11 February 2010

Halik Zaman Mahu Musa Aman Diaudit

KITA difahamkan Sabah mempunyai peruntukan kewangan yang besar, kira-kira berjumlah RM6 billion untuk pembangunan sektor pertanian dan kita rakyat Sabah amat berbesar hati, ingin tahu daripada Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri, memaklumkan kepada rakyat Sabah di mana dan bagaimana peruntukan untuk pembangunan pertanian itu dibelanjakan?

Kita tidak menuduh Musa Aman menyalahgunakan dana kewangan RM6 billion yang diperuntukkan untuk sector pertanian itu, tetapi tidak salahkan kiranya rakyat mahu tahu ke mana perginya wang tersebut digunakan?

Sebagai seorang pemimpin yang telus dan ikhlas kepada rakyat dan sekiranya tiada penyelewengan ke atas peruntukan tersebut, Musa Aman dengan senang hati boleh memberikan penerangan akan susur-galur perjalanan peruntukan tersebut?

Di sinilah rakyat akan menilai ketelusan pentadbiran pemimpin-pemimpin UMNO Sabah kerana apa yang mereka harus lakukan kepada setiap peruntukan peruntukan Kerajaan, seharusnya dipergunakan setiap sen untuk saluran kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu atau disalurkan ke saluran lain?

Kita juga mengharapkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan mengauditkan setiap sen wang rakyat yang telah diperuntukan kepada Sabah segera diaudit; jika terdapat sebarang perbelanjaan songsang. Kita berharap tindakan segera akan diambil dan mengheret mana-mana individu yang terlibat ke muka pengadillan. Itupun seandainya sistem audit negara ini tidak ‘memberatkan; mana – mana pihak yang ‘berkepentingan’.

Rakyat mahu mendengar ada ‘tindakan’ bukan cover-up seperti Dato’ Najib menjelaskan ‘cerita cover-up’ kehilangan enjin jet tentera, di mana dianggap oleh Najib sebagai ‘bukan aset Negara’ kerana enjin jet tersebut disifatkan oleh Najib sebagai ‘barang lama’.

Kalau Najib menganggap enjin jet yang dicuri itu sebagai ‘barang lama’ bukan aset Negara, ini bererti Perdana Menteri Malaysia itu ‘menggalakkan’ lain-lain ‘barang lama’ juga tidak salah kalau dicuri kerana ia bukan aset Negara? (Sila rujuk TV3 Sabtu lalu dan akhbar Utusan Malaysia hari Ahad lalu).

Kalau begitu, tidak salahlah andai ada lagi ‘anggota tentera’ yang curi ‘barang lama’ di simpanan stor tentera kerana mengambil ‘precedent’ atas kes terdahulu? Makanya, akan berlaku banyak lagi ‘barang-barang lama yang berharga’ akan hilang dari simpanan di stor tentera!

Berbalik kepada peruntukan pertanian RM6 billion untuk Sabah, kita ambil kenyataan dalam TV3 Sabtu lalu yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa ‘dalam UMNO’ tidak ada seorangpun yang kebal dari undang undang.

Kita mahu beliau mengotakan kata-katanya seandainya ada terdapat ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahi undang-undang. Atau mungkinkah ada lagi ’sistem kambing hitam’ yang bakal dikorbankan demi untuk menyelamatkan ’seseorang’?

Sehubungan itu, kita minta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditannya kepada Kerajaan Sabah tentang perbelanjaan projek-projek sama ada menerusi tender terbuka atau tender runding harga yang bertentangan dengan Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan.

Kalau tender rundingharga berlaku di Sabah, Musa Aman juga perlu disiasat oleh Ketua Audit Negara dan keputusan siasatan Jabatan Audit Negara hendaklah dijadikan ‘blue print’ sebagai pengetahuan rakyat Sabah.

Kita bukan tidak percaya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat, tapi rakyat sudah kurang yakin dengan kewibawaan SPRM yang kurang betul berfungsi kerana Musa Aman dianggap sebagai terlalu kebal dan kalis tindakan SPRM di Sabah.

Kita tidak menuduh, tapi tidak salah kalau kita ingin tahu ketelusan Kerajaan UMNO/BN di Sabah. Kita minta UMNO dan BN buktikan sesungguhnya mereka ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada ‘udang di sebalik batu’.

Kita minta UMNO dan BN dengan segera ‘meluruskan’ jalan mereka atau jika tidak mereka bakal kehilangan segala kuasa dan kedudukan mereka di PRU13 yang akan datang. Insya Allah.

3 comments:

rojokobog said...

Salam 1 KB,
Org yang menyuruh mengaudit Ketua Menteri Sabah ialah Halik Zaman, agak pelik juga..waktu BERJAYA memerintah halik Zaman ini lah manusia yg paling Jahanam, semua manusia tahu perangai dia, pantang lihat dahi wanita licin, apa lagi kalau soal wang, dll peruntukkan...ini angan-angan pula nak menyuruh mengaudit CM, cermin lah dulu muka tu alik baru cakap mengenai org lain...lu fikir lah sendiri...bagus lagi Datuk Hj Ismail Gimbad menyuruh audit CM masuk akal lagi.

Sniper said...

kalau dengar cerita orang dulu, halik zaman ni pernah diistiharkan muflis dan bankrup, saya pernah berkursus di tempat dia (tahun 2002) di Petagas dan dengar macam2 cerita pasal dia..dan tempat kami berkursus tu adalah tempat memelihara kuda lumba satu ketika dahulu....tapi ditutup..disebabkan gaji pekerja tidak dibayar sehingga pekerja(penjaga kuda) memberontak sehingga membakar kandang kuda tersebut...

Sniper said...

orang cakap dia kuat makan duit kerajaan dulu..betul ka tu?...dan menjadikan PKR sebagai platform untuk memulakan perancangan untuk mengumpul kekayaan yg pernah dimiliki beliau satu masa dahulu di masa pemerintahan BERJAYA...jadi dia masuk PKR untuk kumpul kekayaan lah tu???

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels