14 January 2014

Tuntung Tarikan Pelancong Datang Ke Rampayan Laut Kota Belud

Rampayan Laut merupakan sebuah perkampung kaum iranun, selain kampong Tamau, Nanamun, Rampayan Ulu dan beberapa kampong lagi.

Kampung yang teletak dalam Dewan Undangan Negeri Tempasuk itu, adalah salah sebuah kampong tertua bagi suku kaum iranun.

Speaker Dewan Rakyat sekarang Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia adalah anak watan kampong Rampayan Laut.

Sebuah kampong yang pada mulanya hanya bergantung kepada sumber laut, kerana bercocok tanam tidak sesuai kerana tanahnya yang berpasir, kecuali tanaman kelapa, kini menempah nama, apabila sejenis serangga yang dikenali dalam Bahasa tempatan sebagai tuntung atau dalam Bahasa melayu kelip-kelip.

Serangga yang biasa keluar di sebelah petang dan mengeluarkan cahaya melalui perutnya, kini menjadi tarikan pelancong.

Dalam suasana gelap, kehadiran tuntung, bagaikan satu kilauan cahaya yang direka khas, seperti mana lampu-lampu hias yang biasa kita lihat di Bandar-bandar, terutama apabila ada satu perayaan atau sambutan keramaian.

Bagi penduduk tempatan khasnya dan penduduk negara umumnya, sebutan kelip-kelip tidakpun menggamit keinginan tahuan, atas sebab, di mana sahaja di negara ini, memang terdapatnya serangga tersebut. Akan tetapi, lain halnya apabila gelagat serangga yang terdapat di kampong Rampayan Laut itu. Serangga itu, seolah-olah mengerti apabila dipanggil untuk datang. Pawang tuntung, hanya menggunakan sejenis lampu suluh yang mengeluarkan cahaya kuning , apabila cahaya itu dipasang, seolah serangga itu mengerti bahawa mereka dipanggil.

Adun Tempasuk yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli, telah sekian lama bercakap, bahawa suatu masa bahawa tuntung atau kelip-kelip akan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.

Kota Belud pada umumnya ketinggalan daripada segi pembangunan, dan penduduknya kurang pendapatan, atas sebab daerah itu tidak dikurniakan khazanah ciptaan Tuhan seperti kayu balak, atau tanah ladang yang luas, melainkan hanya tanah landai seluas kira-kira 10,000 hektar dan laut yang luas.

Dari merdeka, penghidupan penduduk hanya bergantung kepada tanah dan laut. Namun, kerana perancangan yang jitu terutama program pembasmian kemiskinan, maka berbagai program diadakan antaranya memajukan tanah, laut dan sektor pelancongan.

Kota Belud yang sinonim dengan panggilan Cowboy Town of the east, sejak tahun 2008 secara terancang mengubah wajahnya. Hasil tenaga muda yang menjadi wakil rakyat, maka Kota Belud kini mengalamai transformasi pembangunan yang tidak terfikirpun sebelum ini.

Penghujung minggu lalu, wakil Rakyat Kota Belud yang juga merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan telah melancarkan satu program Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy ) atau NBOS yang bernilai RM37 juta sebagai permulaan mentrasformasikan Pekan Kota Belud.

Awal minggu ini juga, tersiarkan disurat khabar tempatan bahawa satu eco tourism akan dibangunkan di kawasan Kedamaian dan diperkirakan memerlukan RM115 bilion pelaburan. Dalam program itu, termasuklah pembinaan cable car sejauh 30 kilometer yang merentasi berbagai kampong sehingga ke kaki Gunung Kinabalu.

Sektor Pelancongan Kota Belud juga akan mendapat impak yang besar apabila pelan induk pembangunan pelancongan antara Tuaran Kota Belud siap kelak. Pelan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM4.6 bilion untuk menjadi kenyataan. Sebagai permulaan Kerajaan negeri melalui bajet 2014 telah menyediakan RM247 juta untuk menyediakan berbagai infrastruktur yang diperlukan untuk merealisasikan program itu.

Kerajaan Negeri memandang serius daripada segi mempelbagai sumber pendapatan, memandangkan sumber utama negeri itu sebelum ini- kayu-kayan bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri.
Kerajaan Negeri sejak tahun 2003, sebaik sahaja Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau telah menggariskan satu program untuk memajukan Sabah, yang dikenali sebagai HALATUJU SABAH. Bagi merealisasikan program itu, maka berbagai kegiatan ekonomi dilakukan, termasuk bidang pelancongan.
Kota Belud kini berdepan dengan perubahan wajah setidak-tidaknya dalam masa dua tahun. Selain itu, Kota Belud berpontesi besar menjadi Kota pelancongan selain Kundasang/Ranau atau Semporna, atas sebab kehadiran produk pelancongan seperti yang terdapat di Kampong Rampayat Laut itu.
Sebenarnya, selain produk kelip-kelip, Kota Belud juga mempunyai pantai yang terpanjang di Sabah. Produk seperti pulau peranginan seperti Pulau Mantani yang juga terletak di Kota Belud, yang mempunyai air yang laut yang jernih dan sesuai untuk permainan laut, akan menyumbang kepada kedatangan pelancong ke daerah itu.
Kota Belud, sememangnya perlu transformasi di semua sektor, memandangkan kerajaan sekarang yang bertulang belakangkan Umno, lahir di Kota Belud.

Adalah diharapkan produk pelancongan menjadi GAME CHANGER bagi Cowboy town of the east itu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels