APA sebenarnya yang rakyat cari? melalui pilihanraya umum ke-13; sehinggakan ada kalangan yang mendakwa, bahawa lewatnya memanggil pilihanraya itu, kerana kerajaan BN takut.
Hanya ada satu sebab mengapa PRU-13 lambat dipanggil- Negeri-negeri yang dikuasai pembangkang enggan turut serta dalam pilihanraya, kalau PRU dipanggil awal.
Apa yang rakyat cari dalam sesebuah pilihanraya? Pertama kerajaan yang stabil; kedua wakil rakyat yang menjiwai rakyat; ketiga kerajaan yang perhatin terhadap rakyat.
Sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya, sudah tentunya kerajaan yang memenuhi tiga sebab yang disebutkan di atas.
Rakyat tidak mahu sebuah kerajaan yang dibentuk nanti lupa akan janjinya semasa membuat rayuan kepada rakyat.
Sesebuah kerajaan adalah terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang ditugaskan membuat polisi dan dasar kerajaan; sementara kakitangan kerajaan adalah pelaksana kepada polisi dan dasar itu. Sebenarnya cara ini lah yang sepatutnya berlaku dalam pengurusan kerajaan.
Atas prinsip pengurusan itu, maka sesebuah kerajaan menginginkan satu kerajaan yang kuat dan stabil. Untuk ukuran demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita, penguasahaan 2/3 kerusi dewan rakyat di peringkat pusat atau dewan undangan negeri di peringkat negeri amat diperlukan.
Rakyat perlu membuat pilihan, parti mana yang perlu diberi mandat membentuk kerajaan. Mandat itu, perlu diberikan dengan kuasa yang membolehkan kerajaan membuat polisi dan dasar yang mapan demi pembangunan negara serta rakyat. Tujuannya agar pelaksana dasar dan polisi itu tidak hanyut dalam suasana politiking.
Kini, penulis nampak, tidak sedikit daripada mereka yang sepatutnya menjadi pelaksana dasar dan polisi, akan tetapi menjadi musang dalam reban ayam; penyebab kepada keadaan ini berlaku, kerana ada dikalangan daripada mereka, menganggap bahawa kerajaan yang memerintah tidak kuat.
Sebenarnya, yang dicari rakyat dalam sesebuah pilihanraya adalah sebuah kerajaan yang stabil agar polisi dan dasar-dasar yang dibuat dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar; dan seterusnya untuk mengelak pelaksana dasar tidak mudah menjadi musang. Pelaksana yang menjadi musang, bukan sahaja merugikan rakyat juga negara, kerana ianya menimbulkan suasana kerja yang tidak kemas.
55 comments:
Betul juga.. Logik juga seperti apa yang dikatakan oleh penulis ini. Keenganan negeri pembangkang menjalankan PRU bersama menyebabkan kelewatan ini juga berlaku.
membuat pilihan, parti mana yang perlu diberi mandat membentuk kerajaan...
Jadi pilihlah yang terbaik untuk semua. Itulah yang kita inginkan.
Apa pun kalau kita lihat sekarang ini BN semakin diterima baik oleh rakyat.
Dengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN. Ini menarik mereka untuk terus menyokong Kerajaan BN.
Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.
Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.
Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus menerus membantu rakyat melalui program-program.
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR, notebook 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M). Semua ini untuk rakyat.
Hasilnya, keikhlasan BN bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, angin perubahan mula bertiup ke arah BN termasuk di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang.
Laporan terbaharu menunjukkan kira-kira 400 anggota tegar PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak di Kelantan menyertai Umno, selepas merasai mereka terpedaya dengan “Amanat Haji Hadi”, yang mengkafirkan anggota dan penyokong Umno.
Malah, majoriti lebih 30,000 guru di negeri itu kini menyokong Umno, satu petanda baik bahawa BN mampu merampas semula Kelantan daripada pembangkang.
Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka bersedia bekerja keras bagi memastikan BN kembali memegang kuasa selepas pilihan raya memandangkan kerajaan persekutuan pada masa ini memberi perhatian untuk memenuhi janji yang telah dibuat.
Di Pulau Pinang, ribuan penyokong tegar pembangkang menunjukkan minat mereka menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP.
Perkara ini telah menjadi kenyataan apabila hampir 350 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong mengemukakan surat permohonan untuk menyertai semula Umno kepada Najib pada 8 Dis.
Sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat Gerakan selama 40 tahun sebelum kalah kepada DAP pada pilihan raya umum 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu memutuskan akan melakukan apa yang terbaik bagi rakyat Pulau Pinang dan meminta pengundi memberikan peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 untuk berkhidmat kepada mereka.
Begitu dekat di hati dan fikiran mereka, Gerakan dan rakyat Malaysia bersedih dengan kematian bekas Presiden Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, seorang daripada gergasi politik dan menteri berketurunan Cina paling lama berkhidmat di Malaysia, Sabtu lepas.
Petanda positif juga kelihatan di Kedah dan Selangor melalui kaji selidik yang dijalankan beberapa ahli akademik pada pertengahan tahun.
Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata kaji selidik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak yakin dengan kepimpinan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di Sabah, Ketua Menterinya Datuk Seri Musa Aman percaya negeri itu telah berkembang sebagai sebuah negeri yang progresif, makmur, aman dan stabil di bawah pendekatan yang diambil BN.
Spekulasi tentang Pilihanraya Umum Ke-13 begitu diimani oleh sebahagian besar psy-war dan pemimpin besar Pakatan Rakyat yang lain. Apa-apa sahaja yang berlaku, pasti akan cuba dikaitkan dengan kemungkinan pembubaran Parlimen sekaligus mendorong kepada Pilihanraya Umum Ke-13.
Maka apabila harga getah mencapai harga tertinggi dalam sejarah getah asli di Malaysia iaitu RM14.13 sekilogram, maka ia dikatakan sebagai 'gula-gula' pilihanraya oleh UMNO-BN.
Dikatakan juga bahawa harga tersebut akan dikekalkan sehingga selesai pilihanraya umum sebelum ia menjunam ke harga asal. Apatah lagi, pengumuman kenaikan harga itu dilakukan oleh veteran UMNO dan bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik.
Abdul Rahim Thamby Chik merupakan Pengerusi RISDA iaitu agensi yang mengawalselia pekebun-pekebun kecil getah dan pengumumannya tentang harga getah dibuat atas kapasitinya sebagai Pengerusi RISDA, bukannya sebagai ahli dan bekas pemimpin UMNO!
Industri getah asli sangat berkait rapat dengan petroleum. Kenaikan harga petroleum sama ada semasa mahupun pasaran hadapan akan mendorong peningkatan permintaan terhadap getah asli.
Petroleum bukan sahaja untuk ditukarkan sebagai bahan api kenderaan dan keinderaan, sebaliknya digunakan secara meluas sebagai getah sintetik atau getah tiruan kerana unsur polimernya.
I want find freedom.
Harga minyak mentah akan mencecah USD100 (RM300) satu barrel pada awal tahun 2011. Sekaligus menjadikan getah tiruan yang menggunakan petroleum sebagai bahan utamanya menjadi tidak cekap. Dengan kata lain, dorongan daripada kenaikan harga minyak mentah dunia, telah menyebabkan industri yang berasaskan getah seperti tayar kenderaan kembali beralih kepada penggunaan getah asli yang jauh lebih murah berbanding menggunakan getah tiruan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak tidak sekadar berlaku di Malaysia sebaliknya berlaku di seluruh dunia, termasuklah di beberapa buah negara pengeluar minyak utama dunia sendiri.
We want something new and adventurous.
Purata harga minyak mentah di Amerika Syarikat adalah USD81 per barrel pada tahun 2010, meningkat dari USD61 pada tahun 2009 atau mencatatkan peningkatan sebanyak 15% berbanding konsensus pada awal tahun iaitu pada harga USD71 per barrel. Malah harga berkenaan mencatatkan peningkatan 5% berbanding jangkaan Pentadbiran Informasi Maklumat Amerika Syarikat iaitu pada harga USD78.67 per barrel.
Of course guarantee in money.
Industri minyak dan industri getah adalah bergerak seiring, bukannya bersifat hiliran. Sebarang perubahan harga pada kedua-duanya, pasti akan mendatangkan pengaruh yang besar dalam kedua-dua industri. Justeru, tidak menghairankan apabila kenaikan harga minyak dunia akan turut meningkatkan harga getah asli dunia.
And we got choice.
BN is a well known party.
Pilihan raya merupakan mekanisme mengekalkan demokrasi berparlimen.
Dengan prosedur-prosedur pilihan raya juga seperti kempen pilihan raya dan manifesto, rakyat sebenarnya dibimbing bagaimana mereka boleh memilih pemimpin yang benar-benar dapat memimipn mereka.
Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir mengikut apa ang telah mereka janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi oleh rakyat.
Pilihanraya merupakan salah satu daripada mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen secara berkesan.
Seruan umum adalah menyeru rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. Pilih pemimpin yang mereka suka. Pilih pemimpin yang mereka yakin. Pilih pemimpin yang boleh membela nasib mereka kelak.
Dalam realiti sistem demokrasi, nampaknya bukan rakyat yang menentukan pemimpin. Tetapi, pemimpin ditentukan oleh parti politik yang mencorakkan iklim politik negara.
Parti akan menyenaraikan calon-calon mereka untuk bertanding dalam pilihanraya. Itulah calon pemimpin yang terbaik di kalangan mereka ahli-ahli parti.
Siapakah yang tidak inginkan kestabilan dalam negara kita ini? Kami rasa setiap rakyat teringin sangat akan kestabilan yang berkekalan di dalam negara kita ini.
Bukan sahaja rakyat biasa daripada kelas pekerja, bahkan para peniaga dan orang-orang yang kaya raya juga inginkan kestabilan.
Jika tinjau keadaan di peringkat akar umbi dan menemuramah orang ramai, baik orang Melayu, Cina, India mahupun yang berbangsa Kadazan, Dayak dan sebagainya, kesemua mereka akan memeberikan jawapan yang sama iaitu, mereka mahukan keamanan dan kestabilan yang sejagat bagi menjana ekonomi dan pendapatan harian mereka.
Kestabilan politik dalam negara ini adalah juga bergantung penuh kepada kerajaan yang ada sekarang, sama ada ianya dapat mengurus-tadbir negara ini dengan baik, mengamalkan ketelusan dan keadilan untuk semua rakyat, memastikan kewangan, pengurusan dan pentadbiran negara bebas daripada cengkaman rasuah serta memastikan kebajikan rakyat senantiasa terpelihara.
Kestabilan negara kita ini adalah berdasarkan bagaimana negara ini diuruskan oleh kerajaan yang ada sekarang.
Kita semua inginkan kestabilan, kerana dengan adanya kestabilan, rakyat dapat keluar memperoleh pendapatan, bekerja, berniaga, mendapatkan keperluan harian, menghantar anak-anak ke sekolah, bercampur gaul dengan masyarakat berbilang kaum, mengeratkan perpaduan dan sebagainya.
Sabah UMNO will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said.
“We’ve submitted the names; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide,” Musa, who is Sabah UMNO liaison chief, told reporters after chairing a good governance meeting here.
“The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impacts, not only to showcase the state’s administrative competence but also to bring immense benefit to the people,” he said.
Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements. He said that despite the favourable audit report, however, several agencies, particularly those that were issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.
Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.
Tidak boleh mengharapkan kerajaan sepenuhnya untuk mencari kestabilan untuk diri sendiri.
Kerajaan telah beri yang terbaik untuk rakyat,dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Post a Comment