Bukan juga perwakilan, bukan juga pemerhati daripada sebarang bahagian atau cawangan tetapi hanya sebagai rakyat biasa bertandang ke Perhimpunan Agung Umno ke-66.
Penulis bertolak daripada Lapangan Terbang tambang murah Kota Kinabalu dan sudah tentunya juga mendarat di lapangan tambang murah.
Penulis selamat tiba di PWTC sesuai dengan jadual perhimpunan yang bermula pada 27 Disember. Tiada agenda atau aktiviti lain selain dengan secara dekat mengikuti perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden Umno-Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dari semua itu, sudah tentunya mengikuti ucapan dasar dan penggulungan Presiden Parti- DSP Najib Tun Razak, kerana sebelumnya penulis menulis, bahawa setiap warga menanti-nanti ucapan itu.
Penulis tidak pernah gagal hadir ke majlis seumpama ini, semenjak Umno menyebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, walaupun penulis sempat juga hadir julung kalinya pada tahun 1987.
Hampir 25 tahun, penulis mengikuti ucapan Timbalan presiden dan presiden. Sentuhan yang masih terngiang-ngiang hingga kini adalah Ucapan Perasmian Datuk Musa Hitam (kini Tun) untuk pergerakan Wanita dan Pemuda pada tahun 1987 (Puteri belum wujud lagi). Selepas itu, belum ada lagi ucapan yang melekat dihati sanubari penulis, penantian yang begitu lama terubat juga, apabila mendengar ucapan Penggulungan Presiden Umno pada 1 Disember lalu. Ucapan penggulungan itu, mungkin memerlukan masa 25 tahun untuk berulang kembali.
Seperti ucapan Tun Musa pada tahun 1987, ramai yang "broke" dengan perasaan, demikian juga ucapan penggulungan DS Najib pada kali ini, ramai yang "broke". Mereka yang "broke" itu termasuklah Tun Dr Mahathir, apa tah lagi penulis.
Tidak perlulah digambarkan perasaan perwakilan yang hampir 3 ribu itu, kerana mereka adalah tiang-iang sari parti. Namun yang sungguh menarik adalah kehadiran semua lapisan termasuk pejuang sesepu veteran; malah ada yang menemui ajalnya semasa menghadiri persidangan itu.
Untuk pertama kali.. para pejuang yang tidak didendang disentuh dan orang yang menyentuhnya adalah anak muda, yakni Ketua Pemuda Umno-Saudara Khairy Jamaluddin.
Ucapan penggulungan Najib, menunjukan bahawa Umno adalah pelindung negara termasuk semua rakyatnya. Umno bukan hanya untuk Umno, Umno adalah untuk semua.
Najib bersumpah, bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua. Beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.
Umno atau BN adalah untuk semua rakyat. Atas sebab itu Najib meminta rakyat, satu undi untuk UBN adalah untuk semua.
18 comments:
UMNO akan akan terus berjuang untuk rakyat.
moga ia dpt memperjuangkan nasib rakyat.
impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, PKR dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.
Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO
Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam.
Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.
Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.
Tradisi Membela Rakyat, Janji Ditepati Kunci Kekuatan BN Terus Teraju Negara
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat Barisan Nasional (BN) telah membuktikan komitmen menjaga kesejahteraan rakyat dengan merentasi batas kaum. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata konsep perkongsian kuasa, BN telah membuktikan ketulusannya dalam memimpin pelbagai bangsa dan agama.
BN juga jelas beliau sedar bahawa bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya dan meneruskan kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati.
“Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya memahami nadi dan denyutan Rakyat. Walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana Janji yang Ditepati atau Sekadar menabur Janji”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online
Tambah beliau lagi seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, bukti Kerajaan BN telah menepati janji boleh dilihat dengan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan bagi membaiki penyampaian sektor awam.
“Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta hala tuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi.
“Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi mengimbangi antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia”, ujarnya.
Seterusnya jelas beliau dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pencen minima dinaikkan, insentif pesara kerajaan diberikan, meringankan beban bakal-bakal haji dengan membenarkan akaun 2 caruman KWSP dikeluarkan bagi menampung kos mengerjakan haji, tambahan 10,000 ahli pasukan sukarelawan polis, dana memajukan kaum wanita, bonus kakitangan awam, durian runtuh warga FELDA dan banyak lagi demi meringankan beban rakyat.
“Semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik. Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan.
“Ibarat pepatah Melayu, ‘Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Manusia kerana Muafakat, Kata seia kata sepakat, Setuju sependirian setuju sependapat, Kata dibulati kata bertepati, Janji termeteri, kejayaan dinikmat”, ujarnya lagi.
Pasti UMNO akan buat yang terbaik untuk rakyat.
PAS pasti tidak akan berjaya menjadi pemerintah.
Post a Comment