8 June 2012

USBO pada saya


Disebabkan anggapan, maka USBO dikatakan pertubuhan milik orang politik, namun pada hakekatnya tidaklah demikian.

Memang benar, USBO diterajui oleh orang politik, akan tetapi USBO adalah NGO yang hanya mesra parti politik.

Keahlian/keanggotaan USBO meliputi berbagai lapisan masyarakat, daripada nelayan, petani, pekebun, pegawai kerajaan, pegawai swasta, orang korporat dan juga orang politik daripada rumpun yang dinaungi pertubuhan itu.

USBO, ikut rasmi padi, bukan ikut rasmi jagung. Disebabkan kurang lantang, maka ada sesetengah pihak  berkata, USBO tidakpun memperjuangkan rumpun, dan terus membandingkan dengan NGO etnik yang lama wujud yang mampu merealisasikan impiannya yang telah tersemat berdekad lamanya.

Kritikan tersebut, bertujuan agar USBO melatah, namun semuanya itu meleset, kerana USBO bukanlah ditubuhkan bermaksud demikian.
 
USBO ditubuhkan berasaskan kepada kebudayaan dan dalam jangka panjang,pertubuhan itu mengharapkan agar budaya rumpun itu terasimilasi dalam budaya nasional. Selain itu, USBO juga mempunyai visi, agar supaya etnik yang dinaunginya menjadi sebahagian daripada kelompok suku besar di negara ini khasnya, dan manalah tahu suatu hari nanti berasimilasi dengan suku terbesar di rantau ini.
 
Melalui visi ini, maka etnik-etnik dalam rumpun boleh diterima secara nasional, dan tidak mustahil salah seorang individu daripada rumpun ini akan menjadi ketua negara aka Perdana Menteri.
 
Proses ke arah itu, memerlukan masa, memerlukan kesabaran, memerlukan perjuangan yang telus dan ikhlas. Semuanya tercermin didada para pemimpin USBO, atas sebab itu, USBO tidak berfikir panjang lagi, apabila gabungan parti terbesar di negara ini, yakni Barisan Nasional membuka keahlian terus, maka USBO menyahutnya tanpa berlengah.
 
Adalah kebanggaan para ahli USBO, kerana merupakan salah satu anggota gabungan parti-parti yang memerintah negara ini sejak merdeka.
 
Disebabkan USBO merupakan sebuah organisasi yang mempunyai susunan kepimpinan, maka tidak hairan ada pemimpin daripada pertubuhan itu dilantik ke jawatan-jawatan politik; namun bukanlah penyebab sepenuhnya, kerana pemimpin tertentu itu juga merupakan pemimpin parti terbesar dalam negara ini, yakni Umno.
 
Tidak diketahui asas mana yang digunapakai oleh pucuk pimpinan untuk melantik para pemimpin USBO ke jawatan-jawatan penting baik di peringkat negeri mahupun nasional, apakah disebabkan jawatan dalam parti? ataukah jawatan dalam USBO atauah kedua-duanya sekali.
 
Menuduh USBO dipolitikan oleh pemimpin tertentu untuk mendapat jawatan, menuduh USBO sebagai asas "perintah dan pecah" hanya anggapan dangkal, yang tidak berpijak di bumi nyata.
 
USBO sesuai dengan penubuhannya adalah mengayumi semua etnik yang dinaunginya agar supaya boleh berbicara sama hak dan kuasa dengan kelompok etnik lain yang lebih besar; namun kelebihan USBO adalah matalamat jangka panjangnya, memilih untuk menjadi  salah satu komponen bangsa besar. 

USBO ditubuhkan bukan untuk tujuan jangka pendek, misalnya meminta penubuhan yang bercorak akademik yang berasaskan kaum; sebaliknya USBO mahu menubuhkan satu institusi pendidikan yang ditadbir urus oleh pertubuhan itu sepenuhnya, sepertimana institusi pendidikan di negara ini  yang telah diluluskan untuk kaum cina dan india; dimana pelajarnya terbuka kepada semua kaum , malah pelajar manca negara.

USBO tidak terkilan dengan penubuhan kolej KDM sepertimana disanjung oleh penulis blog tidak dikenal siapa pemiliknya , kerana USBO merasakan status pendidikan di negara ini sudahpun diambilkira/diurus dengan baiknya oleh kementerian pelajaran, yang lebih berkempuan dan berpengalaman.

Pendidikan di negara ini bukan lagi isu, apa kurangnya mutu pendidikan Negara? Sebenarnya soal pendidikan bukan lagi persoalan kepada rumpun, malah kepada setiap warga dalam negera ini, kerana pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat, tidak mengira agama mahupun latarbelakang.

Malah peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja termasuk rumpun. Setiap individu rumpun adalah bebas untuk mengkaji, menulis, menerbitkan apa sahaja mengenai suku dalam USBO; malah boleh dijadikan kajian dan menjadi bahan untuk penulisan tesis; tiadapun sesiapa yang melarang.

Di Universiti manapun di Negara ini, baik IPTA atau IPTS, sesiapapun bebas mengkaji sosiologi atau artopolgi sukuan, termasuklah sukuan dalam rumpun.

Sebenarnya, bangunan secara fizikal tidak membawa apa-apa makna, jika pengendalinya; atau, mereka yang mencoraknya belum dilengkapi dengan kualiti yang diperlukan. Dalam bahasa computer, what you see what you get, atau dalam bahasa penganalisis data, apabila data yang diproses adalah data tiada kuailti, maka hasilnya tiada kualti. Sebagai contoh, walaupun Universiti Malaya lahir sebelumpun Negara merdeka, malah universiti itu dianggap universiti berprestej dalam Negara, malah kini pun menduduki ranking pertama dalam Negara, namun di peringkat dunia, belumpun masuk top 100. Mengapa? Selama lebih 100 tahun, kewujudan UM, tetapi belumpun menduduki top 100 di dunia? Sebabnya, kolej/akademi/universiti akan mendapat pengiktirafan, jika para pelajarnya, kakitangannya, para pensyarahnya mampu melakukan R&D yang berterusan dan dapat mezahirkan sesuatu untuk kepentingan masyarakat sejagad. Sebab itulah Universiti Harvard atau Oxford diiktiraf di dunia sebagai institusi pengajian tinggi yang hebat, kerana sumbangan universiti itu kepada manusia sejagad.

Maaf untuk mengatakan, apa yang boleh diharap pada sebuah kolej yang berasaskan kaum? kepada masyarakat sejagad? 
 
Sebagai individu yang tergolong dalam rumpun, saya berbangga, jika pada suatu hari, ramai para pengkaji daripada sukuan yang terhimpun dalam rumpun mampu menghasilkan kajian-kajian yang hebat, kerana mampu memasuki universiti berprestej seperti Universiti Malaya dalam Negara atau Harvard atau Oxford kerana peluang itu boleh merantis peluang mengwujudkan satu penemuan yang boleh digunapakai sekurang-kurangnya oleh rakyat negara ini.
 
Adalah tugas setiap indivdu dalam USBO untuk merealisasikan impian itu, bukan hanya meletakannya kepada pimpinan USBO; kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

9 comments:

Green Sabah said...

A KDM college will be set up soon in the Tambunan district, this college serves to imrpove the Kadazandusun Murut education. Hopefully one day USBO will be able to set up a college for the Bajau community as well.

Green Sabah said...

Hopefully the local educators will continue to do R&D to improve the education system so that they can help the local college and universities to go further.

mantera said...

USBO perlu terus berjuang dalam menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakt bajau.

Anonymous said...

NGO bukan sekadar mesra pada politik sebab sekarang USBO sudah jadi sebahagian daripada BN malah NGO pertama yang memohon menjadi ahli adalah USBO.

Unknown said...

USBO kena lebih lantang dan tegas.

Unknown said...

Fokus kepada matlamat sebenar dan kecapinya dengan kaedah yang betul.

Hamdan Hadillah said...

Apa pun USBO dapat menyuarakan dan membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Kris Jr said...

semua kaum pun mahu maju, tapi bagus juga kalau ada pertubuhan yang memperjuangkannya.

Mumbai said...

saya rasa USBO perlu ada media sendiri untuk merakamkan apa saja aktiviti pertubuhan itu.. dengan adanya pendedahan2 berkenaan dengan aktiviti USBO, saya yakin rakyat di negeri ini akan dapat melihat sendiri bahawa USBO benar2 sebuah pertubuhan NGO, bukannya politik..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels