Kerajaan sentiasa bersifat terbuka terhadap sebarang kritikan, tidak kira ia datang daripada pihak pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri, demi kepentingan rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata bagaimanapun setiap kritikan akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.
"Kerajaan pusat sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap apa juga perkara termasuk isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan.
"Sikap keterbukaan itu juga boleh diaplikasi bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian jambatan baru dan majlis penyampaian sumbangan orang miskin di Kampung Sungai Korok, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.
Mukhriz berkata beliau percaya tindakan Anggota Parlimen Gua Musang itu dilakukan atas dasar perjuangan dan tidak berniat membelakangkan parti.
"Tapi apapun saya tidak tahu keputusan Ahli Majlis Tertinggi dalam hal ini," katanya.

1 comment:
Salam 1 KB,
Kritikan kepada pemimpin pun penting juga tapi mesti membina dan berlandaskan keterbukaan yang memberi kepentingan kpd rakyat yang diwakilinya...sumpah seranah kpd pemimpin akan memburokkan situasi.
Post a Comment