19 January 2013

Kota Belud: Demam PRU-13 sudah terasa

 PRU-13 yang dinanti-nantikan, kini melanda seluruh pelosok tanah air, tidak terkecuali Kota Belud.

Kawasan Kota Belud adalah kawasan yang termasuk kawasan selamat bagi barisan nasional mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga kawasan dewan undangan negeri.

Pada PRU lima tahun lalu, semua kerusi yang ditandingi bagi kawasan itu dimenangi oleh calon-calon daripada barisan nasional.

Kota Belud yang mempunyai tiga komposisi etnik yang terbesar yakni Bajau-Kadazandusun-Iranun serta sedikit entik lain-lain termasuk kaum cina.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya memisah-misahkan tiga suku kaum itu melalui persempadanan pilihanraya, di mana kawasan etnik Bajau menguasai DUN Usukan, Kadazandusun DUN Kedamaian dan kawasan campuran DUN Tempasuk.

Daripada tiga kawasan itu, hanya DUN Tempasuk memerlukan kerjasama antara etnik untuk menjamin kemenangan; sementara DUN yang dua lagi, Usukan hanya perlu penyatuan etnik bajau sementara Kedamaian-etnik Kadazandusun.

Bagi kawasan parlimen pula, kesepakatan semua kaum adalah tolok ukur untuk menang, namun jika semua kaum bumiputera islam bersatu menyokong sesebuah parti atau calon, maka ianya juga boleh mencapai kemenangan.

Namun demikian, pola pengundian bagi kawasan ini, bukan berasas kepada anutan agama, melainkan kepada etnik. Apabila etnik bajau dan iranun bergabung, maka pilihan mereka adalah pemenang, demikian juga jika berlaku penggabungan sokongan bajau-KDM atau KDM-Iranun, pilihan gabungan itu adalah pemenang.

Sesiapa sahaja calon yang dianggap winnable candidate bagi kawasan Parlimen Kota Belud, maka calon itu perlu mempunyai sokongan daripada tiga etnik yang ada di Kota Belud.

Pada PRU-13- rakyat Kota Belud akan akur terhadap pilihan pucuk pimpinan Bn, siapa kah calon-calon yang dikemukakan. 

Pada kebiasaannya, pucuk pimpinan akan mengutamakan wakil-wakil rakyat yang sedia ada; walaupun demikian penggantian calon ada kemungkinan berlaku, sesuai dengan senario politik semasa.

Pada PRU-2008, para pemimpin yang dicalonkan Bn - Datuk Rahman Dahalan (Parlimen Kota Belud)- Datuk Japlin Akim (DUN Usukan)-Datuk Musbah Jamli (DUN Tempasuk)-Datuk Helbert Timbon Lagadan (DUN Kedamaian).

Pada PRU-13, banyak persepsi, bahawa pemimpin vetaran Datuk Dr Salleh Said akan menyertai semula pilihanraya, namun diperingkat mana Speaker DUN Sabah itu bertanding, hanya Najib dan Musa sahaja yang mengetahui.

Umno Sabah telahpun menghantar senarai calon-calon kepada persiden parti untuk dipertimbangkan. Tiada siapa yang mengetahui senarai-senarai itu, kecuali Musa dan Najib sendiri.

Namun, dalam mempersiapkan jentera pilihanraya- Ketua Bahagian Umno Kota belud-Datuk Dr Salleh Tun Said telahpun menggerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan terbaharu, menggerakan PDM Kampung Rampayan. 

Sementara itu, semalam- bertempat di kampung Labuan, tiga wakil rakyat daripada BN- Datuk Rahman, Datuk Musbah dan Datuk Japlin bersama-sama penduduk kampung itu bersantai bersama sambil memberi penerangan berhubung isu-isu semasa kepada rakyat.
Pendekatan SANTAI BERSAMA PENDUDUK merupakan pendekatan baru dalam arena politik kawasan Kota Belud, kerana acara seumpama ini lebih menjamin keakraban antara para pemimpin dengan rakyat, kerana atas sifatnya yang tidak formal.

Bahang PRU-13 telah terasa di Kawasan Kota Belud, sedikit masa lagi bendera-bendara daripada berbagai parti akan berkibar di sepanjang jalan, rumah-rumah penduduk mahupun sekitar perkampungan.

Hanya rakyat yang boleh menjamin kemenangan sesebuah parti. Pada masa itu, pemimpin dan parti yang disukai rakyat akan menjadi pemenang. BN pilihan rakyat Kota Belud.

77 comments:

Scarlett Newton said...

Lajim akui BN bawa pembangunan

Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

Scarlett Newton said...

Lajim akui BN bawa pembangunan

Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

Scarlett Newton said...



Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

Scarlett Newton said...

Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun

Scarlett Newton said...

jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

Scarlett Newton said...

jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

Scarlett Newton said...

Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk

Scarlett Newton said...

dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Scarlett Newton said...

berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

Scarlett Newton said...

Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," - Muhyiddin

Blackforest said...

Pemuda UMNO peringkat bahagian dan Pemuda BN seluruh Sabah meningkatkan gerak kerja masing-masing terutama usaha menemui seramai mungkin pengundi menjelang pilihan raya ke-13 ini gesa Ketua Pemuda BN Sabah, Datuk Awang Kadin Tang.

Blackforest said...

Beliau berkata, seluruh jentera ketika ini tidak boleh berpuas hati terhadap apa juga usaha dilakukan dalam kempen yang berlangsung, selagi BN belum mencapai kemenangan besar dalam PRU 13.

Blackforest said...

"Puas hati hanya bila kita menang. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi gerak kerja, masing-masing buat kerja, ada sesetengah tempat lemah dalam bidang tertentu jadi kita cuba baiki.

Blackforest said...

Awang Kadin yang juga Ketua Pemuda UMNO Sabah menegaskan dalam tempoh dari sekarang hingga pilihan raya umum tidak boleh wujud sebarang perasaan tidak baik dalam kalangan anggota parti komponen sebaliknya bersama-sama membaiki kelemahan dan menyelesaikannya secepat mungkin sebelum pilihan raya.

Blackforest said...

"Pemuda UMNO Sabah dan Pemuda BN perlu meletakkan 100 peratus komitmen untuk melonjakkan gerak kerja walaupun segala persiapan dibuat. Kalau ada kelemahan, secepat mungkin kenal pasti dan selesaikan. Kerjasama antara parti komponen juga perlu diperhebatkan lagi.

Blackforest said...

"Memontum tidak boleh menurun. Masuk gear tiga dan empat sampai hari mengundi perlu diteruskan. terus mempertingkatkan gerak kerja di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Blackforest said...

Jelasnya jentera parti perlu bekerja dalam semangat berpasukan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) terus dipertahankan.

Blackforest said...

Tambah Awang Kadin bahawa perpaduan dalam parti merupakan asas penting untuk mencapai matlamat ke arah kemenangan BN.

Blackforest said...

“Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan Umno, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Blackforest said...

“Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati, kesatuan fikiran, kesatuan matlamat dan kesatuan amal untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci,” katanya.

Blackforest said...

Tegas beliau lagi, Umno sebagai parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional perlu meneruskan agenda untuk memepertahankan Islam, orang Melayu tanpa mengabaikan nasib kaum-kaum lain di negara ini.

Blackforest said...

Semua parti tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang sudah pasti telah mem persiapkan jentera untuk hadapi pilihanraya yang tidak lama lagi.

Irina ShaQ said...

Ketandusan modal membuatkan pembangkang menjadikan fitnah sebagai senjata kuntuk menyerang Barisan Nasional di saat akhir ketika tarikh pilihan raya semakin hampir bagi meraih sokongan selepas menyedari keyakinan rakyat terhadap mereka semakin kabur.

Irina ShaQ said...

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata, kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa kepimpinan Barisan Nasional telah banyak membawa perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan serta transformasi yang dilakukan sejak menjadi pemimpin nombor satu negara.

Irina ShaQ said...

“Pembangkang hanya mampu membuat pembohongan dan fitnah, sedangkan sejak mereka diberi peluang memerintah di beberapa buah negeri sejak 2008, tiada perubahan yang mampu dilakukan oleh mereka, dan untuk menutup kelemahan serta kegagalan, hanya fitnah sahaja menjadi modal.

Irina ShaQ said...

"Pengundi tidak akan membuat kesilapan pada pilihan raya nanti, segalanya sudah terbongkar, rakyat sudah hilang kepercayaan, pembangkang tidak mampu untuk menjadi pemimpin, malah di kalangan mereka juga tidak ada persefahaman, bagaimana untuk menakhodakan negara jika mereka sesama sendiri tidak bersenpendapat,” katanya.

Irina ShaQ said...

Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang asyik menyerang kerajaan dengan pelbagai fitnah serta pembohongan yang kononnya mereka lebih baik daripada Barisan Nasional, tidak cukup dengan itu mereka turut menyerang secara peribadi pemimpin termasuk Perdana Menteri.

Irina ShaQ said...

Menurutnya, semakin hampir tarikh pilihan raya, pembangkang akan melakukan apa sahaja dengan lebih untuk memburuk kerajaan, bukan sahaja serangan peribadi malah turut menyerang agensi dan mana-mana pihak yang difikirkan boleh mengelirukan pemikiran rakyat terutamanya di luar bandar.

Irina ShaQ said...

“Banyak fitnah serta pembohongan mereka telah terbongkar, walaupun apa tuduhan yang dibuat rakyat pasti tidak akan terpedaya dengan taktik kotor pembangkang, rakyat telah menyaksikan hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk membawa perubahan dan pembangunan untuk rakyat bukannya pembangkang.

Irina ShaQ said...

“Dalam pada itu, pengundi diingatkan supaya tidak udah terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang kerana mereka tidak akan berhenti untuk memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional, mereka kini berada dalam keadaan terdesak, hanya fitnah dan pembohongan sahaja yang tinggal untuk mereka menawan hati rakyat,” katanya.

Irina ShaQ said...

Jika diperhatikan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang, kebanyakkannya adalah isu-isu yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya, malah ada sesetengahnya secara terang-terang merupakan satu fitnah dan pembohongan, demikian jelas seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Amini Amir Abdullah.

Irina ShaQ said...

“Saya berpendapat bahawa Pakatan Pembangkang hari ini begitu terdesak untuk memburuk-burukkan imej kerajaan, sehingga terpaksa berbohong dengan menggunakan isu-isu yang tidak berpaksi kepada fakta yang sahih.

Irina ShaQ said...

“Apa yang kita lihat, mereka berkempen dengan cara menimbulkan isu-isu sebegini tanpa mempedulikan kebenarannya, hanya semata-mata bertujuan untuk mempengaruhi minda rakyat di negara ini agar benci dan marah kepada kerajaan, “ ujarnya

Irina ShaQ said...

Tambahnya lagi, perkara seperti ini berlaku lantaran Pembangkang tidak lagi mempunyai isu-isu yang kukuh untuk digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan, memandangkan kerajaan hari ini telah melaksanakan segala program demi kebaikan negara serta menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

Irina ShaQ said...

“Kita boleh lihat apabila mereka menimbulkan isu-isu sebagai contoh, isu kapal selam Scorpene, isu Altantuya, isu pampasan buruh landasan maut ketika penjajahan Jepun sedangkan perkara itu telah dinafikan oleh negara Jepun sendiri, dan banyak lagi isu yang tidak mempunyai fakta dan bukti yang sahih.

Irina ShaQ said...

“Bagi saya, mereka cuba menipu rakyat tetapi saya yakin rakyat negara ini tidak mudah tertipu dengan segala fakta putar belit mereka itu. Mereka boleh bercakap bohong pada setiap masa tetapi mereka tidak boleh membohongi rakyat sepanjang masa,” tegas beliau.

Irina ShaQ said...

Selain itu beliau turut mengkritik isu pemilihan jawatankuasa tertinggi Pusat DAP (CEC) yang disifatkan beliau sebagai satu permainan politik yang cuba untuk mengaburi mata rakyat, khususnya pada orang Melayu.

Irina ShaQ said...

“Saya hairan macam mana sebuah parti yang begitu lantang mengkritik SPR, tersalah kira undi hanya dalam sebuah pemilihan sekecil itu. Bahkan jumlah undi tersebut bukan sikit, masakan mereka terlepas pandang. Kesilapan mengira undi sebegini tidak pernah terjadi dalam mana-mana parti politik di tanahair sebelum ini.

Irina ShaQ said...

“Ini semua bagi saya adalah permainan politik Pakatan Pembangkang, khususnya DAP. Mereka sengaja mengubah jumlah undi tersebut dan memberikan kepada calon Melayu agar parti itu dilihat sebagai sebuah parti terbuka untuk semua kaum, sedangkan hakikatnya tidak,” jelasnya.

John Winchester said...

Anggaran tentang peluang Barisan Nasional di peti undi menyatakan PR mungkin kehilangan Kelantan, tetapi kebanyakan pemerhati percaya pakatan pembangkang tersebut akan mempertahankan Pulau Pinang.

John Winchester said...

Para pemimpin Umno begitu yakin kerana sokongan lesu kepada PKR dan keyakinan baru kerana kerajaan BN berubah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

John Winchester said...

Kunci kepada perubahan dilakukan Najib adalah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), permintaan lama pemimpin pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

John Winchester said...

Saya sangat yakin majoriti dua pertiga majoriti ... banyak faktornya, (contohnya) dalam tempoh empat tahun, perdana menteri membawa banyak transformasi dan inovasi dalam pentadbiran dan politik .... beliau menunaikan janji

John Winchester said...

Najib dan BN juga memikat pengundi hari ini dan mengakui bahawa ia boleh jadi pengundi atas pagar, pengundi baru, belia dan wanita yang akan menentukan masa depan mereka di peti undi.

massu said...

Semakin dekat PRU13 semakin hangat isu-isu politik mula dimainkan oleh pihak pembangkang. Namun perlukan kita menukar kerajaan untuk sekadar mencuba, merasa dan ujian untuk kerajaan baru. Rasanya tidak perlulah. Apa guna kalau kita merana akan datang selama 5 tahun dan negara menghadapi masalah. Perlukah kita merasa semua itu?

Hidup Di Sabah said...

Jika sudah musnah rasanya amat sukar untuk diperbetulkan. Apatah lagi jika perpaduan kaum telah hancur. Bukannya mudah untuk mengecapi semua itu, ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang telalu lama untuk mengecapinya.

Hidup Di Sabah said...

Apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman itu adalah betul. Datuk Musa mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

Sebelum ini Datuk Musa berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

Hidup Di Sabah said...

Menurutnya jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.

Hidup Di Sabah said...

Jadi fikirkan demi masa hadapan generasi akan datang. Jika perpaduan dan keharmonian rakyat ini musnah, maka generasi kita tidak akan dapat merasanya dan hanya tingal sejarah untuk mereka. Perlulah kita terus menyokong kerajaan BN kerana inilah pilihan yang terbaik untuk rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Pilihan yang rakyat buat pada PRU-13 akan menentukan masa depan rakyat generasi kini dan akan datang. buatlah keputusan bijak..

unknown said...

That was correct.

unknown said...

I can feel it though.

unknown said...

Obviously.

mantera said...

Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

mantera said...

tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.

mantera said...

sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun (Bekas Presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

mantera said...

kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN

mantera said...

walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

mantera said...

Perdana menteri turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.

mantera said...

rakyat seharusnya memberi sokongan padu dan terus bersama BN yang mentabdir negara ini dengan baik, serta mengamalkan keadilan secara keseluruhan.

mantera said...

Hanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan.

Ansar kilauan said...

Pada tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Perdana Menteri boleh menasihatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir Pilihanraya Umum wajib diadakan.

Ansar kilauan said...

Dari sekarang hingga ke tarikh Pilihanraya Umum diadakan maka semua parti akan mempersiapkan diri masing-masing untuk mencapai kemenangan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebanyak mungkin untuk membolehkan penubuhan kerajaan.

Ansar kilauan said...

Oleh itu semua pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri atau kawasan Parlimen yang diadakan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 menjadi ukuran dan bahan kajian untuk semua parti membuat perhitungan atas strategi dan taktik yang perlu diikuti untuk mencapai kemenangan.dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Ansar kilauan said...


Apabila keputusan satu-satu pilihanraya umum atau kecil diumumkan maka berbagai-bagai alasan diberi oleh pihak yang menang apatahlagi yang kalah mengenai prestasi masing-masing. Yang menang sudah pasti memuji-muji diri, sama ada parti, dasar, kepimpinan dan peribadi calon yang bertanding mengikut siapa yang membuat ulasan dan kenapa ulasan itu dibuat.

Ansar kilauan said...


Yang kalah, jika ianya dari kalangan pembangkang kepada Barisan Nasional, sudah tentu menyalahkan daftar pengundi, sistem pengundian dan, jika ada pergaduhan, sudah tentu pihak polis disalahkan. Tidak nampak langsung penerimaan keputusan dalam satu-satu pertandingan dalam sistem demokrasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengasas Syarikat National, Encik Matsushita supaya yang mengamalkan demokrasi hendaklah mempunyai dua sikap iaitu - "Susyi dan Sunao".

Ansar kilauan said...

"Susyi" bererti menerima keputusan kalah atau menang walau dengan satu undi sekali pun dan yang menang hendaklah dianggap sebagai mewakili semua yang mengundi sehinggalah pemilihan yang akan datang.

Ansar kilauan said...

"Sunao" pula bererti seseorang yang menang atau kalah hendaklah mampu melihat kebaikan yang ada pada lawannya supaya dapat bekerjasama membangun organisasi, negeri atau negara.

Ansar kilauan said...

Perkara pokok di dalam membuat keputusan untuk mengundi tersangat bergantung kepada budi, janji, ingatan dan keyakinan. Bagi kerajaan yang memerintah mahunya ialah supaya rakyat sentiasa mengenang budi yang telah ditabur sepanjang pemerintahannya.

Ansar kilauan said...

Yang menentang kerajaan pula akan berusaha supaya rakyat melupakan budi yang telah ditabur dan, jika mampu, mencemarkan atau menidakkan budi itu. Atau pun sekurang-kurangnya memperkecil-kecilkan sesuatu budi itu dengan mengatakan bahawa ianya ialah satu tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh sesiapa sahaja yang memerintah. Pihak pemerintah pula akan mengingatkan bahawa bukan semua pihak yang memerintah mampu melaksana apa yang telah dilaksanakan oleh mereka.

Ansar kilauan said...


Calon yang bertanding pula mempunyai peluang untuk mengingatkan pengundi kepada khidmatnya selama menjadi wakil, apatahlagi jika calon itu pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Apakah ada budi atau jasa calon kepada pengundi setempat, kepada kawasan, negeri atau negara?

Ansar kilauan said...


Begitu juga di dalam keluarga. Masyarakat yang ingin bersatu itu hendaklah dianggotai oleh banyak keluarga dari kalangan masyarakat itu yang bersatu-padu dan tidak purak-puranda.

Ansar kilauan said...


Untuk bersatu syarat utama yang wajib wujud di antara anggota keluarga ialah sikap mengenang budi. Hubungan ibu dan bapa dalam keluarga akan aman damai jika dari sejak mereka muda remaja mereka berbudi antara satu sama lain dan budi itu kekal dalam ingatan sehingga jika ada sengketa antara mereka berdua ikatan budi itu cukup kuat sebagai benteng yang kukuh yang dapat mengembalikan mereka menjadi harmonis.

Ansar kilauan said...


Anak-anak pula hendaklah mengingati dan sentiasa mengenang budi ibu dan bapa kepada mereka. Dengan adanya ingatan inilah maka ibu bapa akan berbangga dengan adanya anak sedemikian.

Ansar kilauan said...



Sementara itu pula antara adik beradik akan terjalin ikan yang bertambah harmonis dengan adanya ingatan ke atas budi antara sesama mereka.

Ansar kilauan said...


Di hari tua, apabila wajah ibu sudah kedut dan bapa tidak bermaya lagi ingatan kepada budilah yang akan mengekalkan hubungan yang mesra antara mereka. Ibu bapa akan merasa bahagia apabila menerima kiriman dari anak yang jauh dan akan terus terhibur apabila anak-anak balik untuk berhari raya. Tanpa budi tidak ada kebahagiaan dalam keluarga. Tanpa mengenang budi calon oleh pengundi tidak adalah undi baginya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels