9 February 2010

Kemenangan Zambry Atas Nizar dan Impilkasi Politiknya

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 feb Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).

Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:

“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”

Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-

1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;

2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;

3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;

4. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels