3 June 2012

Permintaan Tambahan Peruntukan boleh diluluskan: Musa

Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk meluluskan permohonan peruntukan tambahan untuk kebaikan rakyat, khususnya dalam usaha meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian peruntukan kewangan tambahan bertepatan dengan keadaan dan kehendak semasa, terutama ketika kewangan negeri semakin kukuh.

“Dengan adanya perpaduan (rakyat), kita semua dapat mengukuhkan kewangan kita. Kita juga dapat membuktikan kemampuan kita mengurus kewangan kita dengan cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Penutupan Pesta Kamatan Peringkat Negeri di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, minggu lalu.

Musa berkata perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam menarik lebih ramai pelancong dan pelabur datang ke Sabah.

Jelasnya, perpaduan yang kukuh memberi keyakinan kepada masyarakat luar terhadap keamanan dan keselamatan di negeri ini.

“Kita mesti pelihara budaya ini agar kita dapat merancakkan ekonomi kita secara bersama.

“Sudah pasti ada hikmat di sebalik adat tradisi nenek moyang kita ini dalam mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan kita,” katanya.

Di samping itu, Musa turut meminta wakil-wakil rakyat dan anggota kerajaan supaya terus bekerja dengan ikhlas untuk rakyat.

“Inilah amalan Barisan Nasional. Kita mesti sentiasa turun padang dan bekerjasama untuk rakyat,” tambahnya.

10 comments:

mantera said...

Sabah mmg memerlukan perutukan tambahan yang pembangunan. byk pembangunan perlu dilakukan di Sabah.

mantera said...

moga lebih byk peruntukan diberikan untuk Sabah.

Scarlett said...

Salah satu sebab mengapa pelabur suka melabur di Sabah adalah kerana politik negeri Sabah yang stabil dan kemakmuran di negeri ini.

Scarlett said...

Baguslah jika peruntukan tambahan boleh diluluskan kerana Sabah sangat memerlukannya.

Green Sabah said...

The Chief Minister is confident that any request for allocation can be approved because the state finance status is more and more stable. Hope that Datuk Musa Aman will continue to lead Sabah towards a high income state.

Green Sabah said...

Because of Datuk Musa, the state reserves was increased to RM3 billion when previously the coffers is emptied by the ex Sabah CM's. This is a good achievement from Musa. Not to mention that Sabah is also one of the few states who manage to pay off the federal government loans.

thinaj said...

If there is an increase in allocation, we can count on having sabah further developed.

thinaj said...

“Inilah amalan Barisan Nasional. Kita mesti sentiasa turun padang dan bekerjasama untuk rakyat,”

Musa is right. BN must always practice the "turun padang" activity to be close with the people and help them whenever they face issue.

Sanih Alias said...

Bagi perkara baik sudah semestinya akan disokong sebaiknya. Ini demi memastikan apa yang dirancang akan berjaya.

Mumbai said...

beginilah contoh pemimpin terbaik untuk rakyat.. kerajaan negeri yang berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan negeri, tapi Musa Aman dengan sikap rendah diri menganggap semua itu berlaku kesan kesan dari perpaduan rakyat di negeri ini..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels