan kepada 46-54 kerusi Dun dan 22-23 kerusi Parlimen.

Memang PWS & PH begitu gahirah sekali, namun kegahirahan parti-parti itu hanya syiok sendiri.

Pada malam 9 Mei, rakyat Sabah akan menyaksikan sekali lagi, bahawa Bn akan diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan sepenggal lagi.

PRU-14 SABAH: KAWASAN PILIHAN PARTI WARISAN SABAH

Parti Warisan Sabah akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 kawasan Dun. 

Kawasan Parlimen adalah- Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Kimanis, Sipitang, Keningau, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.

Manakala Dun adalah- Banggi, Tanjong Kapor, Pitas, Tandek, Usukan, Sulaman, Kiulu, Karambunai, Tanjong Aru, Petagas, Kawang, Pantai Manis, Bongawan, Membakut, Klias, Lumadan, Sindumin, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Sugut, Labuk, Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Kuamut dan Sukau.

Berasaskan keputusan PRU-13, semua kawasan itu dimenangi Bn kecuali Parlimen Penampang dan Dun Klias.

Bagi berdepan dengan PRU-14, Bn membawa bersamanya (bagi parlimen) majoriti Kudat (12,376), Kota Marudu (842), Kota Belud (5,095), Sepanggar (9,442), Papar (10,535), Kimanis (5,723), Sipitang (9,469), Keningau (3,918), Beluran (9,988), Libaran (11,586), Batu Sapi (3,798), Kinabatangan (9,731), Silam (13,387), Semporna (20,905), dan Kalabakan (14,221).

Bagi Dun pula Bn membawa bersamanya majoriti Banggi (3,299), Tanjong Kapor (1,985), Pitas (3,833), Tandek (5,265), Usukan (6,812), Sulaman (10,441), Kiulu (44), Karambunai (8,532), Tanjong Aru (3,690), Petagas (5,653), Kawang (8,900), Pantai Manis (4,409), Bongawan (3,392), Membakut (3,510), Lumadan (3,862), Sindumin (4,323), Kundasang (1,975), Paginatan (979), Tambunan ( 2,079), liawan (1,752), Melalap (2,599), Kemabong (3,032), Sook (4,395), Nabawan (342), Sugut (2,820), Labuk (4,526), Gum-Gum (2,357), Sungai Sibuga (11,569), Sekong (3,530), Kuamut (4,618) dan Sukau (4,419).

Melihat kepada keputusan PRU-13 dan majoriti yang diperolehi calon-calon Bn, adalah tidak mudah bagi parti lawan memterbalikkan keputusan itu, atas sebab tiada tanda-tanda bahawa para pengundi di kawasan itu berpaling tadah.

Keadaan tahun 1975 dan 1985 yang cuba ditiru parti Warisan Sabah, sangat berbeza keadaannya, kerana parti Bn dan para pemimpinnya, berbeza dengan keadaan masa itu. Parti bn dan para pemimpinnya bukan sahaja mesra rakyat, akan tetapi turun padang merupakan akitiviti yang dipilih untuk mendekati rakyat.

Keadaan masa lalu tidak sama dengan masa kini. Rakyat masa kini, boleh berhubung terus dengan wakil rakyat mereka setiap masa, jika ada masalah-masalah di kawasan mereka.

Parti Warisan Sabah dengan tag yang ada pada Presiden mereka, rakyat tidak akan dapat dipengaruhi, meskipun tidak dinafikan bahawa parti itu akan mendapat undi, akan tetapi tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi.

PRU 14 SABAH: KAWASAN PILIHAN DAP

Parti DAP akan bertanding 3 Parlimen dan 7 Dun pada PRU-14. Manakala PKR 6 Parlimen dan 9 Dun. Oleh kerana gabungan Pakatan Harapan itu berkolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka parti Warisan akan bertanding 16 kawasan parlimen dan 44 Dun. 

Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi PWS baik parlimen mahupun Dun, membolehkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal itu mengetuai kolaborasi dua parti itu.

Dalam artikel blog ini sebelum artikel ini, penulis telah menganalisa serba sedikit berkaitan peluang PKR dalam PRU-14. Melihat kepada kawasan-kawasan yang ditandingi parti yang berlambang mata itu, nampaknya hanya DUN Moyog ada peluang untuk dimenangi.

Pada artikel ini akan dilihat kawasan-kawasan yang menjadi pilihan atau ditandingi DAP.

Bagi kawasan Parlimen, Dap akan mempertahankan Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu, manakala akan mencuba nasib di Parlimen Tenom.

Berasaskan keputusan PRU-13 Parlimen Sandakan dimenangi DAP dengan majoriti 1,088 mengalahkan calon Bn- Presiden LDP. Manakala parlimen Kota Kinabalu dimenangi DAP dengan majoriti 18,959 undi. Parlimen Tenom pula dimenangi calon Bn dengan majoriti 3,886.

Daripada tiga kawasan parlimen itu, hanya parlimen Kota Kinabalu, DAP mempunyai kelebihan atau peluang, manakala Sandakan dalam keadaan 50:50, sementara Tenom tetap akan menjadi wilayah Bn. 

Apa yang perlu diambil kira bagi parlimen Sandakan, pengundi kawasan itu jarang menyokong calon yang sama untuk penggal kedua. Jika kebiasaan itu menjadi panduan, maka peluang Bn merampas kawasan itu cukup cerah.

Bagi kawasan Dun pula, DAP akan bertanding di Dun Kapayan, Luyang, Bingkor, Sri Tanjung, Likas, Elopura, dan Tanjong Papat.

Pada PRU-13 Dun Kapayan dimenangi DAP dengan majoriti 7,287, Luyang (majoriti 6,876), Sri Tanjung (majoriti 5,927), Likas (majoriti 5,652). Sementara Bingkor dimenangi STAR, Elopura Bn demikian juga Tanjong Papat dimenangi Bn.

Melihat kepada senario politik semasa, meskipun dapat mengelak pertembungan dengan PWS, kerana dua parti itu berkolaborasi, nampaknya hanya Sri Tanjong, Kapayan dan Luyang bakal dimenangi, manakala kawasan Dun lain kemenangan akan berpihak kepada Bn.

PRU-14 Sabah: Kawasan Pilihan PKR

PARTI PKR Sabah bertanding 6 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun. Kerusi-kerusi parlimen adalah Putatan, Tuaran, Beaufort, Ranau, Pensiangan dan Tawau. Manakala DUN- Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kuala Penyu, Matunggong, Kedamaian, Tempasuk dan Karanan.

Jika berasaskan keputusan PRU-13, hanya Api-Api, Moyog, Inanam, Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu.

Pada PRU-13, Putatan dimenangi Bn dengan majoriti 9,507, Tuaran majoriti 5,190, Beaufort majoriti 673, Ranau majoriti 3,611, Pensiangan 1,744 dan Tawau majoriti 4,979.

Manakala di Tempasuk dan Karanan serta Kuala Penyu masing-masing Bn menang dengan majoriti 5,210 dan 3,500 serta 2,273.

Bagi kerusi Api-Api meskipun dimenangi PKR, dengan majoriti 795 akan tetapi kemenangan bukan dengan undi popular, demikian juga di Tamparuli, Inanam,  Matunggong dan Kedamaian.

Senario politik pada PRU-14 sangat berbeza berbanding PRU-13. Tamparuli, Matunggong dan Kedamaian dimenangi parti itu bukan kerana faktor parti akan tetapi calon. Hanya di DUN Moyog sahaja berasaskan parti.

Manakala undi "calon" PKR di Parlimen Beaufort dan Pensiangan begitu tinggi, bukan kerana parti akan tetapi faktor calon.

Melihat kepada kerusi-kerusi yang ditandingi PKR, nampak gayanya, parti itu hanya akan menang antara satu-dua kerusi, iaitu DUN Api-Api dan Moyog. Berasaskan senario semasa, Dun Api-Api berada dalam kedudukan 55:45 berpihak kepada Bn. jika demikian, maka Dun Moyog merupakan taruhan parti itu pada PRU-14.

PARLIMEN KIMANIS TARGET WARISAN?

JIKA menjadi kenyataan, pertembungan antara mantan pemimpin veteran Umno- Datuk Karim Bujang dengan calon Bn-Datuk Anifah Aman, akan menjadi pertembungan terpanas pada PRU-14 Sabah.

Mengapa terpanas? maklumat daripada bawah atau akar umbi, calon parti Warisan Sabah akan mempergunakan perkauman untuk menumbangkan calon Bn.

Parti Warisan Sabah tiada alternatif, untuk mendapatkan undi, kerana parti itu tidak mempunyai rekod pencapaian, apa tah lagi rekod pembangunan.

Jika Karim Bujang bercakap berkaitan pembangunan, ianya kerana beliau merupakan sebahagian daripada kerajaan parti Barisan Nasional. Tiada individu atas kapasiti persendirian mempunyai kemampuan membawa kemajuan dan pembangunan.

Apa kah sandaran mempergunakan perkauman boleh mengatasi sentimen kemajuan dan pembangunan?

Jika calon parti Warisan Sabah mempergunakan perkauman, ianya cara politik undur ke belakang, bukannya politik matang.

Memang dalam politik, apa sahaja cara digunakan termasuk kaedah menghalalkan cara, semata-mata untuk menang.

Pada PRU-13, calon Bn diperingkat parlimen mendapat undi 13, 754 berbanding calon PKR 8,031. Calon Bn menang dengan majoriti 5,723. Sememangnya Parlimen Kimanis adalah wilayah Bn.

Kini terdedah, bahawa pengumuman bersara oleh mantan DUN Bongawan itu tidak ikhlas, malah menyimpan dendam. Apabila pendendam berkumpul, ianya pasti bukan untuk rakyat, akan tetapi untuk peribadi.

18 April 2018

LANGKAWI PENUTUP LEGASI TUN DR MAHATHIR

TIDAK dinafikan, mitos sumpahan Mashuri telah ditamatkan semasa era Tun Dr Mahathir. Mitos itu berjaya ditamatkan kerana polisi kerajaan masa itu, menjadikan pulau itu sebagai pulau peranginan.

Selama 22 tahun, semacam satu paksaan, khususnya para pegawai kerajaan daripada Sarawak dan Sabah, kelayakan percutian setiap dua tahun bagi kaki tangan yang layak, menyeraikan Langkawi sebagai destinasi.

Demikian juga penumpuhan pembangunan pulau itu untuk dijadikan sebagai pusat peranginan antarabangasa, dengan berbagai program anjuran kerajaan, antara lain pameran udara antarabangsa, Le Tour De Langkawi dan sebagainya.

Memajukan pulau itu, kononnya untuk manamatkan mitos sumpah mashuri dapat dijayakan menerusi kerajaan Barisan Nasional, bukan atas nama individu. Tiada individu yang boleh menjayakan sesuatu parancangan, melainkan atas sokongan semua pihak.

Jika Tun Dr Mahathir menganggap dengan bertanding di Langkawi supaya pengundi pulau itu mengingati beliau sebagai individu dan mengenepikan sumbangan kerajaan parti Barisan Nasional, menggambarkan bahawa pengundi pulau itu tidak menerima hakikat sebenarnya.

Pengundi Langkawi diyakni tidak akan mengundi atas sumbangan individu akan tetapi berasaskan sumbangan kerajaan, kerana tanpa kerajaan yang membantu seseorang individu pembangunan dan kemajuan sesebuah kawasan seperti Langkawi tidak akan tercapai.

Tiada rekod di negara ini bahawa seseorang memajukan kawasan yang bukan milik peribadinya. Apa yang adalah, seseorang itu hanya mempercantik rumah dan halaman rumahnya termasuk pagar-pagar yang mengelilingi rumah itu.

Jika pengundi Pulau Langkawi menerima hakikat, bahawa kemajuan pulau itu kerana kerajaan Barisan Nasional, bererti, pengundi pulau akan terus menyokong calon parti Barisan Nasional pada PRU-14.

Sebenarnya Parlimen Langkawi adalah wilayah Bn. Pada PRU-13 lalu, calon Bn menang dengan majoriti besar.

Tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir merupakan rakyat Kedah, dan beliau tahu keinginan rakyat negeri itu. Namun beliau juga berdepan dengan calon daripada negeri yang sama yang juga tahu selera rakyat negeri itu.

Atas sebab latar belakang yang sama, dan mengambil kira, kerajaan dan parti yang memajukan pulau itu, maka calon Bn mempunyai kelebihan sebelumpun hari mengundi. Jika pengundi pulau itu bersandar kepada parti dan kerajaan yang memajukan pulau itu, nampak gayanya, kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai calon menentang Bn merupakan penamat kepada legasi beliau.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels