16 August 2010

Empangan Kg Tambatuon Kota Belud

Projek Jelapang Padi Kota Belud tidak akan berjaya tanpa pembinaan empangan Kg Tambatauon Kota Belud.

Pada 30 julai lalu, Menteri Pertanian Persekutuan Noh Omar telah menyatakan bahawa projek tersebut perlu diteruskan, jika tidak Jelapang padi kota belud tidak akan berjaya.

Pembinaan empangan Kg Tambatoun sangat mustahak, kerana itu pengorbanan rakyat yang berada di kampung itu sangat di sanjung tinggi oleh rakyat yang menghuni sebahagian besar penduduk Kota Belud.

Projek Jelapang padi Kota Belud akan menguntungkan lebih 50 ribu penduduk, di banding penduduk kampung itu yang tidak mencapai 500 orang.

Akibat pembinaan empangan itu, penduduk yang terlibat akan ditempatkan semula ke kawasan yang sustanible dan menguntungkan mereka secara jangka panjang.

Penduduk kg Tambatoun akan diberi peluang seluas-luasnya dalam arus pembangunan dan ekonomi, ini bermakna melalui pembinaaan empangan di situ akan wujud keadaan menang-menang, di mana rakyat majoriti akan mengecapi tempias jelapang padi dan pada masa yang sama penduduk kg itu juga akan mengecapi pembangunan ekonomi.

Projek empangan itu akan menelan kos lebih RM450 juta dan kemungkinan akan bertambah apabila ianya akan bermula.

Pembinaan empangan tersebut mendapat bangkangan daripada parti pembangkang terutama SAPP dan NGO yang berafiliasi kepada kontra pembangunan.

Pandangan SAPP dan NGO-NGO tertentu adalah bermotifkan politik, sehingga mereka sanggup mengorbankan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Dalam proses pembangunan, rakyat perlu berkorban, kerana tanpa pengorbanan pembangunan tidak akan berjalan.

Kepada penduduk kg Tambatuon, cuba lah berfikir rasional dan ke depan, kerana melaluinya, maka Kota belud akan menjadi pemangkin ekonomi yang tersohor di negeri ini.

Beras adalah komoditi stratigik, kerana beras adalah makanan utama negara ini.

Ada lah dipohon kepada penduduk kg Tambatuon meredeka kan lah minda anda daripada dibelengu politik sempit parti pembangkang.

Wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan mempuyai tugas berat untuk memberi penerangan kepada penduduk kg yang terlibat. OKB yakin melalui net working wakil rakyat itu, maka pada akhirnya penduduk kg Tambatuon akan menerima pembangunan empangan tersebut dengan tangan terbuka demi pembangunan Kota Belud secara keseluruhan.

32 comments:

samm said...

pekara ini ada pro dan kontranya. namun, empangan ini akan membolehkan projek jelapang padi Kota Belud menjadi kenyataan. apa pun, semoga keputusan yang dibuat akan membawa kebaikan kepada semua.

Anonymous said...

pembinaan empangan ini adalah untuk kebaikan penduduk KB juga, ia untuk melaksanakan projek jelapang padi yang mana memberikan sumber pendapatan kepada penduduk Kota Belud.

POP said...

Kerajaan mesti menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Jangan menunggu lagi.

dave said...

Salam OKB,

Sekarang baru jelas apa kebaikan empangan ini kerana sebelum ini hanya baca keburukannya saja...itupun dari artikel yg ditulis oleh penyokong2 SAPP...kerana kami yg jauh dari KB ni x tahu nilai & kebaikan sebenar empangan ini...diharap OKB terus menulis untuk menangkis sebarang cubaan utk memburukkan projek2 kerajaan utk membolehkan rakyat mendapat maklumat yg sebenar...

Shalom...

Sanih Alias said...

perkara ini haruslah mempunyai persetujuan dari penduduk terlebih dahul. Cubalah terangkan kepada mereka dengan lebih terperinci kenapa empangan ini mahu dibina.

Anak Sabah said...

Diharapkan setiap tindakan yang diambil boleh memberikan kebaikan kepada rakyat.

zam said...

pembinaan empangan ini mempunyai kebaikannya kepada semua. namun penerangan perlu diberikan kepada penduduk.

Anonymous said...

pembinaan empangan ini mempunyai byk kebaikannya, namun ramai rkyat KB yang tidak menyedari hal ini, oleh itu, penjelasan perlu diberikan terhadap mereka.

Hamdan Hadillah said...

Empangan ini bukan dibina untuk suka-suka, tapi untuk menampung Projek Jelapang padi kota belud yang dibuat secara besar-besaran. Oleh itu, penduduk haruslah berfikiran positif.

Anonymous said...

kalau saya penduduk di kg Tambatuon, mungkin saya akan menerima cadangan kerajaan ini jika kerajaan dapat menyediakan penempatan baru yang bersifat kekal serta pampasan seperti tanah pertanian dan mendirikan rumah.

Anonymous said...

dalam melaksanakan projek2 besar seperti ini, pembangkang tidak akan terlepas menyumbang hasutan mereka kepada rakyat terhadap usaha2 kerajaan walaupun mereka sedar ianya penting untuk pembangunan ekonomi dan sebagainya. lebih2 lagi jika melihat kepada isu bakun dimana kerajaan gagal membela nasib orang asli dikawasan tersebut. oleh itu, untuk memastikan penduduk menerima cadangan ini, kerajaan perlu membina kepercayaan penduduk dengan meletakkan jaminan bahawa nasib penduduk yang terjejas sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

ruds said...

penduduk k,b,yg menyokong pembinaan empangan hanya tahu memikirkan kebaikan tetapi membelakangkan keburukan,projek empangan mega akan mendatangkan melapetaka besar kepada seluruh penduduk k,b,yg disepanjang sungai kadamaian seandainya empangan itu nanti mengalami masalah atau pecah seperti yg berlaku di negara jiran,sebelum nasi menjadi bubur fikir fikirkanlah akibatnya jangan hanya tahu buat komen.kelak nanti menyesal tiada guna.

POP said...

Kadang kala saya fikir, apakah tannggungjawab kerajaan.

ruds said...

bagi saya penduduk yg prihatin,saya tidak menafikan kepentingan pembangunan,tetapi sebelum sesuatu projek itu ingin dilaksanakan,kajian yang menyeluruh terutama kesan kepada keselamatan penduduk secara menyeluruh harus diambil kira sebagai satu keutamaan,tetapi kadang kala apabila pembangunan itu disasarkan kepada untuk menghasilkan duit yg banyak untuk individu tertentu,kita akan lupa dimana asal usul kita.

Ted Medresher said...

sudah tentu projek mega seperti ini akan melalui proses kajian terlebih dahulu. sebab itu penduduk perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih baik dan menguntungkan untuk jangka masa panjang. mungkin kerajaan boleh menarik balik cadangan ini tetapi rakyat Sabah kena terima jika selepas ini tidak ada projek bertaraf mega di Sabah. sebabnya rakyat sabah terlalu cerewet.

bila pembangunan lembab, rakyat bising. kononnya kerajaan tidak peduli dengan Sabah. bila ada projek pembangunan mati2 pula dibantah semata2 ikut cakap pembangkang. pembangkang memang mahu semua projek kerajaan gagal supaya negeri sabah tetap mundur. dengan cara itu barulah pembangkang boleh ambil alih sabah.

sebelum ini ramai yang beriya2 mahu mempercepatkan projek jelapang padi, tapi macam mana projek tu mahu berjalan sedangkan rakyat mati2 pula membantah empangan. mungkin sdr ruds ada cadangan yang lebih baik untuk membangunkan kota belud, eko. negeri Sabah dan menguntungkan 50 ribu penduduk KB, dalam masa yang sama mengekalkan lanskap fizikal KB. jadi keluarkanlah cadangan itu..

Ted Medresher said...

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang terkenal dengan jelapang padi. malah jelapang padi di Kedah yang merupakan pengeluar terbesar mampu menjadi punca pendapatan hampir 63,000 keluarga pesawah. jadi Sabah tidak patut mensia2kan peluang ini. risiko boleh dikurangkan memandangkan Malaysia mempunyai pengalaman dalam pembinaan dan penyelenggaraan empangan.

Unknown said...

Ada baik dan buruknya pembinaan empangan. Tapi walauapapun, keputusan yang sangat diharapkan demi kebaikan penduduk KB.

ruds said...

menurut penjelasan daripada timbalan pengerusi perhubungan umno k,b,awadnir matanggal ketika beliau menghadiri dialog bersama penduduk kg tambatuon pada 1.8.2010.sebenarnya masih ada tempat tempat untuk membina empangan yg mana tidak melibatkan pemindahan penduduk,seperti sungai woriu,tetapi mengapa masih memilih tempat yg begitu jauh daripada jelapang dan menyusahkan org lain,andaikata empangan ini ditempat anda apa yg akan anda fikirkan.

gme said...

kpd yang menyokong pembinaan empangan dikg tambatuon cuba anda bayangkan jika anda penduduk disana...adaka anda menyokong pembinaan ini???????????? adaka ada pernah nmpk empangan pecah????????????? dan kesan akibatnya sprt berlaku di china,indonesia,pakistan dan byk lg??????????? adaka anda pernah mendengar keluhan2 hati penduduk yg telah dipindahkan?????adala lebih baik kita gunakan ruangan ini berkongsi pendapat bagaimana caranya kita selesaikan masalah ini...

gaman barait jr said...

SAYA tak bersetuju dengan cadangan pembinaan empangan DI Tambatuon.

Saya juga tau projek ini tidak dibuat suka suka..

TETAPI...

Jika mau air untuk jelapang padi kb saja...ambil ja dekat dekat DAN tanpa menyusahkan penduduk DAN jimat kos LAGI... kan???

Tak payah kasi susah rakyatpun.... DAN tak payah merampas hak asasi penduduk terlibat.
DAN tak payah membazirpun...Kannn..!?

fikir begitu baa..

ronny_dermawan said...

Pembinaan Empangan Tambatuon & PENAFIAN HAK ASASI penduduk disetiap kampung sepanjang sungai kadamaian umpama, Seorang yang ingin merampas Kuih dari seseorang dan mengatakan, "Berikan saya kuih itu kerana anak saya dirumah memerlukannya!!" Jangan kerana kebanggaan, & haus akan "Projek Mega" Hak orang lain yang mendiami sesebuah kampung yang diusahakan hampir 200 tahun yg lalu disuruh dan dipaksa BERKORBAN. Tiada lagi altenatif lain selain harus tenggelamkan kampung kampung? Berapa pampasan yg mereka sanggup beri? (ia tidak akan bertahan utk anak cucu) Industri getah penduduk Kg. Tambatuon mampu menjana purata 300,000.00 sebulan (tidak termasuk Industri pertanian yg lain) Lepas ni, Kerajaan beri pampasan (tidak tahu berapa..) Penduduk dicadang untuk jadi Ahli perniagaan, Nelayan Sangkar Ikan Empangan, dicadang jadi kontraktor? pemborong? pekedai? Juruteknik Empangan Kelas 3, BOLEHKAN mereka buat semua itu? diberi tanah... ok. belum tentu Pokok Getah, Buah-buahan boleh tumbuh.. berapa lagi tahun mereka boleh menunggu sampai dapat hasilnya? Penduduk kembali jadi "0" memulahkan kembali kehidupan yg "0". Penduduk sudah berjuang hampir 200 tahun yg lalu dan telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, sudah hidup mewah dengan hasil usaha selama ini. Adakah jaminan dari kerajaan untuk kekalkan & tingkatkan taraf hidup mereka? kalau yah, kenapa penduduk Empangan Bakun, Batang Ai, (sebutkan mana2 empangan yg perna dibina Kerajaan) tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya? Berapa Pampasan yg mereka dapat? Jika pembinaan empangan hanya untuk pengairan Jelapang Padi Kota Belud, kenapa perlu buat empangan setinggi 450 kaki tinggi? & ambil lokasi yg mengorbankan masa depan rakyat dan membahayakan rakyat pada masa akan datang? (sebutkan mana Profail Empangan diseluruh dunia yang BEBAS MASALAH & BAHAYA!) Ada alternatif lain. Kenapa "ada peribadi berpengaruh" yg begitu nekad nak jadikan Tambatuon jadi empangan? Saudara Y Bhg Awadnir ada memberi cadangan / proposal utk memberi laluan keatas tanah miliknya di Wariu utk dibuat empangan.. itu satu alternatif yg baik. kenapa tidak dikaji cadangannya? BAgi saya ini bukan satu pengorbanan daripada penduduk yg terlibat tetapi satu ekploitasi. Kalau sesebuah tamadun diberi pembangunan tetapi sebuah tamadun lagi disusahkan dan dikorbankan, ini bukanlah diagram pembangunan yg betul dan stabil. Kerajaan umpama Durian. Rakyat Tambatuon Umpama Tembikai. Durian bergolek ke tembikai, tembikai cedera, Tembikan bergolek kedurian, tembikai juga cedera. Kalau pihak kerajaan sudah memaksa (Penduduk Tambatuon tidak akan berganjak) apakan daya.... CUMA satu. Apabilah Kg. Tambatuon akan lenyap, dan penduduknya jadi pelarian dibumi sendiri maka "SEMANGAT BATU SUMPAH" pasti akan bangkit. dan.. Ia akan menjadi SEJARAH & TITIK HITAM yang akan terpahat dihati generasi2 Kg. Tambatuon sepanjang zaman. HARIMAU meninggalkan belang, MANUSIA akan meninggalkan nama. Siapa lah nama2 & keturunannya yang akan menjadi sebutan dimasa hadapan? buruk atau baik? TEPUK DADA tanya selerah. kata2: "KAMU HARUS BERKORBAN KERANA KAMI PERLUKAN ITU!!" perkataan seumpama selalu didengar dalam FILEM yg selalu diucapkan oleh seorang PEREBUT, PERAKUS & PENGGANAS. harap maaf jika menyinggung kepada yg berkenaan. Salam Hormat!

ronny_dermawan said...
This comment has been removed by the author.
ronny_dermawan said...
This comment has been removed by the author.
Anak Sabah said...

Harap semua pihak mendapat manfaat dengan mencapai win-win situation.

Sniper said...

MANUSIA SEPERTI ABANDAK LAH YANG PERLU DILUPUSKAN SPESISNYA YANG SUKA MENGHASUT ORANG RAMAI....MANUSIA SEPERTI DIA LAH YANG BERFIKIRAN SEMPIT DAN TIDAK TAHU HALA TUJU KEHIDUPANNYA...MENGGAGALKAN USAHA PEMBANGUNAN YANG BERMANFAAT...MANUSIA SEPERTI INI HARUS DIPANGGIL DURJANA...

PEMBANGUNAN SEPERTI INI AKAN DILAKUKAN OLEH GOLONGAN YANG PROFESSIONAL DAN TAHU IMPAKNYA PADA MASA AKAN DATANG...MEREKA TIDAK AKAN MEMBINA EMPANGAN INI UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA ATAU MENGANIAYA ORANG...TAPI PERLU DIINGAT BAHAWA PEMBANGUNAN YANG KERAJAAN RANCANG ADALA UNTUK RAKYAT...NAMUN APABILA PEMBANGUNAN DINAFIKAN OLEH SEGELINTIR GOLONGAN YANG SEMPIT PEMIKIRAN AKAN MEMBAWA KEPADA PROVOKASI BAHAWA KERAJAAN TIDAK MELAKUKAN PEMBANGUNAN...

JIKA TERDAPAT 10 ORANG MANUSIA SEPERTI ABANDAK..MAKA MUNDURLAH DAN KETINGGALANLAH DAERAH KOTA BELUD INI....SEPERTI DI KEDAH, RAKYAT MEREKA BANYAK BERKORBAN DEMI UNTUK JELAPANG PADI TERBESAR NEGARA...DAN MANFAATNYA UNTUK PENDUDUK KEDAH SENDIRI...SAYA RASA ABANDAK MASIH LAGI HIDUP DALAM KEPOMPONG KESESATAN MINDA...

Sniper said...

MANUSIA SEPERTI ABANDAK LAH YANG PERLU DILUPUSKAN SPESISNYA YANG SUKA MENGHASUT ORANG RAMAI....MANUSIA SEPERTI DIA LAH YANG BERFIKIRAN SEMPIT DAN TIDAK TAHU HALA TUJU KEHIDUPANNYA...MENGGAGALKAN USAHA PEMBANGUNAN YANG BERMANFAAT...MANUSIA SEPERTI INI HARUS DIPANGGIL DURJANA...

PEMBANGUNAN SEPERTI INI AKAN DILAKUKAN OLEH GOLONGAN YANG PROFESSIONAL DAN TAHU IMPAKNYA PADA MASA AKAN DATANG...MEREKA TIDAK AKAN MEMBINA EMPANGAN INI UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA ATAU MENGANIAYA ORANG...TAPI PERLU DIINGAT BAHAWA PEMBANGUNAN YANG KERAJAAN RANCANG ADALA UNTUK RAKYAT...NAMUN APABILA PEMBANGUNAN DINAFIKAN OLEH SEGELINTIR GOLONGAN YANG SEMPIT PEMIKIRAN AKAN MEMBAWA KEPADA PROVOKASI BAHAWA KERAJAAN TIDAK MELAKUKAN PEMBANGUNAN...

JIKA TERDAPAT 10 ORANG MANUSIA SEPERTI ABANDAK..MAKA MUNDURLAH DAN KETINGGALANLAH DAERAH KOTA BELUD INI....SEPERTI DI KEDAH, RAKYAT MEREKA BANYAK BERKORBAN DEMI UNTUK JELAPANG PADI TERBESAR NEGARA...DAN MANFAATNYA UNTUK PENDUDUK KEDAH SENDIRI...SAYA RASA ABANDAK MASIH LAGI HIDUP DALAM KEPOMPONG KESESATAN MINDA...

Sniper said...

MANUSIA SEPERTI ABANDAK LAH YANG PERLU DILUPUSKAN SPESISNYA YANG SUKA MENGHASUT ORANG RAMAI....MANUSIA SEPERTI DIA LAH YANG BERFIKIRAN SEMPIT DAN TIDAK TAHU HALA TUJU KEHIDUPANNYA...MENGGAGALKAN USAHA PEMBANGUNAN YANG BERMANFAAT...MANUSIA SEPERTI INI HARUS DIPANGGIL DURJANA...

PEMBANGUNAN SEPERTI INI AKAN DILAKUKAN OLEH GOLONGAN YANG PROFESSIONAL DAN TAHU IMPAKNYA PADA MASA AKAN DATANG...MEREKA TIDAK AKAN MEMBINA EMPANGAN INI UNTUK TUJUAN SUKA-SUKA ATAU MENGANIAYA ORANG...TAPI PERLU DIINGAT BAHAWA PEMBANGUNAN YANG KERAJAAN RANCANG ADALA UNTUK RAKYAT...NAMUN APABILA PEMBANGUNAN DINAFIKAN OLEH SEGELINTIR GOLONGAN YANG SEMPIT PEMIKIRAN AKAN MEMBAWA KEPADA PROVOKASI BAHAWA KERAJAAN TIDAK MELAKUKAN PEMBANGUNAN...

JIKA TERDAPAT 10 ORANG MANUSIA SEPERTI ABANDAK..MAKA MUNDURLAH DAN KETINGGALANLAH DAERAH KOTA BELUD INI....SEPERTI DI KEDAH, RAKYAT MEREKA BANYAK BERKORBAN DEMI UNTUK JELAPANG PADI TERBESAR NEGARA...DAN MANFAATNYA UNTUK PENDUDUK KEDAH SENDIRI...SAYA RASA ABANDAK MASIH LAGI HIDUP DALAM KEPOMPONG KESESATAN MINDA...

Sniper said...

kalau jakun tu jakun lah jugak.....

Sniper said...

kalau jakun tu jakunlah jugak

Sniper said...

kalau jakun tu jakunlah jugak ABANDAK

Holly Sapikit said...

Saya berasal dari Kg. Tambatuon... Bagi pihak orang Kampung, saya harap, Kerajaan dapat mempertimbangkan agar projek empangan ini dibatalkan... Kajian mengenai sumber air perlu disemak semula dalam mengambil kira hak asasi kami sebagai penduduk kampung tersebut... Jika itu pun terlalu sukar dibuat, anggaplah diri anda dalam keadaan seperti kami... Kubur nenek moyang kami telah bersemadi di kampung ini beratus tahun dahulu... dan anda sebagai manusia, berfikir lah dengan mengambil kira hak asasi diri sendiri... Memang benar kebaikan terhadap pengairan banyak membawa manfaat, tapi satu khazanah dan warisan bangsa dusun di Kampung Tambatuon hilang... Akhir kata, saya membawa mesej dari kampung halaman yang dicintai,,... Takkan hilang kampungku di peta dunia...

Holly Sapikit said...

Bantah tetap bantah...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels