25 April 2018

PRU-14: PARLIMEN SEPANGGAR- BETUL KAH RAHMAN THE WINING CANDIDATE?

MEMANG pada PRU-13, Parlimen Sepanggar menempati urutan ke-14 daripada 25 kawasan Parlimen Sabah, apabila calon Bn mendapat 53% daripada seluruh pengundi berbanding Parlimen Kota Belud 50%. diurutan ke-16.

Pada PRU-13, Sepanggar diwakili pemimpin akar umbi kawasan itu- Datuk Jumaat Idris. Jumaat tidak dicalonkan semula kerana digantung keahlian.

Walaupun Datuk Rahman Dahlan mantan MP Kota Belud belum diumumkan sebagai calon, namun boleh dipastikan bahawa Bn akan menamakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai calon, memandangkan Parlimen Kota Belud, ditandingi Ketua Bahagian Umno kawasan itu, yang juga Menteri Komunikasi & Multimedia Persekutuan- Datuk Salleh Tun Said.

Memang di atas kertas, sesuai dengan jumlah penyokong Bn di kawasan itu, Bn tidak akan berdepan masalah, namun pergolakan dalaman di kalangan pemimpin akar umbi Umno, boleh menjejaskan sokongan terhadap calon Bn.

Di peringkat akar umbi, khususnya penyokong & ahli Umno, mereka tidak menentang Bn, akan tetapi mereka kemungkinan melakukan "protes undi" dengan memberi undi kepada parti lawan.

Di khabarkan pendekatan Rahman sejak beliau diwar-warkan akan bertanding di kawasan itu, lebih bersifat Top-Down, sehinggakan ramai yang merasa terkilan, kerana seolah-olah berlaku "pemaksaan". Perkara serupa berlaku semasa beliau bertanding sebagai calon terjun di Parlimen Kota Belud pada tahun 2008.

Dalam pilihanraya, yang utama, semua pihak, termasuk pemimpin akar umbi, peringkat cawangan diperlukan untuk kemenangan, bukannya pendekatan "Top-Down".

Dikhabarkan belumpun diumumkan sebagai calon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengulangi cara beliau semasa MP Kota Belud, iaitu bertindak sebagai pemimpin elit, dan tidak "mesra" dengan rakyat biasa.

Memang benar, Sepanggar adalah kawasan bandar, akan tetapi pengundi tidak semestinya bersifat bandar. Boleh dikatakan 50% penduduk masih mengamalkan sifat tradisi, iaitu "human contact" lebih berbekas.

Kemenangan Jumaat dengan 44% majoriti berbanding semasa Sepanggar ditandingi SAPP pada tahun 2008, kerana mantan MP itu masih mengamalkan "human contact" dengan pengundi.

Di dada media, diwar-warkan, Rahman bukan sahaja "winnable candidate" akan tetapi "Winning Candidate" merupakan tindakan "Top-Down" yang mendahului keputusan pengundi. Gambaran seumpama itu, menunjukkan, bahawa tiada calon paling layak di kawasan itu, melainkan Rahman. Tindakan seumpama itu, boleh membawa padah, ibarat mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Lawan utama Bn bagi kawasan itu adalah calon Parti Warisan Sabah, dan dikhabarkan Ketua Wira parti itu- Dato Aziz Jamman.

Jika pertembungan berlaku, maka kedua-dua calon itu belum pernah bertapak di kawasan itu. Dengan demikian, maka pengundi akan tertakluk kepada parti yang bertanding. Jika demikian, maka Bn mempunyai kelebihan berbanding parti Warisan, kerana daripada segi rekod dan pencapaian. Mungkin atas sebab itu, Rahman dinamakan sebagai THE WINING CANDIDATE.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels