25 June 2012

Semakin lama PRU-13- "angkang' kita.. kata seorang pemimpin

Angkang kita Bro.. kalau PRU-13 lama lagi!!!! demikian komen seorang wakil rakyat yang sempat ditemui Suara Rakyat baru-baru ini.

Desas desus PRU-13, dibicarakan sejak tahun lepas selepas sahaja PRN Sarawak. Pemerhati politik membuat andaian ketika itu, jika BN menang besar, maka PRU-13 akan berlangsung pada 11 November, 2011, angka 11 adalah kegemaran Najib.

Namun spekulasi itu hanya berlalu dan berlarutan hingga kini. Tiada siapa yang mengetahui kapan dewan rakyat dibubarkan, kecualilah DS Najib sendiri.

Baru-baru ini para pemimpin Pakatan Rakyat kecoh dan heboh, kononnya Najib akan mengadakan pilihanraya pada musim haji, selepas bajet dibentangkan pada 28 September.Namun, sangkaan pembangkang itu, tidak akan tepat, kerana, penyokong atau pemimpin BN juga terlibat sama musim haji.

Berasaskan pada senario semasa, dengan mengambil kira pembentangan bajet, dan BR1M gelombang ke-II, besar kemungkinan PRU-13 akan mengambil tempat seperti PRU-12, yakni bulan Mac, 2013, kerana 8 dan 9 Mac,2013 jatuh pada hari sabtu dan ahad.

Meskipun ada kepercayaan angka 13 adalah angka sial, namun bagi penganut agama islam, tiada angka yang dianggap seperti itu.

Jika PRU-13 diadakan tahun depan, maka spekulasi pembangkang, bahawa Najib akan membubar dewan rakyat semasa musim haji akan melesit.

Menunggu PRU-13 bagi setengah pihak sungguh meletihkan dan memenatkan. Keadaan ini, bukan sahaja dialami pihak wakil-wakil rakyat BN, juga wakil-wakil rakyat pembangkang. Memperlambat PRU-13, boleh mengakibatkan ada pemimpin daripada kedua pihak kehabisan peluru terlebih dahulu, sebelum masuk bertempur.

Berasaskan keadaan itu, maka ada yang beranggapan, PRU-13 diadakan lagi cepat lagi bagus. Ada pemimpin BN menjangkakan Julai atau bulan ogos semasa bulan puasa, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet.

Pada PRU-12, BN tewas empat negeri – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor – serta gagal menawan Kelantan. Namun BN berjaya menawan kembali Perak pada Februari 2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan memberikan majoriti kepada BN.

Di Melaka semalam, Najib membayangkan, bahawa BN akan menang besar, sekaligus mampu merampas semua negeri yang ditawan pembangkang tahun 2008, termasuklah Wilayah Persekutuan. Sebaliknya, untuk menang di Kelantan, Presiden Umno itu belum membayangkan kemungkinan itu, keupayaan BN di negeri siti wan kembang itu, mungkin seperti tahun 2004, di mana BN hanya kurang 2 kerusi DUN.

Pada PRU-13, sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini, peningkatan berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi muda.

7 comments:

mantera said...

mcm2 dah ramalan mengenai PRU, tapi semua tak mengena.

mantera said...

tk kira bila PRU, persediaan rapi kena ada.

Anonymous said...

Selesaikan isu RCI dan senarai daftar nama pengundi dahulu baru adakan PRU13

Unknown said...

Tidak sabar mahu tunggu PRU13 ni.

TuhauBam said...

Datuk Musa Aman telah menekankan kepentingan untuk semua ahli UmnoBN memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk PRU13 yang akan datang.

TuhauBam said...

Datuk Musa Aman yakin bahawa BN Sabah mampu memenangi semua kerusi di negeri ini dalam pilihan raya akan datang.

Mumbai said...

dulu masa ada ura2 pilihanraya mahu diawalkan, pemimpin2 Pakatan cakap mahu buat pilihanraya berasingan dengan kerajaan pusat.. na, sekarang tidak ada lagi chance mau buat pilihanraya berasingan.. suka atau tidak, terpaksa buat secara serentak..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels