URA-URA BN akan mengumumkan nama-nama calon-calon lebih awal daripada biasa, banyak mendapat reaksi positif di kalangan pengundi malah pemimpin.
Tujuan pengumuman awal nama-nama calon adalah memberi mereka masa bagi menghadapi persiapan sebelum penamaan calon.
Kebiasaan Last Minute pengumuman calon, membuatkan calon yang terpilih kelam kabut, mana kan tidaknya, persiapan poster, persiappan bilik gerakaan terpaksa diatur dalam masa yang singkat. Atas sebab itu, pengalaman lalu-lalu, hanya selepas tiga hari penamaan calon, baru poster calon dapat dinaikan.
Bagi Sabah, keuali di berapa kawasan, mungkin ada perubahan, termasuk kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, perlu dinamakan calon-calon yang akan diamanahkan menggalas tanggungjawab bagi pihak BN. Boleh dikatakan, kemungkinan besar BN Sabah akan mempertahankan wakil-wakil rakyat yang telah menang pada PRU-12 lalu, kecuali di beberapa kawasan- antaranya Usukan, Merotai, Senallang, Bogaya, Karamunting, Elopura, Tuaran, Kinabatangan, Beluran, Kuamut, Pensiangan, Tanjung Batu dan beberapa kawasan lagi yang diperuntukan kepada Upko.
Pada PRU-13 besar kemungkinan BN Sabah akan memperkenalkan muka-muka baru, terutama bagi kawasan Tawau dan Semporna. Manakala di kawasan Pantai Barat, mungkin berlaku pertukaran calon-calon.
Bagi BN Sabah, mudah diteka, siapa-siapa yang akan bertanding pada PRU-13 bagi mewakili BN, kerana kelibat para pemimpin tertentu ini cukup aktif lebih empat tahun lalu.
Bagi BN Sabah, mengubah sedikit calon-calon yang bertanding adalah untuk memperkukuh BN dan mengharapkan, pengulangan keputusan PRU-2004 dan 2008.
Apa kah BN Sabah akan memutuskan mengumumkan nama-nama calon lebih awal? hanya Najib dan Musa yang dapat menjawabnya.
6 comments:
Kita tunggu saja pengumuman dari PM.
Lambat atau cepat, PM pasti akan mengumumkan nama2 calon yang bertanding
PM pasti akan pilih yang terbaik untuk dicalonkan.
moga semua berpuas hati dgn keputusan PM nnti.
Harap pengumuman yang di buat akan memuaskan hati semua pihak.
Kita tunggu saja pengumuman dari PM.Pasti akan di umumkan juga.
Post a Comment