1 June 2012

Pilih Kerajaan jangan guna CUBA TRY TEST

Lebih 50 tahun BN teruji memerintah negara. Telah ada 10 RMK, di mana setiap RMK memerlukan 5 tahun.

Pembangunan perlu dirancang. Perancangan berasaskan kebolehan negara samada sumber alamnya, faktor perniagaan dan modal insan.

Tiada jalan mudah menuju kejayaan. Atas sebab itu, kerajaan mempergunakan semua kepakaran yang ada, mengadunnya, untuk membangun negara.

Pembangunan, bukan sahaja secara fizikal, akan tetapi juga pembangunan modal insan, melalui pemanfataan sumber alam yang terhad.

Selain itu, pembangunan negara juga sangat terkait dengan perkembangan dunia, samada negara-negara jiran mahu negara-negara rakan dagang.

Berasaskan kepada kemampun negara daripada semua aspek, maka pada tahun 2012, negara memperuntukan bajet RM233 bilion untuk membangun negara. Walaupun bajet itu merupakan bajet defisit, namun ianya managable.

Bagi Sabah pula, bajet tahun 2012 melebihi RM4.03 bilion. Namun berasaskan keperluan pembangunan, maka kerajaan negeri tidak teragak-agak menambah peruntukan itu. Peruntukan tambahan bukan masalah bagi kerajaan negeri, kerana jumlah rejab kewangan negeri yang baik dan positif.

Melihat kepada kemampuan kerajaan yang dikuasai BN, track rekod yang ada, sebenarnya kerajaan telah mengatur pemerintahan dengan begitu baik sekali. Atas sebab itu, percubaan pembangkang untuk menabur berbagai janji retorik, gimik dan harapan, adalah sungguh bahaya kepada negara. Sebabnya? mereka hanya berpaksi kepada CUBA TRY TEST.

Pengalaman rakyat Terengganu pada tahun 1999, perlu diambil iktibar oleh rakyat semenanjung, manakala Sabah, perlu melihat period 1985-1994; di mana kadar pembangunan negeri berada pada tahap negatif.

Kini, pengalaman penduduk Selangor, selama 4 tahun di bawah Pakatan Rakyat, janji yang tertunai adalah pemberian 20 meter padu air bersih; sedangkan janji-janji lain; semuanya NOL besar.

Manakala di Pulau Pinang pula, telah berlaku peminggiran kaum melayu dalam semua aspek; situasi sama berlaku di Sabah pada period 1985-1994, di mana berlaku peminggiran bumiputera islam.

Atas sebab itu, pemilihan kerajaan melalui CUBA TRY TEST akan memudaratkan negara mahupun negeri.

Benarlah KATA-KATA MANTAN NAIB PENGERUSI DAP YANG TELAH KELUAR DARIPADA PARTI ITU- TUNKU ABDUL AZIZ... BAHAWA RAKYAT AKAN RUGI JIKA TERMAKAN JANJI-JANJI PEMBANGKANG YANG BERSLOGANKAN CUBA TRY TEST.

11 comments:

mantera said...

pembangkang mmg suka berjanji, janji mereka terlalu tinggi, kita jgnlah mudah terpedaya dgn janji2 mereka. jgn silap buat pilihan.

Scarlett said...

Memang tidak patut menganggap memilih kerajaan seperti kaedah cuba try test.

Scarlett said...

Kerajaan sendiri perlukan masa yang lama untuk merancang dan melaksanakan. Pembangkang memanglah senang saja mahu mengkritik sebab mereka bukan kerajaan.

Green Sabah said...

PAS government in Kelantan also failed to fulfill the 22 point agreement that they made towards the people and the people complained that the PAS government does not protect the native land rights.

Green Sabah said...

The opposition claimed that states under their leadership are more developed and better off. But this is not always the case. The voters especially those still on the fence should make their own analysis before casting their votes in the coming GE.

Ryanna Ryn said...

Jangan berlaku penyesalan jika guna kaedah cuba try test. mengundi untuk parti yang memerintah negara bukan perkara main2.

Ryanna Ryn said...

Rakyat gunalah hak yang ada sebaiknya untuk memilih kerajaan yang layak memerintah pada PRU nanti. buat penilaian dengan bijak.

Sanih Alias said...

Mahu try pembangkang nanti try punya try jadi kita Negara paling mundur. Rasanya bukti kerajaan yang ada sekarang ini sudah mencukupi.

Kris Jr said...

Undi parti yang mempunyai rekod dalam pemerintahan.

Jeff Ambuyat said...

kemajuan Selangor dan pulau pinang pun hasil dari kerajaan BN juga.. kalau mahu lihat kemampuan Pakatan, nilai sendiri la keadaan Kelantan.. selepas lebih 20 tahun memerintah negeri itu, dia minta lagi 15 tahun untuk selesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu..

Jeff Ambuyat said...

jika pemimpin2 Pakatan cekap dan bersih, kenapa tidak mampu tunaikan semua janji2 PRU12?? dan kenapa masih berlaku skandal pasir, dan penyelewengan tender rm600 juta di kedah??

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels