3 February 2010

Skuad P169 bantu penduduk Kota Belud


KOTA BELUD 2 Feb. - Penduduk di daerah ini khususnya di kawasan pedalaman dinasihatkan supaya tidak terkejut dengan kehadiran pegawai yang memperkenalkan diri mereka sebagai Skuad P169.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, skuad berkenaan ditubuhkan bagi membantu dan menyebarkan maklumat mengenai peluang yang disediakan kerajaan kepada penduduk kampung.

''Penyebaran maklumat ke peringkat akar umbi masih menjadi masalah utama kita di sini. Oleh itu kita perlu mengatasinya dengan menghantar pegawai-pegawai kita menyebarkan maklumat berguna ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada sesi taklimat kepada sukarelawan Skuad P169 di Rumah Rehat Kota Belud di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, selain menyampaikan maklumat, pasukan itu juga akan membantu penduduk kampung mengisi borang program bantuan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

''Kita akui masih ramai yang gagal mengisi borang dengan betul dan ini juga menjadi antara punca menyebabkan bantuan ditolak atau lambat diluluskan," ujarnya.

Beliau menambah, tugas tersebut bukan mudah dan memerlukan belia-belia yang mempunyai komitmen tinggi untuk menjayakannya.

Katanya, sehingga kini, sambutan daripada belia di daerah ini amat menggalakkan dan berharap lebih ramai akan tampil membantu menjayakan misi Skuad P169.

Ditanya kaedah operasi pasukan berkenaan, Abdul Rahman memberitahu, pasukan tersebut akan dipecahkan dalam kumpulan kecil sebelum ditugaskan ke kampung-kampung tertentu.

''Kita berharap penduduk kampung akan memberikan kerjasama kepada pasukan berkenaan," katanya.

3 comments:

watasikadi said...

Salam dato',
satu inisiatif sangat baik dari dato'. namun seharusnya pelaksanaan lebih praktikal diperlukan dari skuad ini.selain itu mungkin ini lambang keikhlasan pejabat parlimen KB namun tetap saya anggap skuad kempen politik..apapun satu usaha yang baik demi rakyat KB..

orang KB said...

watasikadi...saudara tetap saya anggap tiada kesedaran...sebab membuat kenyataan yang melulu...

SoRobogh said...

Salam okb...
Watasikadi....cukup cukuplah bercerita tentang politik...skuad kempen politik...anak muda sudah muak dengar semua tu..anak muda kota belud ini cukup senang dengan DARD yang cukup sporting dengan kehendak mereka..kita namapak pemimpin yang bekerja..bukan hanya tau main politik sahaja siang dan malam..please laaaa

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels