PERLU diterima hakekat, bahawa seseorang yang dinobatkan sebagai
pemimpin kerana seseorang itu dilihat keikhlasannya dalam memimpin.
Kerana sifat keikhlasan itu, maka selain dipermudahkan oleh Allah dalam
semua urusannya,maka manusia sebagai pengikut atau penyokong yang juga
ciptaan Allah, terbuka hati mereka menyokong dan seterusnya menobatkan
seseorang itu menjadi pemimpin.
Nawaitu seseorang itu tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan
Allah, atas sebab itu, pesanan itu disampaikan oleh Allah kepada manusia
yang termasuk di mana seseorang itu ingin menjadi pemimpin. Kerana
kuasa Allahlah, sebahagian manusia (rakyat) di mana seseorang itu mahu
menjadi pemimpin mengerak hati manusia-manusia itu (rakyat) memberi
peluang kepada seseorang itu menjadi pemimpin.
Namun, namanya juga manusia. Allah telah menjanjikan berbagai dugaan dan
cabaran kepada hamba-hambanya. Syaitan dan iblis telah bersumpah di
depan Maha Pencipta, bahawa akan mengheret bani adam ke lembah yang
tidak diredhali Allah sehingga ke hari kiamat.
Atas sebab itu, hanya manusia yang sempurna iman dan ketaqwaannya sahaja
yang mampu menghindar daripada godaan syaitan dan iblis.
Kerana godaan syiatan dan iblis itulah, seseorang pemimpin yang
sebelumnya jelas nawaitunya, dan atas sebab itu jugalah menjadi pemimpin
kepada umat (rakyat); namun,akibat godaan syiatan dan iblis maka
kemudian bertukar daripada nawiatu asalnya. Jika dahulu dia (pemimpin
itu) cukup baik hubungannya dengan manusia dengan menjahukan dirinya
daripada sifa-sifat munafik seperti mungkir janji; kini memilih
sifat-sifat yang dimurkahi oleh Allah itu.
Kenapa berlaku demikian? kerana perasaan riak dan sombong telah
menaklukinya. Kenapa ada sifat riak dan sombong? kerana daripada segi
kedudukan dan kebendaan, dia telah menikmatinya jauh melebihi orang
lain.
Rezki yang diberikan oleh Allah kerana nawaitunya ingin menjadi
pemimpin, agar supaya dapat membantu atau meringankan beban umat
(rakyat) yang dipimpinnya; kini dia rasakan adalah miliknya dan tidak
perlu lagi menghulur bantuan kepada penyokong atau pengikutnya.
Sebenarnya Allah senantisa memberi perkhabaran yang seawal mungkin
kepada umatnya, atas sebab itu, sebelum seseorang pemimpin itu
tersungkur daripada kedudukannya; Allah akan menjadikan seseorang itu
lupa diri, takabur dan sombong. Lambat laun, sifat kepura-puraan
seseorang pemimpin itu akan terdedah dan akhirnya tersungkur.
Dalam negara kita, kita telah menyaksikan bagaimana ramainya pemimpin
yang pada mulanya dikagumi, dan dihormati, kemudian menjadi seseorang
yang tidak dipandang lagi, selepas tidak mempunyai kuasa, kuasa dalam
kedudukan atau dari segi harta benda.
Sebenarnya Allah sungguh pemurah, jika ada hambanya memohon maka akan
dikabulkan; demikian juga jika permohonan hambanya itu hanya lakonan,
maka sebelum dipanggil menghadap Illahi, maka akan merasa azab di dunia.
No comments:
Post a Comment