15 December 2009

Media Alternatif Saingan Baru Kerajaan

MENTERI dalam Negeri Datuk Hishamudin telah menjahirkan amaran kepada para bloger yang menurutnya tidak beretika. Apakah amaran ini akan membuatkan para bloger menjadi musuh kerajaan, sehingga kemudahan laman blog akan ditutup? Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet Dr Mahathir Mohamad, internet telah menjadi medan untuk melawan propaganda pemerintah yang didukung oleh media arus perdana.

Pada ketika itu lahirlah laman-laman web seperti Anwar Online, Laman Reformasi, Mahazalim, Mahafiraun, Laman Marhaean dan, pada penghujung 1999, Malaysiakini.

Penguasaan regim Dr Mahathir terhadap media arus perdana telah menyebabkan rakyat dahagakan sumber maklumat alternatif, tambahan pula media arus perdana seringkali "menggelapkan" berita-berita mengenai penentangan terhadap regim Dr Mahathir.

Pada ketika itu, akhbar parti pembangkang seperti Harakah dan akhbar independen seperti Eksklusif

Perubahan ini menyebabkan regim Dr Mahathir memulakan tindakan "ganas" terhadap media yang menentangnya pada 2000 apabila Harakah dihadkan pengeluarannya kepada dua kali sebulan (daripada lapan kali). Mingguan Eksklusif pula ditamatkan permitnya bersama majalah Detik.

Kebangkitan mahasiswa pada 2001 menyebabkan regim Dr Mahathir memulakan tindakan ganas mereka terhadap mahasiswa. ISA digunakan untuk menahan Mohd Fuad Ikhwan daripada Gamis dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dari UBU.

Dr Mahathir gali 'lubang kubur'

Faktor penting yang membolehkan BN memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun, antaranya, kerana selama ini mereka memonopoli maklumat dan berita.

Sebelum internet, rakyat Malaysia hanya menerima maklumat dari satu sumber sahaja, yakni media arus perdana.

Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, RTM dan TV3

Dr Mahathir ibarat menggali "lubang kubur" BN apabila menggesa rakyat cintakan teknologi maklumat (IT). Jika kita masih ingat, kempen Cinta IT ini begitu hebat sehinggalah penyanyi popular Siti Nurhaliza turut menyampaikan sebuah lagu Cinta IT yang seringkali dimainkan di TV dan radio.

Perkembangan media alternatif melahirkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang bergantung dan lebih percaya kepada laman-laman web alternatif berbanding media arus perdana. Ia dapat dibuktikan apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar, laman-laman web alternatif terpaksa menampung pembaca yang begitu ramai.

Kelumpuhan BN dalam memonopoli maklumat menyebabkan berlakunya gejala yang digelar "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Keberkesanan internet terbukti apabila BN kalah di hampir kesemua kawasan bandar di Semenanjung Malaysia dan hanya bergantung kepada undi penduduk luar bandar.

Jika tiada bantuan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, sudah pasti BN akan turut terkubur dalam pilihan raya umum lalu.

Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan lahirnya banyak medium baru di internet untuk menyampaikan maklumat seperti blog, Facebook dan Twitter.

Medium baru ini lebih mudah dan mesra untuk digunakan. Jika dahulu, pemerintah Malaysia hanya berhadapan dengan laman web, kini mereka terpaksa juga berlawan dengan blog, Facebook dan Twitter.

Ramai juga pemimpin BN yang terpaksa membuka blog, Facebook dan Twitter masing-masing untuk turut serta dalam “perang gerilla siber” yang begitu hebat di Malaysia.

Tambahan lagi ketika Malaysia dikatakan menuju ke arah sistem dua parti - apabila BN mempunyai pesaing dalam politik iaitu Pakatan Rakyat. Cabaran pada masa akan datang pasti semakin hebat.

Perjuangan ini tidak akan sia-sia. Hasilnya boleh dilihat hari ini apabila warga Malaysia menjadi lebih cerdik dan bijak politik berbanding pada waktu maklumat hanya dimonopoli oleh satu pihak. memainkan peranan besar yang mendorong perubahan trend pengundian orang Melayu untuk menyokong Barisan Alternatif. memainkan peranan sebagai jentera propaganda pemerintah. Penentang-penentang regim Dr Mahathir akan "dibelasah" melalui media ini.

2 comments:

DEPU-DEPU said...

Salam pagari..

apakah yang berlaku sekiranya situasi media sama seperti tahun 80-an..hanya stesen TV RTM yg ke udara itu pun hanya kedengaran suara kerajaan...kereta penerangan selalu buka wayang ke kampung-kampung..? (SK tamau Peranah beberapa kali)..

saya lontarkan persoalan ini kerana setelah negara membangun maka perubahan dalam dunia ICT dan Komunaksi juga bergerak dengan pantas..Idea-idea pembangunan dan kemanusian tidak lagi lahir dari suara hati kerajaan yang memerintah..Rakyat dan masyarakat mendapat tempat di skrin komputer PC/Lap top..
Masyarakat seakan terbuka minda dan hati mereka mendengar dan membaca segala macam pandangan yg kadang kala disogokkan pula dengan beribu macam fitnah dan tohmahan..

Di manakah kita di posisi ini Pagari..?

Semoga kita terus diberikan kekuatan supaya kita sentiasa menyumbang kepadan pembangunan minda masyarakat dan bangsa kita..

Suara Rakyat said...

salam pagari depu-depu. Kita dipihak rakyat. kita berdiri dan berkata apa yang terpampang di mata kita. Kita berkata apa yang rakyat mahu dan perlukan sebagai warga merdeka. Kita telah bosan dengan slogan" jangan tanya apa sumbangan negara mu kepada kamu, tetapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara kamu".

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels