13 January 2014

Musa Terus Jelajah Negeri Pantau Pembangunan

TIDAK sama dengan setengah pemimpin yang mengendurkan kegiatannya selepas sahaja PRU-13 dan pemilihan Parti Oktober lalu, Datuk Musa Aman, sebaliknya semakin aktif menjejalah pelosok negeri untuk memantau pembangunan negeri.

Antara lawatan Ketua Menteri itu adalah Keningau untuk melihat sendiri Projek Ternak Lembu selain pembangunan Jambatan Badukan Keningau yang dijangka dibuka pada April ini.

Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, merupakan Ketua Menteri yang terlama menjawat jawatan Ketua Menteri sejak Sabah menyertai Malaya, Sarawak untuk membentuk Malaysia.

Pembangunan Sabah, terus berjalan rancak, meskipun negara berdepan dengan fenomena ekonomi dunia yang tidak menentu.

Suatu ketika, Sabah sangat bergantung dengan hasil balak untuk membiayai pembangunan. Meskipun balak bukan lagi menjadi sumber utama negeri, namun tidak membantut bagi kerajaan mendapatkan hasil.
 
Adalah menakjubkan, meskipun balak bukan lagi merupakan sumber pendapatan negeri, akan tetapi bajet Sabah terus meningkat dan sejak 3 tahun berturut-turut melepasi angka RM 4 bilion.

Sabah memang dahagakan pembangunan, meskipun mengecap kemerdekaan lebih setengah abad. Antara faktor yang membantut pembangunan Sabah adalah keluasannya yang hampir 2/3 Semenanjung, malah Kawasan Parlimen Kinabatangan seluas negeri Pahang, negeri asal Perdana Menteri.

Selain faktor keluasan yang menjadi faktor memperlambat pembangunan, faktor perubahan kerajaan. Sejak meredeka, kerajaan Sabah silih berganti. Pembangunan rancak cukup terlihat apabila adanya kestabilan politik.

Sejak tahun 2003, keadaan politik Sabah cukup stabil, apabila PBS diterima semula ke dalam keluarga besar barisan nasional. Tiga PRU berturut-turut, Bn Sabah mencapaikan kemenangan yang cemerlang dan terus menubuhkan kerajaan yang kuat dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Selain itu, di peringkat Parlimen, sumbangan kerusi daripada Sabah cukup signifikan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan, sehingga Sabah dijuluki sebagai Ngeri Simpanan Tetap Bn bersama negeri Sarawak.

Kebijaksanaan kepimpinan yang berasaskan menang-menang yang dilakukan oleh Musa, menyebabkan semua pihak berpuas hati terhadap kepimpinan beliau. Pemerataan pembangunan di seluruh negeri, juga memperlihatkan bagaimana Musa menggariskannya melalui Halatuju Sabah, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pembasmian kemiskinan merupaka  prioriti beliau, atas sebab itu program seperti Jelapang Padi di Kota Belud, peternakan lembu di Keningau, PIOC di Lahad Datu, Pelan Pembangunan Pelancongan antara Tuaran dan Kota Belud, merupakan program-program yang dirangka untuk meningkatkan pendapatan rakyat, selain untuk pendapatan negeri.

Bagi berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat akbiat reaksi para penianga terutama orang tengah, kerajaan Negeri telah mengwujudkan Pasukan Pemantau Khas yang diketuai oleh seorang menteri.

Disebabkan kehebatan informasi, maka rakyat tidak perlu menunggu siaran TV atau surat khabar bercetak untuk mengetahui aktiviti Ketua Menteri itu, kerana beliau benar-benar memanfaatkan media siber untuk tatapan rakyat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels