21 June 2012

Pengalaman Sabah sebagai Pembangkang

Sebenarnya, Kerajaan Sabah hanya dipertintah selama sepenggal oleh Pembangkang, yakni 1990-1994; sebab dari merdeka, negeri di bawah bayu terus bersama barisan nasional di peringkat pusat.

Namun pengalaman selama sepenggal itu, cukup mematangkan rakyat Sabah. Jika dahulu rekod sesebuah parti memerintah hanya 9 tahun, kini selepas Umno mengembangkan sayapnya ke negeri ini, maka kerajaan negeri dibawah naungan Umno kekal sejak tahun 1994.

Rekod lama itulah yang dipegang beberbagai parti pembangkang yang bermunculan kini, mereka berharap bahawa tuah akan menyebelahi mereka. Atas sebab itu, SAPP suatu ketika berada dalam BN, keluar pada September, 2008, kerana terbuai dengan janji Anwar-melalui gerakan 16 Septembernya.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee, terlihat-lihat janji jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan Anwar padanya.

Menjelang PRU-13, SAPP bersama-sama parti pembangkang lain akan berentap melawan BN. Mereka dengan penuh yakin akan merampas kerjaan negeri, dan dapat menyumbang banyak kerusi parlimen kepada pakatan pembangkang, on the road to putrajaya.

Impian pembangkang itu, semata-mata berdasarkan sejarah. Sejarah tidak selamanya berulang. Peradaban manusia semakin hari semakin matang. Manusia menginginkan kedamaian dan kerharmonian, selain kestabilan politik.

Akibat kestabilan politik itulah, pelabur datang. Parlimen diberitahu, bahawa untuk suku pertama tahun ini, Sabah mencatat pelaburan asing tertinggi di Malaysia, jumlahnya bukan calang-calang banyaknya, RM10 bilion.

Semalam, sebahagian pelabur asing itu telah melancarkan projek udang kara di Semporna, yang bernilai bilion.

Kepada pemimpin politik pembangkang yang bercita-cita bertapak di negeri ini, lupakan semua itu, sebab rakyat negeri sudah jelak dengan perubahan kerajaan.

Rakyat Sabah mengalaminya sendiri, apabila parti yang memerintah berganti-ganti, yang menjadi korban adalah rakyat sendiri, sehingga Sabah tercatat sebagai negeri termiskin di negara ini.

Rakyat Sabah tidak mahu kembali kepada keadaan yang serba kurang, kerajaan sekarang sedang memacu agar negeri ini terus maju, agar supaya pada tahun 2020, setidak-tidaknya setanding dengan Semenanjung.

11 comments:

Unknown said...

Selagi BN mampu menerajui Sabah dengan baik dan menunaikan janji2nya, tidak mustahil kemenangan akan berpihak sekali lagi kepada BN.

Unknown said...

Pembangkang di Sabah belum mempunyai suara dan kerjasama yang kuat di antara mereka. PRU13 mungkin akan sengit tapi mereka belum mampu kalahkan BN.

mantera said...

kerajaan byk melaksanakan berbagai-bagi projek pembangunan di Sabah, menukar kerajaan akan membantutkan projek2 pembangunan tersbut. kerana setiap kerajaan mempunyai cotrakj pemerintahan yang tidak sama. jadi jgn risiko diri dgn menukar kerajaan.

Anonymous said...

Jika parti-parti pembangkang tidak sehaluan dan masing-masing meletakkan calon sendiri sudah tentu kemenangan masih berpihak kepada BN.

Anonymous said...

Sepenggal saja boleh memberi kesan yang besar buat negeri Sabah. Jatuhnya pembangkang sebab rakyat tidak lagi memberi mandat terhadap pemerintahan mereka.

Hosie Masie said...

Rupanya sebab itulah kenapa YTL menyertai BN dulu. Rupanya ada perjanjian dengan Anwar Ibrahim mengenai jawatan TPM.

Sanih Alias said...

Yang pasti dulu lebih teruk berbanding sekarang ini. BERJAYA tidak pandai menguruskan Sabah sehingga menrugikan Sabah.

TuhauBam said...

Sabah kerajaan BN di bawah Musa merupakan sebuah kerajaan yang prihatin dan menjaga rakyatnya

TuhauBam said...

Musa is the best leader

Mumbai said...

sabah hari ini semakin bergerak kehadapan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan negeri ini negeri maju menjelang 2015.. dalam pada itu, pembangkang juga semakin beriya2 mahu merampas Sabah setelah kerajaan BN berjaya memacu pembangunan di negeri ini..

Mumbai said...

jika pembangkang berjaya mengambil alih negeri ini, sekali lagi pembangunan Sabah akan terbantut dan terus ketinggalan jauh dibelakang berbanding negeri2 lain..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels