13 February 2010

Saiful Hanya Mau Keadilan: Austarlia Jangan Ikut Campur: Ibrahim Ali

Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michael Danby dari Parti Buruh yang juga Pengerusi Hal Ehwal Luar Australia menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia semalam disifatkan sebagai tindakan untuk cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan itu adalah tidak sopan dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik negara di mata dunia.

"Saya mengecam tindakan 50 Ahli Parlimen tersebut yang cuba mencampuri urusan negara ini.

"Setiap negara ada undang-undang dan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan setiap rakyat berhak mendapat keadilan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 50 penggubal undang-undang Australia yang menggesa kerajaan Malaysia supaya menggugurkan kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta perbicaraan kes tersebut kepada mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan kerana kes berkenaan didkwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan Anwar.

"Dia adalah seorang rakyat yang mahu keadilan untuk dirinya," tegasnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels