13 July 2012

Umno KB bersidang lagi

Persidangan kali ini, tiada pemilihan AJK, namun pertandingan kumpulan 7 tetap berjalan.

Diperkirakan perjalanan sidang sepertibiasa seperti persidangan sebelumnya, namun kali ini, agak luarbiasa sedikit, kerana persidangan kali ini, adalah persidangan terakhir sebelum PRU-13.

Diperkirakan amanat Ketua Bahagian Umno, akan berkisar kepada pemantapan saf untuk menghadapi PRU-13. Umno tidak mampu bergolak, kerana, pada kali ini, Umno berhadapan dengan ibu kepada pilihanraya. Untuk mengelak itu, faktor itulah yang menyebabkan pertandingan dalam parti ditangguhkan sehingga tahun depan.

Melihat kepada keadaan lapangan, Umno atau BN tidak berhadapan dengan masalah mempertahankan semua kawasan Kota Belud, asalkan calon yang diketengahkan adalah winnable candidate.

Ramai yang telah tahu, bahawa para pemimpin yang ada merupakan pertaruhan parti untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi BN pada beberapa PRU yang lalu.

Dun.8 Usukan, akan kembali kepada Datuk Salleh, selepas bercuti sejak tahun 2004. Manakala Dun.6 Tempasuk, masih lagi disandarkan kepada Datuk Musbah Jamli, memandangkan keupayaan beliau membangun kawsasan itu, melalui program-program kerajaan seperti Jelapang Padi dan Agropolitan.

Bagi kawasan Parlimen, apakah penyandang sekarang Datuk Rahman Dahalan akan mempertahankan kawasan Kota Belud? ataukah tidak? belum ada sesiapa yang mengetahui, walaupun keutamaan calon selalu diberikan kepada penyandang.

Rahman mempuyai pilihan, samada berhijrah atau mempertahan kerusi Parlimen Kota Belud; beliau mempunyai beberapa tempat seperti Tuaran atau Sepanggar, namun semua itu terletak kepada pucuk pimpinan, kerana tiada yang mampu meneka apa yang ada dibenak pucuk pimpinan.
 
Apa yang penting, bagi ahli-ahli parti-terima sajalah keputusan pucuk pimpinan, kalau tidak siapa lagi yang perlu diikuti.
 
Kestiaan kepada parti dan perjuangan amat penting berbanding isu peribadi, kerana perjuangan parti bermatalamat untuk membangun bangsa dan negara.
 
Berkorban sentimen peribadi, adalah suatu pengorbanan yang amat tinggi nilainya; kerana pengorbanan itu, akan dinilai bukan sahaja oleh pucuk pimpian malah rakyat jelata.
 
Pada PRU-12 lalu, para pemimpin utama Kota Belud telah berkorban dengan tidak bertanding, namun selepas PRU, mereka diberi peranan utama dalam arena kuasa dalam negara.
 
Yakinlah berkorban sentimen peribadi mempunyai balasan yang lebih hebat kepada suatu perjuangan. Fikir-fikirkan lah.
 



7 comments:

John Winchester said...

Kota belud semakin hari semakin mendapat perhatian politik.

John Winchester said...

Diharap penduduk Kota Belud dapat mengundi dengan bijaksana.

me gusta said...

Pemimpin BN di KB aktif.

mantera said...

UMNO Sabah lahir di KB, kerana itu UMNO KB aktif dan diberi perhatian.

Bujang Senang said...

Betul..KB adalah tempat yang paling aktif dulu dengan politiknya sehingga sekarang ini juga.

Bujang Senang said...

Apa pun jika mempunyai masalah dalaman seharusnya diselesaikan sebaiknya. Jangan biarkan berterusan mengenai perkara ini.

Harryzan Aming said...

kalaupun dikekalkan, pun tidak akan jadi masalah kerana gabungan parti BN itu sendiri telah membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan proses pembangunan negara..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels