Terlihat Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh, Datuk Musbah, Datuk Japlin sedang memotong kek sepanjang 8 kaki.
18 September lalu, bertempat di Dewan Haji Musbah Kg Taun Gusi Kota Belud telah berlangsung rumah terbuka Hari Raya bagi Umno Bahagian Kota Belud bersama wakil-wakil rakyat.Acara yang bermula 9 pagi dan berakhir 2 petang dimeriahkan oleh penyanyi Sabah Stacy, Adam AF dan Ampal.
Sungguh diluar dugaan, kehadiran orang ramai daripada segenap lapisan sehingga 40 kemah yang disediakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai.
Kawasan Kota Belud, selain mempunyai kawasan parlimen P169-Kota Belud, juga mempunyai tiga kawasan ADUN- Usukan, Tempasuk dan Kedamaian.
Kota Belud dihuni oleh tiga suku utama, Bajau, KDM dan Iranun.
Kota Belud merupakan kawasan di mana Umno dilahirkan, sehingga ramai yang menyebutnya "anak sulung Umno Sabah".
Selepas Usno dibubarkan pada tahun 1990, ekoran kemasukan Umno ke Sabah atas sebab tikam belakang parti PBS semasa diambang pembuangan undi PRU-1990, maka Umno mula bertapak di Usukan, apabila Tun Mustapha terpaksa mengosongkan kerusi DUN Usukan yang dimenangi atas tikit Usno pada PRU-1990, kerana undang-undang anti lompat DUN Sabah masih belum dimansuhkan.
Tun Mustapha berjaya mengekalkan kerusi tersebut atas tikit UMNO dengan mengalahkan calon PBS- Jap Omar.
Kini, akibat kelahiran Umno di Kota Belud, seluruh Sabah dinaungi oleh parti itu.
Umno merupakan parti tunjang BN Sabah, sejak PRU 1994. Walaupun, pada PRU-1994, gabungan itu belum berjaya menumbangkan PBS, namun pada PRU-1999, 2004 dan 2008, gabungan itu berjaya dengan gembilang.
Walaupun sebelum ini terdengar desas desus bahawa terdapat pergeseran antara para pemimpin teras Kota Belud, namun sejak akhir-akhir ini, desas desus itu semakin terpadam.
No comments:
Post a Comment